Expo Negaraku 2017 | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Tahukah anda bermula 15 November sehingga 15 Disember 2017 berlangsungnya Expo Negaraku 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Baru-baru ini Momi bersama rakan Blogger berpeluang untuk turut serta menjadi sebahagian dari pengujung Expo Negaraku untuk mengetahui informasi terkini mengenai projek Negara.
Expo Negaraku ini diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak bagi mempamerkan projek-projek infrastruktur semasa dan masa hadapan yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia demi menyediakan kehidupan yang lebih bermakna buat seluruh rakyat Malaysia. Menariknya, kesemua informasi tersebut dipamerkan dalam bentuk interaktif dan informatif. Anda pasti akan teruja melihat, mendengar dan merasai sendiri pelbagai kemudahan yang disediakan. Bagi Momi satu kelainan untuk menarik ramai lagi rakyat Malaysia datang ke Expo Negaraku.
Tarikan utama di Expo Negaraku ini ialah 5 buah kubah yang diinspirasikan dari 5 Rukun Negara yang merupakan janji dan ikrar kita kepada negara. Setiap kubah mempunyai keunikan dan ciri yang berbeza, jom zoom sikit :
Kubah 1 : Tuah Dikongsi Bersama
Untuk permulaaan pengembaraan, anda akan masuk melalui Kubah 1 yang menayangkan video yang menyelami kehidupan rakyat Malaysia yang dilimpahi tuah hasil daripada kemajuan infrastruktur negara. Dengan skrin besar, anda merasai seperti menonton wayang dan paling best sebab ia sejuk! hehe.
Kubah 2 : Kemudahan Infrastruktur
Selesai di Kubah 1, kita beralih ke Kubah 2 yang paling Momi suka. Sebab dekat Kubah kedua ini anda akan rasai sendiri segala kemudahan infrastruktur yang membawa transformasi kepada kehidupan rakyat Malaysia. Dari jalan raya, lapangan terbang, sistem transit aliran massa hinggalah ke penjanaan kuasa. Rasailah sendiri kemudahan-kemudahan ini dengan cara yang berbeza. Wajib masuk tau! hehe.
Kubah 3 : Kehidupan & Kesejahteraan
Kubah ketiga pula melihat sendiri testimoni kelebihan-kelebihan pelbagai program dan inisiatif yang menjana pertumbuhan ekonomi dan menambahbaik tahap kehidupan dan kesejahteraan rakyat. Dekat sini anda akan jumpa telefon yang lama dan baru. Selain itu, ada juga sesi mewarna , sesuai untuk kanak-kanak.
Kubah 4 : Gaya Hidup Malaysia
Kubah keempat pula, anda akan melihat panorama Kuala Lumpur dari Menara PNB118, lanskap Pulau Langkawi yang menakjubkan dari puncak kereta kabel, serta infrastruktur moden sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Memang best yang kereta kabel tu. Satu lagi ada sesi bergambar beramai-ramai sambil menari tau dan anda boleh tengok semula gambar anda di www.exponegaraku.com.my. Tengok la bagaimana Momi dan kawan-kawan pose sambil menari tu. hehehee.
Kubah 5 : Masa Depan Gemilang
Kubah terakhir (kubah lima) pula membawa anda menyaksikan paparan visual 360 Darjah mengenai masa hadapan negara menerusi pembangunan Bandar Malaysia. Ada rezeki dapat baring atas bantal atau duduk dekat kerusi sambil menonton. Memang awesome gais !
Rancang elok-elok kalau nak ke Expo Negaraku ini sebab ada pelbagai cara untuk anda kesini menggunakan kereta api. Oh ya, siapa nak naik GRAB ada promo kod disediakan sepanjang expo ini berlangsung, sila guna kod "EXPONEGARAKU17" tau dapat RM5 off untuk 2 perjalanan.
Jika anda lapar jangan risau sebab dekat sebelah Expo ada disediakan Makan-Makan Expo Negaraku. Banyak pilihan makanan tau. Selain itu, terdapat juga acara-acara sampingan seperti Kesihatan dan Kesejahteraan, Citarasa Kita, Kebudayaan dan Pelancongan serta Aktiviti & Permainan untuk anda sertai.
Untuk mereka yang datang dari jauh untuk ke Expo Negaraku, anda boleh pilih hotel yang ada promo iaitu Grand Millenium,Kuala Lumpur, Pullman Hotels and Resorts Kuala Lumpur, Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur, StarPoints Hotel Kuala Lumpur, Fraser Place Kuala Lumpur, Premiera Hotel Kuala Lumpur dan Hotel Transit Kuala Lumpur dengan menggunakan kod promo #EXPONEGARAKU. Ada diskaun gais!
Haaa. menarik tak? Pasti buat anda rasa teruja tau. Untuk pengetahuan anda, MASUK ADALAH PERCUMA ! Anda boleh masuk seberapa banyak kali yang anda mahu hehe. Pastikan beratur elok-elok ya, jangan tolak-tolak tau. Expo Negaraku ini dibuka setiap hari selama sebulan bermula 15 November 2017 sehingga 15 Disember 2017. Jom datang beramai-ramai :)
Untuk maklumat lanjut mengenai Expo Negaraku, sila ke :
16 Comments
Tren tu simulasi je ke, real tu?