Ayah, Bukalah Mata

Ayah, Bukalah Mata

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Hari ini genap seminggu Ayah belum sedarkan diri, masih lagi diatas katil ICU dekat PPUM. Rasa rindu semakin kuat, serius rindu nak dengar suara ayah. Setiap hari tak pernah miss nak pergi melawat ayah. Wajah emak kelihatan sangat risau melihat keadaan ayah. Kami semua rindu sangat dekat ayah. Setiap hari mesti ada yang melawat ayah.


Dua hari Momi minta cuti, nak kerja pon tak rasa nak kerja bila teringat ayah dekat hospital. Nasib baik hari Rabu cuti Deepavali. Keadaan ayah masih sama. Masih belum sedarkan diri. Apa yang jadi setiap hari mesti cerita dekat Ayah,

"Ayah, hari ni ramai datang melawat ayah. Semua rindu ayah"

Sambil-sambil borak dengan ayah, tengok tabung darah tu. Hari Isnin tengok macam dah takde, esoknya ada balik. Emak kata tu lah nanahnya, rupanya masih ada. Ingatkan dah habis keluar. Memang dah redha. 

Esoknya hari rabu, Doktor call Emak suruh datang hospital segera. Momi cuba tenangkan diri walaupun risaunya tak terkata. Bila sampai, Doktor minta permission untuk scans seluruh badan, sebab ayah masih belum sedarkan diri. Sepatutnya dah sedar.

Ayah, Bukalah Mata

Ayah masih lagi belum sedar. Masa melawat ayah, ayah ada gerak sikit. Rupanya ayah cuba keluarkan tiub udara dia. Matanya masih belum terbuka. Hati ni meronta-ronta minta ayah bukak mata dan nak dengar suaranya. Tapi masih belum dapat. Tengok keadaan ayah rasa sebak sangat tapi kena tahan. I need to be strong! Mak kata,

"Air mata ayah mengalir masa Mak baca yasin."

Alhamdulillah. Sekurangnya ayah dengar apa yang kami cakap dekat dia. Emak kata mata ayah kuning, mungkin kesan dari hati bernanah tu. hm.

Hari Khamis, Emak suruh pergi kerja sebab ada ramai yang boleh tengokkan ayah. Tapi hati ni masih berat nak pergi kerja, nak pergi tengok ayah juga. Momi akur dan pergi kerja. Ternyata rindu dekat ayah lebih kuat, tapi dalam masa yang sama kena bekerja juga. Tepat 5.00 petang terus punch out dan naik uber dari RTM ke PPUM. Nasib ada promo code, murah sikit hehe.

Ayah masih sama seperti semalam. Ini pertama kali ayah masuk hospital, jadi dia tak biasa dengan keadaan macamni. Ayah masih bergelut nak keluarkan tiub dari mulut dia. Memandangkan kami tak boleh jaga dekat ICU, kami beli pemain mp3 yang ada ayat Al-Quran dan Surah Yassin supaya ayah boleh dengar ayat-ayat Al-Quran. 

Hari Jumaat, progress ayah masih sama. Momi pula masih lagi bekerja. Hari ini busy sikit dari biasa. Seperti biasa, tepat jam 5.00 petang, punch out dan naik uber ke PPUM. Sampai hospital terus nak jumpa ayah. Mak bagitahu,

"Doktor kata kalau ayah terus pakai tiub tu, boleh bahayakan tekak dia. Kalau ayah tak bangun jugak, doktor nak tebuk leher ayah."
"Nooo. takde cara lain ke mak?"
"Kalau dah macamni caranya, nak buat apa lagi."

Momi senyap. Tak tahu nak fikir macam mana. Lepas tu keluar sekejap, bagi laluan orang lain nak melawat ayah. Adik ayah dari Johor datang melawat. Lepas tu, Momi masuk dengan adik. Sekali lagi berborak dengan ayah. Kitorang bagitahu siapa yang datang melawat. Siap ajak,

"Ayah, kawan ayah telefon ajak memancing"
"Ayah, wrestling dah nak bermula"
"Ayah, nanti balik bawak ABC"
"Ayah, bangunn~ dah maghrib, tak elok tidur maghrib"

Semua ini kegemaran ayah. Tapi masih tiada tindak balas. Kemudian, kami bagi Emak dengan Kak Long masuk pula sebelum habis waktu melawat pukul 8.00 malam. Masa dah nak balik tu, Kak Long bagi tahu,

"Tadi masa orang cakap nak balik pastu orang kata 'Ayah, esok bukak mata tau. Esok kitorang datang lagi.' tahu tak, ayah angguk."
"Lepas tu dia buka mata sekejap, lepas tu tutup."

Cukuplah dengar ayat-ayat ni. Hati rasa tenang sikit. Semoga kami datang esoknya, ayah dah boleh bercakap dan buka mata. Sekali lagi terima kasih buat semua yang datang melawat ayah dan mendoakan kesihatan ayah. Juga terima kasih buat kawan-kawan dan saudara mara yang bagi kata semangat.

Ayah, cecepat buka mata tau. Rindunya ayah. 

Post a Comment

26 Comments

iena eliena said…
Smg ayah momi cepat sembuh dan smg d permudahkn segala urusan
Dillaleez said…
Dila doakan semoga ayah momi cepat sembuh... semoga dipermudahkan segala urusan... Momi tak care eh...
sitirohaida said…
Moga momi kuat..banyakkan doa untuk dia,moga ayah momi cepat sedar dan sembuh..sihat seperti sedia kala
Shafyqah Azahar said…
semoga ayah momi cepat sembuh, insyaAllah dipermudahkan segalanya
sis gee said…
semoga momi & family kuat semangat untuk beri kekuatan pada ayah momi..In syaa Allah dipermudahkan olehNya..amin..
Hasif Hamsyari said…
Terus kuatkan semangat ya bang! Semoga pakcik cepat sembuh dan dipermudahkan urusan...
Hanny Abdullh said…
Moga dipermudahkan segalanya dan semoga ayah momi sembuh seperti sediakala. Tabah dan doa banyak2 ok momi
Nuha Nawawi said…
Semoga disembuhkan dan dipermudah urusan keluarga EN. Momi.
nia k said…
semoga ayah awak cepat sembuh, kuatkan semangat
أسال الله آلعظيم رب العرش العظيم أن يشفيك . Moga Momi skuarga tabah Dan sabar hadapi ujian Allah
Alia Farhan said…
Akak doakan ayah momie diberikan kesihatan dan kembali sihat seperti biasa. Momie kena kuat n byk2 berdoa ya.
Mata masuk habuk rindu dekat arwah abah
Rawlins GLAM said…
Moga semuanya dipermudahkan ye Momi. Momi kena kuatkan diri untuk keluarga dan ayah sekali. InsyaAllah doa rakan-rakan sentiasa bersama keluarga Momi
Suria Amanda said…
Sedih akak baca entry momi..i feel you dik..macam tu masa mak akak buat bypass kat IJN last year..akak doakan ayah momi cepat sihat..cepat sedar...ramai rindu ayah kan? Teruskan baca yasin ye dik..insyaallah ayab momi kuat
Mahamahu said…
Sebagai seorang anak yang terbaik adalah kita sentiasa tak putus doa untuk mereka dan kita kena ada sentiasa bagi penguat kepada mereka di penghujung usia ini moga ayah momi cepat sihat dan sembuh.. Pakcik nanti ada masa saya datang kedai makan kat sana lagi sedap..
Fiza Rahman said…
Allah... Sedih akak baca Momi sebab ada pengalaman jaga ayah dekat hospital. Leher kena tebuk. Smoga ayah momi cepat sembuh dan cepat sedar dari koma.
Azirahman said…
Moga ayah momi cepat sembuh. Kena kuatkan semangat demi untuk ayah.
Mawardi Yunus said…
Moga Acik cepat sembuh ya.
apekinahdotcom said…
Allah moga ayah Momi cepat sembuh. Kinah doakan semoga semua urusan momi dan family dipermudahkan. In sya Allah ayah momi akan sembuh seperti dulu
Bro Framestone said…
Sedih baca artikle ini, maaf bro memang follow perkembangan ayah Momi dekat facebook, cuma xsampai hati nak bagi respon apa...

Moga momi sekeluarga tabah.

Jika sayangkan ayah, just doa dipermudahkan segala urusannya di dunia ini.
shamiera osment said…
Semoga dpermudahkn semua urusan ayah momi...
Pinky Momma said…
Momi jgn bhenti bdoa ya. Moga ada keajaiban dr Allah. I feel u momi. Hugss
Mia Kassim said…
Moga ayah momi cepat sedar dan cepat sembuh ...
semoga ayah momi cepat sembuh.. akak sebak.. hari ni macamana ye keadaannya momi?
Fieza Sani said…
Semoga ayah momi cepat sihat...
Lia Hasty said…
Semoga ayah beransur pulih dah sihat. Banyakkan bersabar & kuatkan semangat ya.
mrspuex said…
momi kena kuat untuk mak.. semoga ayahanda momi diberikan kesembuhan segera.. sabar ya.