Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Siapa tidak kenal dengan karakter Upin dan Ipin dari siri animasi 'Upin Ipin' yang telah bersiaran lebih dari 10 tahun. Baru-baru ini berlangsungnya Karnival Upin dan Ipin di tapak pameran Maeps, Serdang dan diadakan selama 3 hari bermula pada hari Jumaat, 24 November 2017 hingga Ahad, 26 November 2017. Bertemakan '#UpinIpinLuarBiasa', karnival ini akan membawa anda ke alam Upin Ipin dan animasi-animasi dibawah Les' Copaque Production serta penampilan istimewa Ultraman Ribut yang dibawakan khas dari Jepun. .

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Orang Ramai Beratur Untuk Beli Tiket Karnival Upin Ipin

Momi berkesempatan untuk pergi ke Karnival Upin Ipin ini pada 25 November 2017 (Sabtu) untuk merasai sendiri pengalaman ke karnival tersebut. Tiba pada pukul 12.00 tengah hari, sememangnya ramai yang dah beratur sampai ke luar tau barisannya. Kebanyakkannya yang membawa keluarga dan anak kecil yang pastinya meminati Upin Ipin. Harga tiket Karnival Upin Ipin adalah seperti berikut : 

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Harga Tiket Karnival Upin Ipin 2017

Harga tiket berbaloi juga dengan beberapa aktiviti yang anda boleh sertai. Untuk pembelian tiket jenis VIP, anda dapat melalui jalan pintas untuk ke rumah Opah, Green Boom (sesi potografi), tabung Upin Ipin dan peluang sesi temu mesra bersama maskot Upin Ipin / Ultraman Ribut / Puteri. Menarik kan?

Baca Juga : Expo Negaraku 2017

Bab parkir pula, ada dua bahagian parkir; parkir biasa dan parkir premium. Momi memilih parkir premium berharga RM15 sebab sangat dekat dengan dewan A dan dewan C, manakala parkir biasa berharga RM5 - jauh dari tapak Maeps dan jangan risau, tram disediakan untuk anda supaya anda tak perlu jalan jauh. Oh ya, karnival ini tak banyak gerai makanan, jadi anda boleh makan siap-siap sebelum masuk tau.

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Kemeriahan Di Kaunter Tiket

Dekat Karnival Upin Ipin ini, terdapat dua dewan yang boleh anda masuk iaitu Dewan A (Dewan Utama) dan Dewan C (Dewan Magik). Apakah keistimewaan kedua-dua dewan ini? Jom tengok.

Dewan A
Dewan A - Dewan Utama menempatkan pentas besar untuk persembahan Upin Ipin Musical, aktiviti Dadudido, Puteri, Pada Zaman Dahulu, dan macam macam lagi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis jualan yang disediakan dan istimewanya ada kedai makan Upin & Ipin, merchandise store, ruang permainan PS4 serta mural 3D. Bukan itu sahaja, ada jual juga baju T yang dibuat depan mata anda. Memang menarik. Memang layan habis tengok Kisah Pengembala dan Biri-Biri. 


Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Tengok apa tu dik?

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Sesi Rakaman Suara

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Rumah Opah

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Reban Ayam

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Mewarna menggunakan maker

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Nenek Kebayan. Seram tak?

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Kite seru perigi.. hehe.

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Dalam Rumah Opah

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Alam Dino

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Wayang Kulit

Dewan C
Dewan C - Dewan Magik pula menempatkan tarikan utamanya iaitu Rumah Opah. Anda berpeluang untuk melihat sendiri Rumah Opah, memang sangat sama. Lagi-lagi bahagian ruang tamu. Dekat dalam Rumah Opah, anda boleh bergambar di ruang tamu dan dapur. Selain dari Rumah Opah, juga terdapat bahagian Ultraman Ribut, Pengembaraan Alam Dino, Tadika Mesra dan Magic Pin Pin Pom. Menariknya ada juga rumah Nenek Kebayan, yang rata-rata kanak-kanak takut selepas kemunculan nenek kebayan dalam cermin. Lepas tu ada juga wayang kulit Upin Ipin yang pastinya buat anda lebih teruja.

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Pentas Utama

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Maze Pada Zaman Dahulu

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Baju T Upin Ipin

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Booth Jualan

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Eh Upin Ipin nak turun lah. 

Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang
Seronok Mei Mei, Susanti dan adik-adik menari lagu Bunga Matahari


Sememangnya banyak aktiviti menarik yang anda boleh sertai jika anda datang ke Karnival Upin Ipin. Sangat sesuai bawa anak serta keluarga anda bersama merasai sendiri pengalaman bersama Upin Ipin sambil mengeratkan silaturrahim. Tunggu apa lagi, jom pergi Karnival Upin Ipin!

Untuk maklumat lanjut mengenai Karnival Upin Ipin, sila layari


Post a Comment

6 Comments

uncle zuan said…
wow bestnya! kalau ada anak kecik ni boleh bawak.

adeh mana anak aku ni?
Qbal Ramlan said…
pergh. gila best arrr kalau dapat pergi. untung Momi. Bal tak boleh nak join sebab masa ni pergi Langkawi dengan kawan-kawan. Ramai eh blogger kat sana? teringin ah nak jumpa dengan Momi dengan blogger lain depan-depan.
Nurul Syahirah said…
bestnyaaa.. tak dapat nak pergi time ni..
Rafzan Tomomi said…
ye unclee. memang best.

tu laaanya hahaha
Rafzan Tomomi said…
memang best bal. ramai juga yang datang. In shaa Allah, ada rezeki kita jumpa okay :D
Mahamahu said…
Bestnya ramai orang bebaris tu nak masuk tengok kanak-kanak lagi lah suka hehehehhe...