Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Rasanya lately memang busy travel kesana kesini, jadi nak cari semua keperluan untuk travel tak semudah disangka bila travel. Sekali dah beli memang makan masa. Why not Momi cuba untuk menggunakan beberapa produk Himalaya untuk pergi travel. Entri ini Momi nak share 6 produk Himalaya yang sesuai untuk dibawa semasa Travel.
Semasa pergi Lost World Of Tambun hari tu, Momi bawa bersama Himalaya Set, yang dimana ada 6 produk Himalaya yang sesuai untuk dibawa travel seperti Neem Face Wash, Protein Shampoo Gentle daily care Shampoo, Clear complexion whitening day cream, Neem caps, Koflet lozenges & Complete Care Toothpaste. Untuk pengetahuan anda, Himalaya Set mudah dan senang dibawa lagi-lagi bila Travel. Produk Himalaya ini 100% herbal tau. Jom kita tengok 6 produk tersebut :
01 Neem Face Wash
Produk ini best. Sebab pertama kali menggunakan Neem Face Wash ni bila pakai rasa segar. Lepastu tak banyak buih tau. Menggunakan bahan semulajadi dari neem (daun semambu) dan kunyit, membantu membersihkan kulit muka dan mengeluarkan minyak berlebihan dan kotoran pada muka anda. Must try !
02 Protein Shampoo - Gentle Daily Care
Momi memang pakai produk ni sejak rambut gugur baru-baru ini. Ternyata ia mampu menyihatkan rambut dan mengurangkan rambut gugur. Memang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Protein Shampoo ini wajib dibawa semasa travel, terutamanya untuk mereka yang ada masalah keguguran rambut.
03 Clear Complexion Whitening Day Cream
Mereka yang pentingkan penjagaan kulit disyorkan untuk cuba Whitening Day Cream ini kerana ia tidak melekit. Bestnya guna produk ini, ia akan menjadikan kulit lebih lembab, warna sekata dan mencerahkan. Produk ini mengandungi cinnablock yang mampu menghalang sinaran UV yang sangat bahaya kepada kulit manusia.
04 Neem Capsule
Produk Neem Capsule ini adalah ekstrak herba tulen yang berasal dari Pokok Neem. Dengan menggunakan Neem Capsule ini, ia dapat membersihkan darah dan penyembuhan luka. Ia juga dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah.
05 Koflet Lozenge
Mudah dibawa dan sangat sesuai untuk Travel ni. Koflet Lozenge ini dapat membantu anda ketika batuk biasa dan kering.
06 Complete Care Toothpaste
Menggunakan 100% sayuran dan bebas Parabens, ia memberi pelindungan kepada gigi anda selama 12 jam dari bakteria. Disamping itu, Complete Care Toothpaste juga memutihkan gigi dan mencegah plak gigi dari rosak. Menarik kan?
Haaa itulah dia 6 Produk Himalaya Herbals yang sesuai untuk dibawa semasa travel. Ternyata produk-produk ini memang sangat membantu anda ketika travel dari dalam dan luar diri anda gitu. Produk yang sangat berbaloi untuk anda guna. Why not cuba sekali sekala kan? Mana tahu kena pula dengan anda.
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
35 Comments
ada peluang boleh cuba..
Akak pun suka...
Esp shampoo2 dia....
Yg pling penting...kandungan dia selamat utk kita