Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Pernah dengar mengenai Mega Wedding Malaysia? Haa.. Baru-baru ini Momi menghadiri jemputan ke Mega Wedding Malaysia 3.0 - Majlis Perkahwin 10 Pasangan Secara Eksklusif Di Malaysia di Marina Putrajaya pada 12 Ogos yang lalu. Pastinya kemeriahan suasana perkahwinan dirasai dan bertambah meriah lagi dengan kehadiran keluarga 10 pasangan tersebut.
Malaysia Wedding Festival (MEFA) telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan acara Mega Wedding Malaysia, 10 pasangan pengantin buat kali kedua (pertama kali dibuat pada tahun 2017) yang gemilang mengikut lunas Islam. Menariknya, anjuran Mega Wedding Malaysia dapat membantu pasangan mempelai untuk melalui saat-saat yang indah yang meriah dengan bajet yang rendah dan sekaligus menjimatkan kos perkahwinan. Semuanya serba lengkap dari sesi persolekan di Cruise Putrajaya, majlis pernikahan di Masjid Putrajaya hingga ke makan beradab dan majlis resepsi yang meriah di Marina Putrajaya.
Konsep persandingan yang bertemakan 'Perkahwinan Taman Di Tepi Tasik' ini dicaj hanya RM7,000.00 untuk setiap pasangan. Rasanya pakej perkahwinan yang sungguh istimewa ini nilainya pasti akan mencecah angka yang lebih tinggi jika dilangsungkan secara persendirian. Tujuan utama Mega Wedding Malaysia adalah untuk membantu pasangan pengantin meringankan bebanan belanja perkahwinan tetapi masih dapat melalui pengalaman yang indah dan tidak mudah dilupakan.
Terima kasih kepada para penganjur bersama iaitu Qistina Avenue Events Management Sdn Bhd dan Mahligai Catering Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI Putrajaya. Antara penaja yang terlibat untuk Mega Wedding 3.0 ini ialah Ampire Events, Eddie Photo Video, Yann Rifft Team (Makeup), Coffee Corner Faizal Azzuuri, Fynaz Wedding Favors, Butik Norjuma, Masjid Putra, Putrajaya, Shangri-La Putrajaya, Marina Putrajaya dan Cruise Tasik Putrajaya. Dengan harga RM7000, pasangan pengantin akan mendapat pakej yang sangat berbaloi seperti :
- 200 pax jemputan untuk setiap pasangan
- Menu Katering istimewa
- Live show daripada band terpilih
- Deejay Jemputan dan PA System
- “Door Gift” untuk setiap tetamu
- Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
- Liputan khas daripada media
- Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
- Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
- Pelamin Eksklusif istimewa
- Pelamin Nikah di dalam Cruise
- Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
- Percuma Kad Kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
- Kek Kahwin untuk semua pasangan
- Penginapan Hotel (untuk satu malam) di Shangri-La Putrajaya (5 Bintang)
Maafkan kite, kite curi pelamin sekejap hihi. |
Untuk maklumat lanjut mengenai Mega Wedding Malaysia 3.0 - Majlis Perkahwin 10 Pasangan Secara Eksklusif Di Malaysia ini, sila layari :
26 Comments
awat momi tak pakai songket dan samping dan songkok..acah2 pengantin lah posingg hihi
Momi tak lama lg dh tu, Dah duduk kat pelamin tu..badi pelamin akan lekat kat awk..so nampak gaya dah x lama lah tu..hahha