Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Pernah makan di Rasa Utara? Tahukah anda, dekat Rasa Utara turut menghidangkan Burger kepada anda. Momi pon baru tahu ni. Pada 24 Julai yang lalu, Momi singgah makan dekat Rasa Utara Berjaya Time Square, Kuala Lumpur bersama rakan-rakan Blogger, nak cuba hidangan yang menarik disana.
Di Rasa Utara, mereka menawarkan dua jenis pilihan Burger yang menepati citarasa rakyat Malaysia. Dua (2) pilihan Burger tersebut ialah 'Burger Ayam Rendang' dan 'Burger Ayam Telur Berkeju'. Bila dengar ada Burger, terus Momi order Burger tak pandang yang lain hehe. Lebih menarik ia dihidangkan bersama kerepek ubi bukan 'french fries' .Momi berkesempatan untuk merasa kedua dua jenis Burger.
Burger Ayam Rendang
Burger Ayam Rendang ni Momi boleh katakan wajib cuba sebab anda akan rasa keenakan Rendang Ayam dalam burger tersebut.
 |
Burger Ayam Rendang |
Burger Ayam Telur Berkeju
Yang ni Momi makan sorang-sorang, tak ajak orang lain haha. Sebab ada daging ayam, telur goreng dan keju yang sememangnya kena dengan tekak Momi. Wajib cuba juga tau.
 |
Burger Ayam Telur Berkeju |
Bukan Burger sahaja yang dihidangkan kepada anda, malah ada beberapa hidangan yang best dan memang wajib cuba apabila anda singgah di Rasa Utara. Antara hidangan utama yang sering di order oleh para pelanggan dekat Rasa Utara ialah Nasi Goreng Rasa Utara, Set Nasi Rasa Utara, Set Ayam Cili Lagenda dan Ikan Menari (dihidangkan bersama Sambal Nuklear & Sambal Kicap Hitam). Selain itu, turut dihidangkan Mi Soto, Laksa Kedah, Satay Ayam, Ayam Nyonya Pinang dan banyak lagi terdapat di Rasa Utara.
 |
Ikan Menari |
 |
Ayam Nyonya Pinang |
 |
Sate Ayam |
 |
Set Ayam Cili Lagenda |
 |
Set Nasi Rasa Utara |
 |
Nasi Goreng Rasa Utara |
Untuk pencuci mulut pula, Mango Pudding dan Sago Gula Melaka menjadi pilihan mereka yang berkunjung di Rasa Utara. Kalau nak order air pula, Momi syorkan untuk anda cuba Sirap Selasih Laici, Teh Ais Cincai, Calamansi Asam Boi dan Sirap Bandung Cincau.
 |
Sago Gula Melaka |
 |
Mango Pudding |
 |
Sirap Selasih Laici |
Untuk merasa kuih pula, anda boleh order Karipap dan Samosa Ayam yang sememangnya sedap dimakan panas-panas.
 |
Samosa Ayam |
 |
Karipap |
Tunggu apa lagi! Jom kita singgah dekat Rasa Utara dan nikmati sendiri hidangan yang terdapat di Rasa Utara. Untuk maklumat lanjut mengenai Rasa Utara, sila layari
Laman Rasmi Rasa Utara,
Facebook Rasa Utara dan
Instagram Rasa Utara.
Terima kasih Rasa Utara !
24 Comments