Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya


Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Anda sukakan kelainan? Apa kata anda singgah dekat Cheers Cheese dan rasai sendiri menu Cheese dalam minuman anda. Hari ini (23 Disember 2017) Momi sempat singgah dekat IOI City Mall Putrajaya untuk rasa sendiri minuman dari Cheers Cheese.


Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

Untuk pengetahuan anda, cawangan pertama Cheers Cheese dibuka dekat Damansara Utama, Petaling Jaya dan kini ia membuka cawangannya yang kedua di IOI City Mall Putrajaya. Sempena pembukaan cawangan baharu, Cheers Cheese belanja 100 cawan percuma untuk pengunjung yang terawal.

Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

Cheers Cheese memberi pilihan kepada 100 pelanggan terawal untuk memilih tiga jenis seleksi minuman pilihan iaitu Cheese Milk Tea, Cheese Jasmine Green Tea dan Cheese 4 Season Tea. Ini diantara minuman yang berkombinasikan krim keju yang dibuat secara 'handcrafted' . Momi berkesempatan untuk merasai minuman Cheese Milk Tea dan Cheese 4 Season Tea. Rasa kombinasi krim keju dan Milk Tea memang sedap!

Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

Selain dari seleksi minuman krim berkeju, Cheers Cheese turut menawarkan minuman signature seperti Signatured Fruit tea, Cheese Avacado dan juga Cheese Mango. Menariknya selepas memesan minuman anda akan diberi butang bulat sementara menunggu minuman anda siap. Apabila sudah siap, ia akan berbunyi dan bergetar menandakan minuman anda sudah sedia untuk diambil.

Untuk pengetahuan anda, Cheers Cheese masih dalam proses untuk mendapatkan sijil sah halal oleh JAKIM. Jadi anda tidak perlu risau kerana bahan yang digunakan adalah selamat, segar, dan tidak menggunakan bahan tiruan. 

Cheers Cheese - Buka Cawangan Kedua Dekat IOI City Mall Putrajaya

Jangan lupa singgah Cheers Cheese di IOI City Mall Putrajaya dan rasa sendiri Cheese Milk Tea sebab Momi suka! hehe. Untuk maklumat lanjut mengenai Cheers Cheese, sila layari laman rasmi Cheers Cheese


Post a Comment

18 Comments

Khairul Zamri said…
Best jugak nampaknya cheers chees ni, jarang pergi IOI sebab tinggal kat Seremban
Ezna Khalili said…
Penggemar cheese boleh la terjah. Apa la rasa air cheese ni eh?. Sure lemak berkrim....
Zharif Azis said…
Mcm mna agaknya rasa dia. Cheese dlm minuman. Xleh nk bayang 😣 boleh lh terjah nanti memandangkan selalu jugak dtg ioi city mall
Māmy Syu said…
Makin banyak dah dia buka outlet. Nampak nau sambutan menggalakkan..
Kalau ade kat sini, memang nak try jugak air ni.
ajuyarashid said…
uih mcm mana rasa air cheese pulak ye. semalam baru jalan2 ioi city mall. kat belah mana tu xnmpk pulak AR
Tengkubutang said…
adoi.. nampak macam sedap je tu.. yang momi pegang tu nampak sedapp.. adoi.. tetiba plak teringin dah ni.. mesti cari ni.. haha
Hasif Hamsyari said…
sis! kalau pergi lagi lain kali ajaklah kita please! sedapnya nampakkk. terliur kita dibuatnya.
Fadzi Razak said…
Tak boleh bayangkan rasa air letak cheese momiii. Kene cuba jugak one day ni
JMR said…
aku kalau makan cheese cake pun dah terasa muak, paatah lagi dalam air ada cheese..haha..peminat cheese tegar ni mesti suka kan..
Ana Suhana said…
Sedap pula rasanya krim keju bergabung dengan teh. Mesti rasa dia lemak2 krim kan. Nak cuba juga lah. Tak leh tahan tgk gambar2 ni.
Dr Yingzangel said…
Mcm popular sgt cheers cheese ni. Cheese overload sgt nampaknya haha
Wow.. apa rasa agaknya yek? Nak rasa, tapi macam tak lalu 😂😂😂
Ying 頑壞 said…
Is this something like tealive? Cheese in a drinks 🤔 I wonder how it taste...
Maya said…
Sedapnya minuman dengan handcrafted keju. Weekend ni nak cuba!!
MaisarahSidi said…
keju dan teh, macam sedap je gabungan ni. dah la suka keju. kena cuba jugak ni

www.maisarahsidi.com
Nisa said…
I never thought cheese can be made as a drink. I must try this!
Syafiera Yamin said…
Rafzan jom singgah sekali lagi, mengidam pula nak rasa yang strawberry tu hehe
Selalu dlm makanan ada cheese dalam minuman tak pernah rasa bolehlah cuba nanti.