Get Well Soon, Ayah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Kalau ikutkan hari ini dah masuk hari keempat ayah dekat hospital. Masa dapat tahu ayah masuk hospital, hati masih lagi boleh tenang sebab emak dah bagitahu nak hantar ayah pergi hospital. Hari yang sama, adik mesej Momi bagitahu,
" Ayah dah scans tadi, doktor kata hati ayah bernanah"
Momi sangat terkejut, lepas tu terus call emak memandangkan masa tu ada hal yang nak diuruskan. Emak suruh bertenang.
Keesokan harinya, Ayah dah selesai pembedahan sedut nanah dekat hati. Lepas tu ayah dah masuk wad biasa. Sampai je hospital tengah hari tu, tengok ayah tak sedarkan diri lagi. Momi tak dapat tahan rasa sebak terus peluk emak.
"Orang tak pernah tengok ayah dalam keadaan macamni."
"Sabar, takde pape, ayah okay je tu." - Emak
Masih menunggu ayah jaga. Untuk hilangkan rasa risau, kami pergi makan sekejap area PPUM tu. Selesai menikmati Mi Hun Sup dengan Teh Ais, tiba-tiba Emak dapat call.
"Ayah kena masuk ICU."
"Ayah kena masuk ICU."
Momi sangat binggung, sebab ini pertama kali hadapi situasi sebegini. Ada yang kata ICU ni keadaan ayah kritikal dan ada yang kata ICU ni Ayah perlukan pantauan rapi dari doktor. Hati ni sangat risau dan makin risau. Saat itu Momi hanya nak dengar suara ayah je.
Satu jam berlalu selepas ayah masuk ICU. Semua keluarga dan saudara mara menunggu penuh berdebar, apa yang terjadi pada ayah sebenarnya. Tiba-tiba kami disuruh masuk tengok ayah. Masa tu satu keluarga berkumpul bersama doktor. Melihat keadaan ayah dekat atas katil ni lebih sebak. Bila tengok ayah penuh dengan wayar disana sini bersama mesin-mesin. Momi cuba tahan untuk menangis. Doktor bagitahu ,
Satu jam berlalu selepas ayah masuk ICU. Semua keluarga dan saudara mara menunggu penuh berdebar, apa yang terjadi pada ayah sebenarnya. Tiba-tiba kami disuruh masuk tengok ayah. Masa tu satu keluarga berkumpul bersama doktor. Melihat keadaan ayah dekat atas katil ni lebih sebak. Bila tengok ayah penuh dengan wayar disana sini bersama mesin-mesin. Momi cuba tahan untuk menangis. Doktor bagitahu ,
"En. Rahim masih dalam keadaan kritikal. Kuman dalam badannya nak merebek ke paru-paru. Kami cuba untuk rawat....."
Momi hanya ingat sampai situ sebab fikiran dah fikir lain. Sambil keluar dari bilik tu, I was crying and crying. Momi hanya longlai dan lemah duduk dilantai seketika. Semua orang risau. Dalam situasi macamni, tak tahu nak buat apa.
Hari berikutnya, Momi dengan mak pergi hospital seawal 10.00 pagi, sebab Emak dah risau sangat. Sampai dalam pukul 11.00 pagi tapi masih belum boleh masuk. Kami tenangkan diri dalam bilik menunggu sambil makan-makan. Emak pon kena makan ubat.
Tepat jam 12.00 tengah hari, Momi masuk dengan emak untuk lihat keadaan ayah. Masih sama. Masa ni Momi fikir positif. Sambil pegang tangan ayah, Momi kata
"Salam Ayah, orang kat sini. Ayah bangun ler, orang rindu ni"
Tiada respon. Lepas tu, Momi dengan Emak baca yasin. Masa baca tu, Doktor datang bagitahu keadaan ayah. Katanya Ayah dah stabil sikit dari semalam. Hati rasa lega sikit. All I need is hear his voice. Bangun ya ayah, kami semua merindui ayah.
Terima kasih kepada saudara mara, rakan-rakan, jiran serta sesiapa sahaja yang datang melawat ayah, walaupun ayah masih belum sedar. Terima kasih juga kepada semua rakan dan pengikut di laman sosial yang bagi kata semangat dekat Momi. Doakan semoga ayah cepat sedar dan cepat sembuh.
I miss you, Ayah. Get well soon okay. Muah ciked!
6 Comments