Sekitar Karnival Upin Ipin Di Maeps, Serdang | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Siapa tidak kenal dengan karakter Upin dan Ipin dari siri animasi 'Upin Ipin' yang telah bersiaran lebih dari 10 tahun. Baru-baru ini berlangsungnya Karnival Upin dan Ipin di tapak pameran Maeps, Serdang dan diadakan selama 3 hari bermula pada hari Jumaat, 24 November 2017 hingga Ahad, 26 November 2017. Bertemakan '#UpinIpinLuarBiasa', karnival ini akan membawa anda ke alam Upin Ipin dan animasi-animasi dibawah Les' Copaque Production serta penampilan istimewa Ultraman Ribut yang dibawakan khas dari Jepun. .
 |
Orang Ramai Beratur Untuk Beli Tiket Karnival Upin Ipin |
Momi berkesempatan untuk pergi ke Karnival Upin Ipin ini pada 25 November 2017 (Sabtu) untuk merasai sendiri pengalaman ke karnival tersebut. Tiba pada pukul 12.00 tengah hari, sememangnya ramai yang dah beratur sampai ke luar tau barisannya. Kebanyakkannya yang membawa keluarga dan anak kecil yang pastinya meminati Upin Ipin. Harga tiket Karnival Upin Ipin adalah seperti berikut :
 |
Harga Tiket Karnival Upin Ipin 2017 |
Harga tiket berbaloi juga dengan beberapa aktiviti yang anda boleh sertai. Untuk pembelian tiket jenis VIP, anda dapat melalui jalan pintas untuk ke rumah Opah, Green Boom (sesi potografi), tabung Upin Ipin dan peluang sesi temu mesra bersama maskot Upin Ipin / Ultraman Ribut / Puteri. Menarik kan?
Baca Juga : Expo Negaraku 2017
Bab parkir pula, ada dua bahagian parkir; parkir biasa dan parkir premium. Momi memilih parkir premium berharga RM15 sebab sangat dekat dengan dewan A dan dewan C, manakala parkir biasa berharga RM5 - jauh dari tapak Maeps dan jangan risau, tram disediakan untuk anda supaya anda tak perlu jalan jauh. Oh ya, karnival ini tak banyak gerai makanan, jadi anda boleh makan siap-siap sebelum masuk tau.
 |
Kemeriahan Di Kaunter Tiket |
Dekat Karnival Upin Ipin ini, terdapat dua dewan yang boleh anda masuk iaitu Dewan A (Dewan Utama) dan Dewan C (Dewan Magik). Apakah keistimewaan kedua-dua dewan ini? Jom tengok.
Dewan A
Dewan A - Dewan Utama menempatkan pentas besar untuk persembahan Upin Ipin Musical, aktiviti Dadudido, Puteri, Pada Zaman Dahulu, dan macam macam lagi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis jualan yang disediakan dan istimewanya ada kedai makan Upin & Ipin, merchandise store, ruang permainan PS4 serta mural 3D. Bukan itu sahaja, ada jual juga baju T yang dibuat depan mata anda. Memang menarik. Memang layan habis tengok Kisah Pengembala dan Biri-Biri.
 |
Tengok apa tu dik? |
 |
Sesi Rakaman Suara |
 |
Rumah Opah |
 |
Reban Ayam |
 |
Mewarna menggunakan maker |
 |
Nenek Kebayan. Seram tak? |
 |
Kite seru perigi.. hehe. |
 |
Dalam Rumah Opah |
 |
Alam Dino |
 |
Wayang Kulit |
Dewan C
Dewan C - Dewan Magik pula menempatkan tarikan utamanya iaitu Rumah Opah. Anda berpeluang untuk melihat sendiri Rumah Opah, memang sangat sama. Lagi-lagi bahagian ruang tamu. Dekat dalam Rumah Opah, anda boleh bergambar di ruang tamu dan dapur. Selain dari Rumah Opah, juga terdapat bahagian Ultraman Ribut, Pengembaraan Alam Dino, Tadika Mesra dan Magic Pin Pin Pom. Menariknya ada juga rumah Nenek Kebayan, yang rata-rata kanak-kanak takut selepas kemunculan nenek kebayan dalam cermin. Lepas tu ada juga wayang kulit Upin Ipin yang pastinya buat anda lebih teruja.
 |
Pentas Utama |
 |
Maze Pada Zaman Dahulu |
 |
Baju T Upin Ipin |
 |
Booth Jualan |
 |
Eh Upin Ipin nak turun lah. |
 |
Seronok Mei Mei, Susanti dan adik-adik menari lagu Bunga Matahari |
Sememangnya banyak aktiviti menarik yang anda boleh sertai jika anda datang ke Karnival Upin Ipin. Sangat sesuai bawa anak serta keluarga anda bersama merasai sendiri pengalaman bersama Upin Ipin sambil mengeratkan silaturrahim. Tunggu apa lagi, jom pergi Karnival Upin Ipin!
Untuk maklumat lanjut mengenai Karnival Upin Ipin, sila layari
6 Comments
adeh mana anak aku ni?
tu laaanya hahaha