Glamping Di Lost World Of Tambun | Assalamualaikum & Salam Sejahter gais ! Anda pernah bermalam secara glamping? Tahukah anda dekat Lost World of Tambun ada pakej glamping yang bertemakan "A Five Billion Star Experience" (Pengalaman Lima Billion Bintang). Ia pasti merupakan pengalaman yang menarik untuk anda berglamping bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Baru-baru ini, Momi bersama rakan blogger diberi peluang untuk merasai suasana Glamping di Lost World Of Tambun selama 2 hari 1 Malam.
Lokasi Glamping di Lost World Of Tambun ini terletak di dalam taman tema yang berlokasi di Lost World Adventure Park, berdekatan dengan landmark batu "Needle of Tambun" dan kawasan Lost World Tin Valley. Kami dijemput dari pintu masuk Lost World Of Tambun dengan menaiki Buggy yang disediakan khas. Ada lebih dari 5 buah khemah yang terletak dikawasan yang berteduh dibawah pokok dan sebuah khemah ditempatkan diatas boat.
Pertama kali masuk dalam khemah Glamping ini rasa terpegun sebab ada katil saiz Queen dan tilam dia memang empuk macam dalam hotel. Khemah ini boleh memuatkan lebih dari 4 orang dengan dengan tambahan 2 katil single. Boleh dikatakan memang tidur dengan nyenyak diatas tilam empuk tu. | Glamping Di Lost World Of Tambun
Dah nama pon glamping, haruslah manja-manja sikit sebab disediakan 2 buah kipas untuk keselesaan anda dalam khemah. Selain itu, jika anda ingin charge bateri phone atau kamera, power socket juga turut disediakan (lagi best kalau bawak plug extention sendiri). Menariknya, diluar khemah disediakan tempayan dan 'batuk' untuk memudahkan anda basuh kaki sebelum masuk ke dalam khemah.
Kalau bab tandas pula, kini Lost World Of Tambun menyediakan tandas yang lebih selesa untuk mereka yang menginap di Glamping. Tandas dan tempat mandi dekat sini memang cantik dan serba baru. Memang selesa nak mandi, ada shower panas dan sejuk mengikut keselesaan anda. Malam tu kami sempat bersantai-santai depan 'Camp Fire' sambil berborak selepas kepenatan beraktiviti sewaktu pagi sehingga malam.
Tarikan Di Lost World Of Tambun
Memandangkan kami dah bermalam selama semalam di sini, rugilah jika tak mencuba tarikan-tarikan yang ada di sini sebab harga yang dibayar untuk Glamping ini termasuk tiket masuk Taman Tema untuk 2 Hari. Menarik kan? Antara aktiviti menarik di Lost World Of Tambun ialah Lost World Hotspring, Lost World Tin Valley, Lost World Water Park, Lost World Petting Zoo, Lost World Amusement Park dan banyak lagi. Untuk penerangan mengenai tarikan di Lost World Of Tambun, akan diupdate kemudian.

Harga Glamping di Lost World Of Tambun 2017
4 pax (2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak) - RM588
Pakej termasuk :
- 1 King Bed , 2 Single Bed
- Buffet Breakfast di Garden Terrace untuk 4 orang
- Tiket masuk Taman Tema untuk 2 Hari - 2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak (bernilai RM452)
- Power Socket
- Tuala
- Kelengkapan Mandi
- Kipas
2 pax (2 Dewasa) - RM438
Pakej termasuk :
- 1 King Bed
- Buffet Breakfast di Garden Terrace untuk 2 orang
- Tiket masuk Taman Tema untuk - 2 Dewasa 2 Hari (bernilai RM 240)
- Power Socket
- Tuala
- Kelengkapan Mandi
- Kipas
Tambahan untuk orang ke-3 (Dewasa atau Kanak-Kanak) - Bermula RM105
Pakej termasuk :
- Single Bed
- Tuala
- Kelengkapan Mandi
- Tiket masuk Taman Tema untuk 2 Hari
Untuk maklumat lanjut mengenai Glamping dan Taman Tema di Lost World of Tambun, sila layari :
No. Telefon :
05-5408801/02
Email :
lwhreservation@sunway.com.my
Terima kasih Lost World of Tambun !
40 Comments
Bwk anak2 try ni pun best ni
Bawaklah family ke sini, berbaloi. :)
kalau ada geng kamceng memang happening sangat tu..
harga pun amat berpatutan untuk bersantai-santai
No. Telefon : 05-5408801/02
Email :lwhreservation@sunway.com.my
Mungkin lain kali.