Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Tahun 2017 bakal menutup tirainya tidak lama lagi. Rasanya semua dah bersedia nak masuk tahun 2018 kan? Kepada mereka yang menyambut krismas, tahun ini apa kata anda ke Nook Aloft Kuala Lumpur Sentral kerana mereka menghidangkan buffet makan malam bermula 1 Disember sehingga 30 Disember 2017.
Menu-menu yang dipilih untuk buffet ini sangat sesuai dengan perayaan krismas bersama hidangan istimewa tempatan dari Nook , pastinya bakal membuat anda rasa nak bertambah makan. Istimewanya terdapat banyak pilihan daging yang anda boleh rasai seperti Herbed Crumbed Roasted Lamb Leg, Beef Stroganoff, Braised Hickory Smoked Short Rib, Peri-Peri Roasted Whole Chicken, Beef Goulash, Steamed Sea Bass dan banyak lagi.
Selain itu, pelbagai hidangan western dan tradisional turut dihidangkan dari sebahagian dari buffet. Hidangan tersebut ialah Apple & Chestnut Stuffing, Brussel Sprout with Bacon, Herbed Potato Wedges, Creamy Garlic Mashed Potatoes, Smokey Gratinated Mushroom Ham Mac ‘N’ Cheese dan Steamed Crushed Potato.

Nak lagi best, datang pada malam Krismas (Christmas Eve) dan Hari Krismas kerana Nook bakal menyediakan hidangan paling ditunggu semasa krismas iaitu Roast Turkey. Oven-Roasted Garlic Rosemary Whole Turkey dihidangkan dengan pelbagai perasa dan sos termasuk Prunes and Chestnut Stuffing, Giblet Gravy, Cranberry Sauce, Natural Chicken Jus, Mustard Potato Dauphin Oise, Grilled Pumpkin, Buttered Broccoli Polonaise, Braised Carrot in Orange Reduction serta Sauteed Brussel Sprout with Almond Flake.
Mengekalkan kelebihannya, Nook juga akan menawarkan hidangan rasa Asia pada Disember ini. Antara menu rasa Asia yang dihidangkan ialah Stewed beef in Turmeric & Coconut, Prawns with Chilli Paste and Stink Beans, Spicy Deep-Fried Fermented Bean Curd with Potato, French Bean with Dhall, Bhendi Kurma, Ghee Rice with Chick Pea, Buttered Prawn with Oats, Stir-Fried Beef with Chinese Barbeque Sauce, Fried Bamboo Shoot with Olive Leaves dan banyak lagi.
Sudah ada hidangan utama pasti ada juga manisannya. Pencuci mulut memang wajib Momi cari jika makan di hotel. Di Nook, mereka menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut yang sesuai dengan hari Krismas seperti Chocolate Log Cake, Cappuccino Cheesecake, Butterscotch Trifle, Mixed Berry Pavlova, Sticky Toffee Pudding with Caramel Sauce, Strawberry Cheese Cake, Chocolate Mint Brownies, Citrus Profiterole dan Black Forest Push Pops. Tidak lupa, beberapa jenis pie untuk anda cuba seperti Apple, Pumpkin, Pecan dan Lemon Meringue Pie.
Harga Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral
Bermula 1 Disember 2017 hingga 30 Disember 2017, Buffet sempena Krismas di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral bermula seawal 6.30 petang sehingga 10.30 malam ini menawarkan harga seperti berikut :
Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral , sila hubungi +60 327231188 atau sila layari Laman Rasmi - Aloft KL Sentral , Facebook Aloft KL Sentral dan Instagram Aloft KL Sentral.

- RM118.00 (1 Disember - 30 Disember 2017)
- RM128.00 (Semasa Hari Krismas 25/12)
Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Hidangan Buffet Sempena Hari Krismas Di Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral , sila hubungi +60 327231188 atau sila layari Laman Rasmi - Aloft KL Sentral , Facebook Aloft KL Sentral dan Instagram Aloft KL Sentral.
Terima kasih Aloft KL Sentral!
2 Comments