Nikmati Bread O Clock & Nasi Ayam Kampung Stim Hainan Hanya Di PappaRich Pavilion Kuala Lumpur | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Siapa disini pernah makan dekat PappaRich? Tahukah anda Papparich kini telah membuka cawangan terbarunya di Pavilion, Kuala Lumpur. Paling menarik, PappaRich Pavilion menyediakan hidangan ekslusif dimana tidak dihidangkan dimana-mana cawangan PappaRich yang lain. Apakah hidangan ekslusif tersebut?
Untuk pengetahuan anda, PappaRich Pavilion ini terletak di Aras 1, berhadapan dengan Mercato. Jadi memang mudah untuk anda ke sini dengan hanya cari Mercato sahaja. Sekarang Momi nak kongsi mengenai hidangan eksklusif PappaRich Pavilion ini iaitu Bread O Clock dan Nasi Ayam Kampung Stim Hainan .
Bread O Clock
Set Bread O Clock ini hanya boleh didapati semasa sarapan pagi dan minum petang. Dengan RM8.00 anda boleh menikmati roti bakar dan minuman panas pilihan anda. Untuk roti bakar, ada empat variasi pilihan untuk anda iaitu 'Thick Roti Stim With Butter + Kaya', 'Hainan Toast with Butter + Kaya', 'Thick Toast With Susu' dan 'Thick Toast With Peanut Butter'. Manakala untuk minuman panas pula anda boleh pilih 'Coffee O', 'Coffee', 'Cham', 'Teh C', 'Teh Tarik', 'White Coffee', 'White Coffee 2-in-1' dan 'Teh O'. Kalau tak nak panas, PappaRich juga sediakan minuman sejuk cuma tambah RM1.00 sahaja. Nak lagi best, hanya tambah RM2.00 anda boleh dapat Telur Separuh Masak tau.
Hainanese Chicken Rice

Thick Roti Stim With Butter + Kaya
Thick Toast With Peanut Butter
Thick Toast With Susu
Hainan Toast with Butter + Kaya
Minuman Panas
Variasi Air Sejuk
Hainanese Chicken Rice
PappaRich Pavilion juga turut menyediakan Nasi Ayam Kampung Stim Hainan dengan harga RM19.90. Menariknya, ayam stim ini menggunakan ayam kampung yang sangat lembut dan mudah untuk dikunyah. Bukan sahaja sedap malah ia menyihatkan dan sesuai untuk anda yang diet. Selain itu, turut disediakan Ayam Kampung Stim Hainan (Half-portion) dengan harga RM29.90. Mereka yang berselera besar seperti Momi wajib beli ni hehee.
Nasi Ayam Kampung Stim Hainan (Half-portion)
Momi syorkan anda pergi sendiri ke PappaRich Pavilion dan rasai sendiri set Bread O Clock danNasi Ayam Kampung Stim Hainan disini. Selamat mencuba !
Alamat PappaRich Pavilion
PappaRich Pavilion
Lot 1.02.00, Level 1,
Pavilion Kuala Lumpur,
168, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi PappaRich Pavilion
Setiap Isnin - Ahad
10.00 Pagi - 10.00 Malam
Untuk maklumat lanjut mengenai PappaRich dan set Bread O Clock serta Nasi Ayam Kampung Stim Hainan, sila layari :
Laman Web Rasmi PappaRich
Facebook Rasmi PappaRich
Instagram Rasmi PappaRich
Laman Web Rasmi PappaRich
Facebook Rasmi PappaRich
Instagram Rasmi PappaRich
Terima kasih PappaRich Pavilion !
30 Comments
now I follow you on gfc too :D