Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Sekejap sahaja masa berlalu. Ayah dah sebulan dekat ICU, dengan keadaannya yang sama mungkin juga lebih tenat. Selama tiga puluh hari disini, ramai yang datang melawat, menceriakan dan buat kami senang hati seketika. Terima kasih sangat-sangat. Dah lama nak update mengenai ayah ni, cuma hati tak kuat minggu lepas. Lot things happen disekeliling Momi.
Masih melalui hari-hari biasa, masih kuat semangat untuk pergi kerja. Walaupun hati ni rindu sangat dekat ayah. Momi teringat minggu lepas masa ayah dah di tebuk dekat bahagian leher, untuk penafasan. Lepas tu semalam juga satu bahagian lagi tepi perut dah kena tebuk. Bila tengok keadaan ayah masa tu macam boleh rasa sakit kalau ayah sedar nanti. Hati tak rela tapi nak tak nak kena hadapi juga.
Baca Juga : Rindu Suara Ayah
Baca Juga : Rindu Suara Ayah
Beberapa hari lepas tu, ayah punya reaksi tak sama macam selalu. Bila panggil tak layan, mata masih tertutup dan tak genggam tangan pon. Tengok darah ayah masih kena cuci. Ada satu hari tu tiba-tiba tak dapat tahan sebak tengok keadaan ayah, kesian sangat tengok ayah. Ayah bernafas sekarang ikut leher, lepas tu dia menanggung sakit lepas tebuk. Boleh nampak pada wajahnya. Kebetulan masa melawat Momi sorang je ada dekat ayah, doktor panggil nak cakap something.
"Keadaan ayah kamu sedang tenat. Harap bersedia dengan sebarang kemungkinan"
"Kami cuba sedaya upaya, memandangkan jantung, buah pinggang dan parunya tak berapa okay."
"Kami cuba sedaya upaya, memandangkan jantung, buah pinggang dan parunya tak berapa okay."
Momi rasa kosong. Blank. Tak tahu nak react macam mana, nak buat apa. Terus pandang ayah. Rasa risau sangat dah. Keluar je dari situ, bagitahu emak dengan Amy apa yang doktor cakap. Mak terangkan semuanya dan Momi dah faham sekarang. Dalam hati dah menahan sebak. Malam tu, tidur sambil bergenang air mata. Rindu sangat.
Beberapa hari berikutnya, Mak cerita yang doktor kata hati ayah beransur pulih, ada sikit nanah yang keluar. Sekarang paru-paru, jantung dan buah pinggang ayah tak berapa baik sangat, perlukan rawatan rapi. Lepas tebuk leher, ayah tak nak buka mata sangat. Semalam seronok sangat bila dapat tengok reaksi yang positif dari ayah. Walaupun ayah tak boleh bercakap buat masa ini, Momi dengan Kak Long tetap ajak ayah berborak. Mata dia dari tak nak buka langsung, terbuka luas. Itu sudah memadai.

Sekali lagi, saya wakil ayah nak mohon sekiranya ayah saya ada salah dan silap, maafkan ayah ya. Doakan ayah saya cepat sembuh, ada perkembangan positif dan dipermudahkan urusannya.
Semoga ayah terus kuat ya!
Rindu sangat dah ni :')
Rindu sangat dah ni :')
21 Comments
www.maisarahsidi.com
Stay strong momi
YourFinanceDoctor
Moga dipermudahkn segalanya