Pernah Cuba Makan Burger Di Rasa Utara?

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Pernah makan di Rasa Utara? Tahukah anda, dekat Rasa Utara turut menghidangkan Burger kepada anda. Momi pon baru tahu ni. Pada 24 Julai yang lalu, Momi singgah makan dekat Rasa Utara Berjaya Time Square, Kuala Lumpur bersama rakan-rakan Blogger, nak cuba hidangan yang menarik disana. 

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
I got my Burger & Sirap Selasih Laici

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Seleksi Hidangan Rasa Utara

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Rasa Utara Berjaya Time Square

Di Rasa Utara, mereka menawarkan dua jenis pilihan Burger yang menepati citarasa rakyat Malaysia. Dua (2) pilihan Burger tersebut ialah 'Burger Ayam Rendang' dan 'Burger Ayam Telur Berkeju'. Bila dengar ada Burger, terus Momi order Burger tak pandang yang lain hehe. Lebih menarik ia dihidangkan bersama kerepek ubi bukan 'french fries' .Momi berkesempatan untuk merasa kedua dua jenis Burger.

Burger Ayam Rendang
Burger Ayam Rendang ni Momi boleh katakan wajib cuba sebab anda akan rasa keenakan Rendang Ayam dalam burger tersebut. 

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Burger Ayam Rendang

Burger Ayam Telur Berkeju
Yang ni Momi makan sorang-sorang, tak ajak orang lain haha. Sebab ada daging ayam, telur goreng dan keju yang sememangnya kena dengan tekak Momi. Wajib cuba juga tau.

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Burger Ayam Telur Berkeju

Bukan Burger sahaja yang dihidangkan kepada anda, malah ada beberapa hidangan yang best dan memang wajib cuba apabila anda singgah di Rasa Utara. Antara hidangan utama yang sering di order oleh para pelanggan dekat Rasa Utara ialah Nasi Goreng Rasa Utara, Set Nasi Rasa Utara, Set Ayam Cili Lagenda dan Ikan Menari (dihidangkan bersama Sambal Nuklear & Sambal Kicap Hitam). Selain itu, turut dihidangkan Mi Soto, Laksa Kedah, Satay Ayam, Ayam Nyonya Pinang dan banyak lagi terdapat di Rasa Utara.

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Ikan Menari

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Ayam Nyonya Pinang

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Sate Ayam

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Set Ayam Cili Lagenda

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Set Nasi Rasa Utara

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Nasi Goreng Rasa Utara

Untuk pencuci mulut pula, Mango Pudding dan Sago Gula Melaka menjadi pilihan mereka yang berkunjung di Rasa Utara. Kalau nak order air pula, Momi syorkan untuk anda cuba Sirap Selasih Laici, Teh Ais Cincai, Calamansi Asam Boi dan Sirap Bandung Cincau.

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Sago Gula Melaka

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Mango Pudding

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Sirap Selasih Laici

Untuk merasa kuih pula, anda boleh order Karipap dan Samosa Ayam yang sememangnya sedap dimakan panas-panas.

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Samosa Ayam

Food Review - Rasa Utara (Makan Burger Di Rasa Utara)
Karipap

Tunggu apa lagi! Jom kita singgah dekat Rasa Utara dan nikmati sendiri hidangan yang terdapat di Rasa Utara. Untuk maklumat lanjut mengenai Rasa Utara, sila layari Laman Rasmi Rasa Utara, Facebook Rasa Utara dan Instagram Rasa Utara.

Terima kasih Rasa Utara !

Post a Comment

24 Comments

Mawardi Yunus said…
x puas makan roti berger dia. siap curi org sebelah punya lagi
Rafzan Tomomi said…
ye wakkk sedappp :D
Hilmaslife said…
Mouth watering! Lol
Rawlins GLAM said…
Tak penah lagi makan burger kat RU. Penah terkena kejadian yang sedikit masam' dulu kat RU, sampai sekarang tak penah singgah. Hehehe. Bukan kualiti makanan, tetapi kualiti servis.
Mahamahu said…
Tak pernah cuba nak belanja ker jom boleh jer hehehe saya pernah makan sarapan pagi jer kat sini masa tu ada kat Time Squarenya cawangan..
Hasif Hamsyari said…
Burger ayam rendang tu rare! nak cubaaaaa... yang lain pun nampak sedap sangat!!
Luqman Zakaria said…
Ya ampun sedapnya semua. Memang tak pernah terpikir yang Rasa Utara jual burger. terliur tengok yang rendang tuh..
Khairul Zamri said…
Terbaik, kalau tengokkan menu dan hidangannya sangat menarik dan boleh cuba nanti dengan wife
sayaidaydotcom said…
Selalu nampak kedai ni tapi tak pernah masuk. Bila tengok post ni, teringin pulak nak masuk and makan set nasi rasa utara. portion besar. hehehe
Rafzan Tomomi said…
heyy hahaha. kena pergi makan cepat tu hehe
Mohd Zarin said…
Pergh.. sedapnya burger dia.. dengar nama dan tgk gambar pun dah lapar... Lepas ni kena try
Fiza Rahman said…
Alaaaa... KEjamnya entry ni Momi. Baru lepas makan dah lapar balik nengok makanan2 ni.
Wow, sedapnya.. gambarnya cantik ^^
Rafzan Tomomi said…
kualiti makanan okay. untuk bahagian servis, so far okay juga hehe.
Rafzan Tomomi said…
yaa. dekat Time Square ni best. hari tu bekpes roti bakar.
Rafzan Tomomi said…
ye adik. kena cuba nanti. memang sedap :)
Rafzan Tomomi said…
tu laaa first time baru tahu ada jual burger :D
Rafzan Tomomi said…
hehe baiklah. nanti cuba dan review ya :)
Rafzan Tomomi said…
hahaha sama. bila ada review ni nak cuba, dah cuba okay plak :D
Rafzan Tomomi said…
hehe must try tau :)
Rafzan Tomomi said…
maafkan kite sis. hehee
Rafzan Tomomi said…
hee sedap sedap. terima kasih ya :)
Kak Su @KakSu said…
Burger ayam telur berkeju.. akak dok mikir.. macam mana cara makan nya tuh. berapa besor mulut nak nganga haha, terliur gitu
Sunshine Kelly said…
I tak pernah cuba burger kat sana, biasa i order noodles or rice je. Their burger macam sedap pulak.