Rindu Suara Ayah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Hari ni dah masuk hari ke 15 ayah dekat ICU. Ayah mula sedarkan diri sabtu lalu. Alhamdulillah. Gembira sangat masa tu. Mata ayah masih belum boleh buka. Memandangkan ada tiub dalam mulut, ayah memang tak boleh cakap. Ayah seperti cakap sesuatu tapi tak keluar suara. Masa tu Momi dengan Adik boleh komunikasi dengan ayah walaupun ayah angguk atau geleng kepala.
"Ayah kenal kami tak?"
ayah angguk
"Ayah ada rasa sakit ke?"
ayah angguk
Sambil sambil tu, ayah cuba nak bangun dan lepaskan tangannya. Kadang-kadang nampak raut wajahnya menahan sakit. Disebabkan ayah selalu bergerak, nurse terpaksa ikat tangan ayah sebelum terjadi apa apa perkara yang tak diingini. Keputusan scans dah keluar, doktor kata nanah ayah makin banyak, banyakknya lebih besar dari hati. Kira memang dah tutup seluruh hati tu. Kami redha.
Baca : Get Well Soon Ayah, Ayah Bukalah Mata
Tiga hari berlalu, tiba-tiba rasa rindu nak dengar suara ayah, gelak ketawa ayah. Seperti biasa lepas balik kerja terus ke PPUM nak pergi melawat ayah, kali ni rasa macam rasa lain sikit dari biasa. Masa hari Ahad dan Isnin ayah ditidurkan. Momi mungkin nampak tenang dan boleh gelak-gelak, sebenarnya hati tak boleh tipu rasa risau dan rindu dekat ayah.hmm
Bila tengok ayah hari ni matanya terbuka tapi kali ni rasa sebak sangat tengok. Matanya kuning dan berkelip beberapa kali. Wajahnya menahan kesakitan yang ditanggung. Bila pegang jari jemari ayah, ayah genggam jari ini seperti nak bagitahu yang beliau menanggung kesakitan tu. Masa tu Momi dengan Abang Iju, kami cuba tenangkan ayah
"Ayah, ayah kena kuat, jangan banyak gerak, nanti luka"
Momi seperti merasai apa yang ayah sedang lalui. Menitis air mata tengok ayah dalam keadaan macamni tapi bukan depan ayah, terpaksa keluar dari bilik tengok disebalik cermin. I have to be strong hadapi dugaan ini. Ayah tak boleh tengok kami sedih, kami yang kena bagi ayah semangat untuk melawan kesakitan itu.
Hari Jumaat, ayah dah tunjukkan sedikit progress. Tepat dua minggu ayah dekat ICU. Rindu yang tak terhingga, lagi-lagi nak dengar suara ayah. Sehingga hari ini, ayah masih belum tebuk dekat leher (walaupun hari tu salah tengok, ingatkan dah tebuk rupanya belum). Seeloknya tak nak lah tebuk leher. Sekarang doktor masih cuba nak bagi peluang dekat ayah, nak tengok sama ada perlu tebuk atau tidak. Semoga kami masih berpeluang mendengar suara ayah. Rindu sangat.
Terima kasih kepada yang datang melawat ayah dan mendoakan kesihatan ayah. Kami gembira menerima kunjungan dari anda. Ayah dah pindah ke ICU Tingkat 2. Tempatnya lebih selesa dan bilik pon besar. Kalau nak datang melawat ayah sila roger-roger Momi ya hehe.
Ayah kuat! Ayah boleh ! Kami semua rindu nak dengar suara ayah.
Sayang ayah.
19 Comments
Jangan sedih-sedih depan ayah tau. Masa ni, keluarga lah penguat semangat dia.
hope he speedy recovery soon!
you are strong to support him!