Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Jika sebelum ini Momi pernah ke Gua Tempurung pada April 2016, kali ini Momi nak kongsi pengalaman Momi semasa menyertai Sixth Mile Tunnel, antara tarikan Lost World Advanture Park di Lost World Of Tambun, Ipoh Perak. Sebenarnya baru tahu ada aktiviti-aktiviti lasak dekat LWOT ni. Berjayakah Momi dan rakan-rakan melepasi halangan sepanjang 6 batu perjalanan?
Kelengkapan Keselamatan Semasa Sixth Mile Tunnel
Sebelum memulakan perjalanan ke Sixth Mile Tunnel, kami dibekalkan dengan topi keselamatan, jaket keselamatan, lampu suluh kepala, air mineral dan biskut manisan. Kesemua barang ini diberi untuk memastikan keselamatan kami terjaga. Ia mengambil masa 3 jam perjalanan untuk melengkapkan Sixth Mile Tunnel (3 batu pergi & 3 batu pulang). Peringatan : Kalau boleh smartphone, kamera besar tak perlu bawa, kecuali jika anda ada Go-Pro.
Naik Bot
Aktiviti ini bermula di kawasan glamping, dimana Momi dan rakan-rakan akan menaiki bot yang disediakan ke terowong tersebut. Sebelum bermula memang Momi dah rasa cemas tapi nasib baik ditenangkan oleh rakan-rakan, mungkin sebab nervous nak melalui halangan dan cabaran untuk Sixth Mile Tunnel nanti hehe. Kami dihantar ke kawasan seberang untuk berjalan kaki ke terowong tersebut.
Jalan Kaki
Semasa berjalan kaki, kami tidak dibenarkan untuk buat bising, mungkin akan menganggu kawasan perumahan sepanjang jalan itu. Jalan dalam 7-8 minit macamtu, dah tiba dekat X-Camp dimana kawasan terowong itu berada disini. Sebelum masuk ke terowong kami diberi taklimat ringkas, apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa melalui terowong tersebut.
Cabaran Ketika Melalui Sixth Mile Tunnel
Untuk ke terowong, kami WAJIB berjalan melalui kolam yang penuh lumpur. Dekat sini memang habis basah dah baju anda, jangan nak cecantik dah haha. Sekarang lebih mudah untuk seberang kolam penuh lumpur tersebut menggunakan tali. Sejenis Momi, yang tak berapa boleh dengan aktiviti air ni mula-mula cuba juga untuk terapung demi menyelamatkan kasut tapi tumpas di saat yang kelima (naik balik darat ya hahaha!). Atas keprihatinan penjaga yang membawa kami kesini, saya terpaksa naik rakit yang disediakan. Serius memang sangat mendebarkan tapi masa tu tak fikir apa dah, terus naik dan dibawa oleh abang penjaga.
Sampai juga dekat depan terowong tu walaupun kaki dah menggigil, takut jatuh haha. Seterusnya, Seorang demi seorang berbaris untuk masuk ke dalam terowong. Dalam terowong ni memang gelap dan perlukan bantuan lampu untuk melaluinya. Setelah dibekalkan dengan lampu di kepala, tak perlu risau. Pada awalnya perjalanan okay sahaja dan air masa tu dah paras pinggang. Semakin lama air semakin cetek dan cetek sehingga paras buku lali. Ada sesekali kami kena membongkok dan merangkak untuk melaluinya hehe.
Disitu dapat lihat pembuatan kristal secara semula jadi. Sememangnya tidak rugi berjalan sejauh 3 batu untuk melihat pembuatan kristal ini. Tetapi kena berjaga-jaga semasa berjalan, kami dinasihatkan supaya elak untuk tersentuh batu pembuatan kristal ini kerana dikhuatiri membantutkan proses pembuatan tersebut. | Pengalaman Sixth Mile Tunnel di Lost World Of Tambun
Kami juda dinasihatkan untuk tidak letakkan lampu kepala terlalu tinggi, takut menganggu kelawar-kelawar yang melalui terowong tersebut. Sekali sekala nak suluh takpe, jangan selalu hehe. Tapi masa perjalanan mesti akan rasa kelawar terbang melalui sebelah anda. Ada sekali tu sampai tersuluh kelawar, dua dua menjerit haha! Maafkan kite kelawar.
Lebih kurang sejam perjalanan, akhirnya kami berjaya keluar dari terowong untuk berehat seketika menikmati kehijauan hutan. Mujurlah kami dibekalkan dengan air mineral dan biskut manisan supaya kami tidak kehausan dan kelaparan semasa rehat. Kami berehat kira-kira 20-30 minit macamtu. Bergambar sikit-sikit. Seterusnya kami meneruskan perjalanan keluar melalui jalan yang kami lalui tadi.
Alhamdulillah. Akhirnya berjaya melepasi rintangan-rintangan sepanjang perjalanan Sixth Mile Tunnel. Terima kasih rakan-rakan sebab membantu saya sepanjang perjalanan pergi dan pulang. Terima kasih juga buat abang penjaga yang bawa saya naik rakit, amatlah saya hargai. Pastinya ia satu pengalaman yang menarik dan takkan dilupakan dari masuk sampailah keluar hehe. Entri seterusnya Momi akan share tentang Glamping dan apa Tarikan yang ada di Lost World Of Tambun. Stay tuned ya !
Untuk anda yang nak cuba Sixth Mile Tunnel, Lost World of Tambun, sila layari :
Alhamdulillah. Akhirnya berjaya melepasi rintangan-rintangan sepanjang perjalanan Sixth Mile Tunnel. Terima kasih rakan-rakan sebab membantu saya sepanjang perjalanan pergi dan pulang. Terima kasih juga buat abang penjaga yang bawa saya naik rakit, amatlah saya hargai. Pastinya ia satu pengalaman yang menarik dan takkan dilupakan dari masuk sampailah keluar hehe. Entri seterusnya Momi akan share tentang Glamping dan apa Tarikan yang ada di Lost World Of Tambun. Stay tuned ya !
Untuk anda yang nak cuba Sixth Mile Tunnel, Lost World of Tambun, sila layari :
No. Telefon :
05-5408801/02
Email :
lwhreservation@sunway.com.my
32 Comments
Tapi aktiviti macam nie, tak pernah try lagi