Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Bila kali terakhir anda menonton teater? Sejujurnya Momi dah lama tak menonton teater dan baru-baru ini, rasa bersyukur dan seronok sebab masih berpeluang menonton teater. Bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Momi berkesempatan untuk menyaksikan Teater Bangsawan Dewa Kencana yang berlangsung dari 15 hingga 17 September 2017.
Untuk pengetahuan anda, Bangsawan Dewa Kencana ini adalah hasil ilham Pertubuhan Pencinta Teater Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (HIDAYAH) yang arahkan oleh Tuan Haji Kamarul AR. Teater Bangsawan ini diadakan sempena program Semarak Bangsawan yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bangsawan Dewa Kencana ini dibintangi oleh Dayang (sebagai Kencana), Pangiran Syah (Dewa), Dato' Jalaluddin Hassan (Manong Satria), Mubarak Majid (Wangsa Jati), Zack Kool (Kiabang Indera) dan ramai lagi. Momi teruja sebenarnya dengan barisan pelakon yang mengandingkan pelakon baru dan pelakon profesional.
Jalan cerita yang menarik, dan diselangi dengan selingan persembahan-persembahan yang pasti buat anda rasa seronok semasa menonton. Dari segi set pula Momi rasa berpuas hati sebab cantik dan menarik tau. Keseluruhannya ia mampu menghiburkan anda. Lagi-lagi dapat tengok betul-betul dekat barisan paling hadapan, memang puas hati. | Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan
Sinopsis Teater Bangsawan Dewa Kencana
Berkisarkan pada hal-hal tentang keringat dan perjuangan para pemimpin terdahulu yang membina tanah air dan negeri berpaksikan kehendak, sumpah dan harapan nenek moyang. Sebilah keris yang dicari "keris pusaka" menjadi satu perlambangan kepada perlembagaan dan kuasa. Kerana tamakkan kuasa unutk memegang tampuk pemerintahan Tanah Selendang Mahkota, Raja Demara Muazar diguling dan dibunuh oleh Raja Kiabang Indera.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Raja Demara Muazar sempat meninggalkan amanah kepada Wangsa Jati agar anaknya, Kencana Demara dapat dikembalikan ke tahta Tanah Selendang Mahkota. Apakah yang terjadi Tanah Selendang Mahkota?
Tunggu apa lagi, jika anda berminat untuk menyaksikan pementasan bangsawan yang dijalankan menerusi Program Semarak Bangsawan 2017 ini, sila layari www.jkkn.gov.my atau www.dbkl.gov.my untuk maklumat lanjut. Serius tak rasa rugi selepas menonton, jika ada peluang masa nilah nak pergi menonton teater. | Teater Bangsawan Dewa Kencana - Siri Semarak Bangsawan
Terima kasih Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) atas jemputan!
19 Comments
kesian kan hihi