11 Gaya Bergambar Persis Rafzan Tomomi | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Oleh kerana ramai yang bertanya (walaupun lima, enam orang) macam mana nak bergaya ala Momi ni masa bergambar. Maka dengan ini secaranya 'confident'-nya Momi nak kongsikan kepada anda, teknik bergambar yang cantik dari Momi. Mostly memang selalu anda akan nampak dekat social media Rafzan Tomomi.
Untuk memastikan gambar itu cantik dan sedap mata memandang, Momi edit secara pantasnya dekat aplikasi 'VSCO Cam' sebab kebanyakkan filter dekat aplikasi ini memang menarik. Selain dari pilih filter, Momi akan memastikan gambar tersebut cantik dan sesuai untuk dipublish. Sebenarnya setiap satu gaya ada namanya tapi Momi hanya listkan 11 gaya bergambar persis Rafzan Tomomi. Anda sudah bersedia?

01 Gaya Kaki Silang
Gaya kaki silang ni orang kata 'signature' bila Momi bergambar. Memandangkan berat badan semakin meningkat, susah sikit nak buat kaki silang haha. Bila buat ni confirm tengah rajin atau baru mula photoshoot gitu. Gaya silang kaki ini sudah lama digunakan sejak dahulu kala lagi sebenarnya. Jika kaki dan peha anda kurus dan cantik, cubalah bergaya macam ni.
Gaya Kaki Silang dekat Kampung |
02 Gaya Cekak Pinggang
Untuk gaya kedua ini, ada hubung kait dengan posing yang pertama. Kalau kaki silang atau kaki kanan kedepan, mesti nak cekak pinggang. Mungkin fefeeling top model agaknya haha. Ini pon salah satu posing yang Momi selalu jugak buat sebab apa sebab nak tunjuklah Momi ramping wakk! haha

03 Gaya Kaki Terbuka
Inspired by someone rasanya. Kadang-kadang bila buat gaya kaki terbuka ni rasa macam gorgeous dan feeling international dan nampak lebih yakin rasanya (confident!). Tengok saja gambar dibawah, kemain lagi kan gayanya, lagi-lagi bergambar bersama kuda ni. Masa ni dah risau kot-kot kuda sepak Momi, takut tau. haha.
04 Gaya Kaki Kanan Ke Hadapan
Ada sebabnya bergaya seperti ini. Gaya ini bertujuan untuk menyorokkan beberapa lemak dipeha haha. Tiada penerangan yang lebih terperinci haha.

05 Gaya Kaki Terangkat
Ini juga salah satu gaya signature Momi suatu ketika dahulu. Gaya kaki terangkat ini melambangkan keceriaan dalam gambar katanya. Kalau orang tengok Momi bergambar mesti akan menjangkakan kaki akan terangkat haha.

Gaya Kaki Terangkat |
Gaya Kaki Terangkat |
06 Gaya Kaki Jongket
Fefeeling pakai heels ke tu? Tidak ya gais. Momi suka buat gaya kaki jongket ini untuk nampak lebih tinggi dari biasa. Untuk menampakkan kelainan yang sering Momi tonjolkan. Bila jongket kaki nampak lebih keyakinan. Rasanyalah ! haha.

07 Gaya Ala Candid
Ini adalah salah satu gaya kegemaran Momi. Nampak seperti menjiwai watak kan? Momi adalah seorang yang pantang nampak kamera menghala ke arahnya. Jadi memang sentiasa bersedia untuk buat ekspresi comel, cantik, manja dan sebagainya. Momi suka buat gaya ala candid ini sebab nampak lebih 'lively' dan menonjolkan ekspresi wajah dalam gambar.

Gaya Ala Candid di atas StarCruise Libra |
Gaya Ala Candid Dekat Glamping Lost World Of Tambun, Ipoh |
Gaya Ala Candid Dalam Bas Smiley |
08 Gaya Pelik Tapi Cantik
Tidak pasti sama ada followers suka ke tidak. Kadang-kadang Momi suka cuba buat gaya lain dari yang lain, mana taknya asyik gaya yang sama sahaja kan? Jadi kenalah cuba. Bila dah buat gaya pelik-pelik dalam 10 gambar macamtu, yang betul-betul cantik ada sekeping dua sahaja. Yang lain, anda pasti tak sanggup nak lihat. Serius menjengkelkan ! haha
Lebih menarik bila kawan-kawan yang ada bagi idea macam mana nak buat gaya yang pelik. Lagi-lagi si Ara Kimora tu, memang menggalakkan sungguh. Lagipun kami memang suka buat ujikaji terhadap gaya masing-masing haha.

09 Gaya Bersama Langsir
Gaya bersama langsir ini bakal menjadi salah satu signature Momi. Idea ini baru sahaja muncul dan merupakan hasil idea dari beberapa Instafamous yang suka selfie belakang langsir. Dari belakang langsir, Momi ubah sedikit ditepi langsir haha. Sila berjaga-jaga dengan langsir di rumah anda, jika Momi berkunjung ke rumah anda ya hahaha.

10 Gaya Separuh Muka
Sebenarnya bukanlah selfie separuh muka pon, cuma bila nak upload Momi crop je bahagian bawah hidung hehe. Tak tahu kenapa, Momi suka dengan mata sendiri , bila separuh gambar nampak macam kena pada jiwa pula. Ah gitu ~

11 Gaya Manja Bersama Produk
Sebenarnya ada juga diantara Blogger yang buat gaya seperti ini. Kebiasaanya Momi akan gaya seperti bermanja dengan produk tersebut haha. Mungkin ini salah satu faktor untuk orang nak beli produk kot? Eh. Confidentnya hahaha! Bak kata Bamir, "Anak Melayu Konfiden!" Tak percaya tengok bawah ni, rasa nak beli tak Crispy Choco Jar tu ? haha.
Begitulah Momi dedahkan antara sebelah gaya bergambar persis Rafzan Tomomi. Yang paling pentingnya adalah keyakinan bila nak bergambar. Mula-mula memang orang mengata dan ada juga yang akan ketawakan anda. Tak semua orang tu suka dan tak semua orang tu benci. Yang mana berminat dia ikut dan yang mana tak minat dia unfollow. Jadilah diri sendiri ya ! Okaylah entri merapu berhenti disini, terima kasih kerana meluangkan masa untuk baca entri ini. Sekadar untuk hiburan untuk para pembaca. Assalamualaikum !
20 Comments
yanmieonline.com