Kelebihan & Bagaimana Untuk Menjadi Friends Of KPDNKK?

Kelebihan & Bagaimana Untuk Menjadi Friends Of KPDNKK?

Bagaimana Untuk Menjadi Friends Of KPDNKK? | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Sebagai pengguna, kita semestinya akan membeli sesuatu barang berdasarkan harga dan kualitinya. Kebiasaanya ramai diantara kita memilih pasaraya besar untuk membeli barangan dapur. Sedar atau tidak sedar, ada sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab meletakkan harga tinggi dari yang ditetapkan oleh kerajaan. Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mengetahui perkara sebegini?

Kelebihan & Bagaimana Untuk Menjadi Friends Of KPDNKK?
Logo Rasmi Friends Of KPDNKK

Friends Of KPDNKK (FOK)
Tahukah anda, KPDNKK sedang menjalankan sebuah platform untuk anda bertindak sebagai pemantau bagi pihak KPDNKK untuk memantau harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada umum. Untuk Friends of KPDNKK ini, anda boleh mendaftar secara percuma DI SINI. Dengan mendaftar Friends of KPDNKK ini, anda boleh aduan sekiranya harga yang ditawarkan tidak rasional atau sebagainya.

Sebagai pengguna, kita seharusnya membantu pihak KPDNKK dalam melakukan pemantauan secara sukarela melalui konsep membeli-belah sambil memantau dan melaporkan kepada Kementerian. Selain dari itu, jika mendaftar dengan Friends of KPDNKK ini anda layak untuk menikmati beberapa faedah sebagai 'ganjaran' kepada bantuan yang diberikan. 

Untuk Terma dan syarat keahlian Friends Of KPDNKK, anda boleh lihat DI SINI

Kelebihan & Bagaimana Untuk Menjadi Friends Of KPDNKK?
Cara Mendaftar Menjadi Friends Of KPDNKK

Tugas Yang Dilakukan Oleh Friends Of KPDNKK 
Tak tahu bagaimana tugas anda sebagai Friends Of KPDNKK? Jangan risau. Momi senaraikan apakah tugas-tugas yang boleh dilakukan selepas mendaftar dengan Friends Of KPDNKK

- Anda boleh memantau trend harga dan isu kepenggunaan di kawasan / tempat anda
- Menjadi pemangkin untuk gaya hidup lestari dan pencinta alam sekitar
- Menyebarkan maklumat pengguna kepada penduduk dikawasan tempat tinggal. Dengan ini mereka akan 'alert' dengan harga yang ditawarkan
- Turut serta dalam mengendalikan program / aktiviti kepenggunaan

Kelebihan & Bagaimana Untuk Menjadi Friends Of KPDNKK?
Contoh Kad Friends Of KPDNKK

Keistimewaan Kad Friends of KPDNKK
Keistimewaan Kad Friends of KPDNKK adalah kad diskaun (loyalty card) yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat kepada anggota-anggota Friends of KPDNKK. Ia mempunyai tiga fungsi sebagai:

- Kad Diskaun
- Kad Loyalti
- Kad Pengenalan Diri Sebagai Anggota Friends of KPDNKK

Sebagai pemegang Kad Friends of KPDNKK, anda boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk / perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis yang mengambil bahagian (Rakan Dagang Bank Rakyat) yang menyertai program keistimewaan ini. Bila dilihat senarai Rakan Dagang Bank Rakyat, memang banyak tau. Untuk senarai Rakan Dagang Bank Rakyat, anda boleh lihat DI SINI.

Kelebihan & Bagaimana Untuk Menjadi Friends Of KPDNKK?
Pendaftaran Kad Friends Of KPDNKK Adalah Percuma!

Faedah Yang Diperolehi Sebagai Friends Of KPDNKK?
Haaa.. pastinya ada faedah untuk anda apabila mendaftar sebagai Friends Of KPDNKK ni : 

- Berkhidmat kepada masyarakat pengguna dengan memberi informasi dan maklumat melalui aktiviti pemantauan
- Dapat membantu masyarakat dalam meningkatkan perlindungan pengguna bagi kesejahteraan masyarakat
- Maklumat yang diberikan dapat membantu KPDNKK mengambil tindakan dengan cepat
- Berpeluang untuk menyertai seminar atau bengkel yang dianjurkan oleh KPDNKK
- Mampu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan penguna mengenai trend harga barangan dan perkhidmatan di pasaran

Jadi tunggu apa lagi, banyak faedah yang boleh diperolehi bersama sebagai rakyat Malaysia. Diharapkan anda mendapat manfaat dan In Shaa Allah membantu anda yang ingin menyuarakan pendapat mengenai trend harga masakini. Jangan lupa mendaftar ya ! 

Post a Comment

22 Comments

Unknown said…
Kite dh dftar wakkkk
Shafyqah Azahar said…
yay kejap lagi nak daftarlah. banyakkan faedah dia. terima kasih terangkan dengan lebih jelas
Nice sharing. Thanks!
.
Sat lagi nak daftar and godeh2
Unknown said…
Nice info and the share :)
azlina ina said…
ramai dah warwar ni,,nampaknya menarik betul ni jadi rakan kpdnkk.Terimakasih
azlina said…
baru la jelas .. jap lagi,saya nak daftar juga ni
Nadia said…
very useful and helpful post, definitely will register. thanks for sharing!
Khir Khalid said…
Bagus juga ni.. mudah klu ada apa2 yg tak kena dan nak rujuk juga. Thanks sharing Momi :)
Jessie Koo said…
Wah boleh daftar nanti. Thanks to share. Pernah dengar tapi sekarang baru tau kegunaan kad ni
Buggy said…
untuk pecinta alam ini merupakan wadah yang sangat pas sekali nih.
ANZ said…
Laa tak pernah dengar pasal ni,kena catch up dengan perkembangan diorang ni
itsmiramira said…
uyoooo.. THanks sharing. Banyak nye pautan yg ketinggalan
NEEZA said…
wah bagus ni, kena gunakan perkhidmatan yang kerajaan dah bagi seeloknya.. thanks momi sebab share benda ni
Unknown said…
wah ini amat bagus..akan ikut perkembangan ia :D
Lin Liena said…
bagusnya info ni...ok saya daftar sekarang
yanmie said…
Waahh nice sharing, nanti nak daftar :)

yanmie
www.yanmieonline.com
sayaidaydotcom said…
Nak jadi friends, nak diskaun banyak. hahaha ni namanya friends with benefits hahaha
penaberkala said…
Nak kena jadi friends KDNKK jugak ni. So mudah nak report kalau seller kat luar sana jual barang mahal dari market value, hehehe

Nice info wak. Tq for sharing
Fiza Rahman said…
Bagusnya. Thanks for the info momi. Nanti nak daftar lah ☺
Bro Framestone said…
Adeh, kena dapatkan juga kad ini... Perlu ada akaun bank dengan bank rakyat ke?