Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Momi memang peminat ayam goreng malah hampir setiap hari dalam menu mesti ada ayam. Rasanya tak lengkap kalau tak cuba ayam kampung untuk juadah makan tengah hari. Baru-baru ini Momi berkesempatan merasai Ayam Kampung di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium. Bagaimana keenakan rasanya?
Restoran Ayam Kampung Velodrome telah membuka cawangannya yang baru di D'pulze Cyberjaya dengan nama Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium. Menariknya, restoran ini dibuka dibahagian luar D'pulze dan ianya dahulu merupakan tapak parkir VIP. Jadi memang senang anda nak jumpa sebab betul-betul depan pintu masuk dan laluan parkir. Bagi anda yang merokok atau sukakan suasana hangat, jangan risau restoran ini menyediakan ruang tertutup (berhawa dingin) dan ruang terbuka.
Cerita bab makanan pula, Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium menyajikan hidangan yang panas-panas terus ke meja anda. Antara hidangan utama mereka ialah Set Nasi Ayam Kampung dan Set Nasi Ayam Kampung Butter yang sememangnya menjadi pilihan para pelanggan. Momi sempat merasa Set Nasi Ayam Kampung Butter sebab rasa macam kelainan sikit dan ternyata memang sedap sehingga licin satu set tu hehehe.
Selain itu, Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium ini juga turut menghidangkan dalam set seperti set sarapan pagi, menu western dan menu ala carte. Antara hidangan lain yang mendapat sambutan para pelanggan ialah 'Satay Ayam Kampung', 'Gulai Kawah Daging Tetel', 'Pucuk Ubi Masak Lemak', 'Siput Sedut Masak Lemak', 'Ikan Bakar Tilapia' dan 'Ikan Bakar Keli'. Kalau bab air pula, anda kena cuba air Buah Naga dan air Durian Belanda . Memang segar.
Promosi Istimewa Bulan Ogos 2017
Sepanjang bulan Ogos 2017 ini Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium mengadakan promosi potongan 50% diberikan kepada pelanggan restoran yang memesan menu set yang berharga RM10 dan ke atas. Contohnya set menu Nasi Ayam Kampung Goreng berharga RM12.90 pada hari biasa, anda boleh dapat pada harga RM6.50 sahaja. Make sure datang awal ya promosi ini bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari setiap hari. Sepanjang Ogos sahaja ya!
Berita baik buat brader & sisturs, pelajar-pelajar yang singgah makan di sini boleh dapatkan potongan sebanyak 10% bagi menu yang dipesan. Hanya bawa kad pelajar dan tunjuk sewaktu ingin membuat bayaran di kaunter pembayaran. Bestnyaaa!

Waktu Operasi Premium Outlet Restoran Ayam Kampung Velodrome
10.00 pagi - 10.30 malam (setiap hari)
Alamat Premium Outlet Restoran Ayam Kampung Velodrome
Lot EX-GW-01
D'Pulze Shopping Centre
63000 Cyberjaya
Telefon : 010-3003077
Untuk maklumat lanjut mengenai Premium Outlet Restoran Ayam Kampung Velodrome, sila layari :
Terima kasih Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium!
30 Comments
kemain la adrenalin bagai tu haha
btw, get well soon kak :)
wah menarik tu. thanks sebab share ya :)