Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Mencari Shellout sekitar Lembah Klang? Momi nak kongsi kepada anda sebuah restoran yang menghidangkan Shellout dan hidangan dari Thailand yang wajib dicuba sekitar Petaling Jaya. Restoran tersebut ialah Kaisar Thai Restaurant, yang berada berdekatan dengan Matahari Mall, Petaling Jaya. Momi rasa jika anda mengidam makan masakan Thai, apa kata anda cuba makan disini.
Sebab apa kena cuba, Kaisar Thai Restaurant PJ menghidangkan Shellout atau disini dipanggil 'Seafood Longgok'. Menariknya, anda hanya boleh dapatkan Seafood Longok ini pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja pada harga promosi yang sedang berlangsung iaitu RM45. Kalau anda pesan Seafood Longgok, ia khas untuk 2 orang makan, 2 pinggan nasi dan 2 air jus. Anda yang betul betul minat seafood terutamanya ketam dan udang memang berbaloi. Hari tu makan rasa nak repeat lagi hehe.
Bukan Seafood Longok sahaja yang dihidangkan, malah di Kaisar Thai Restaurant PJ turut menghidangkan masakan ala thai . Antara menu Wajib yang dipesan oleh para pengunjung untuk makan disini ialah 'Sotong Stim Limau', 'Telur Goreng Kaisar', 'Tomyam Seafood', 'Tomyam Poktek', 'Ikan Siakap Dua Muka', 'Brokoli Sos Tiram', 'Daging Bakar Kaisar' dan 'Udang Butter'. (rujuk gambar dibawah)
Udang Butter |
Sotong Stim Limau |
Daging Bakar Kaisar |
Brokoli Sos Tiram |
Tom Yam Seafood |
Ikan Siakap Dua Muka |
Telur Goreng Kaisar |
Tom Yam Pok Tek |
Bukan itu sahaja, memandangkan Momi ni seorang peminat pencuci mulut yang tegar, mestilah intai-intai apa pencuci mulut yang menarik untuk dicuba. Jadi Momi dengan gembiranya mencuba 'Pulut Mangga' dan 'Aiskrim Pulut Mangga'. Kalau dah makan mestilah kena minum air kan? Disini memang puas hati pesan air minuman. Antara minuman yang dihidangkan ialah 'Air Durian Belanda', 'Air Buah Naga', 'Air Mangga Special', 'Hot Green Tea', 'Green Tea Iced' dan 'Teh Tarik Panas'. (rujuk gambar dibawah)
Lebih berbaloi jika anda datang bersama kawan-kawan atau keluarga sebab Kaisar Thai Restaurant PJ juga menyajikan menu hidangan set dalam kuantiti yang ramai. Sememangnya portionnya banyak tau, memang tersandar nanti lepas makan hehe. Momi sangat berpuas hati dengan beberapa hidangan yang dicuba dan sememangnya 'Seafood Longgok', 'Sotong Stim Limau' dan 'Udang Butter' menjadi pilihan hati hehe.
Waktu Operasi Kaisar Thai Restaurant PJ
Isnin - Jumaat (2.00 Petang - 1.00 Pagi)
Sabtu & Ahad (12.00 Tengah Hari - 12.00 Tengah Malam)
Alamat Kaisar Thai Restaurant PJ
Lot 22-1 & Lot 23-1
Jalan PJS 2/16A, Taman Maju Jaya
46000 Petaling Jaya, Selangor
Untuk maklumat lanjut mengenai Kaisar Thai Restaurant di Petaling Jaya, sila layari :
Telefon (Untuk tempahan / Pertanyaan)
03-77734216 / 016-2058714
Email
kaisarfood@gmail.com
Terima kasih Kaisar Thai Restaurant PJ !
14 Comments
lama gilak x mkn tomyam kat luar
jom momi banjer hakakkkkkkkkk
kau jgn lari menyorok celah pintu tau haha
boleh je, saya belanja akak yang bayarkan
eh hahahaa