Anchor Foods Professionals Lancar Kempen PizzArt Trail


Anchor Foods Professionals Lancar Kempen PizzArt Trail
Anchor Foods Professionals Lancar Kempen PizzArt Trail


Anchor Foods Professionals Lancar Kempen PizzArt Trail | Assalamualaikum & Salam Seajahtera gais ! Rata-rata diantara kita pastinya takkan menolak makanan yang sememangnya kegemaran ramai iaitu Pizza. Baru-baru ini Momi bersama rakan Blogger menghadiri PizzArt Trail dengan Anchor Foods Professionals (AFP) sempena kempen terbaru mereka, "PizzArt Trail with Anchor Foods Professionals". Kempen ini memfokuskan kepada mereka yang sangat menggemarkan Pizza.

Anchor Foods Professionals Lancar Kempen PizzArt Trail
Pizza! Pizza! Pizza!

Anchor Foods Professionals dikenali dengan produk tenusu mereka seperti keju dan butter. Untuk FoodTrail ini, Momi dibawa ke beberapa buah restoran yang berkolaborasi dengan kempen ini. Sebanyak 25 outlet restoran yang terlibat di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Antara PizzaArt yang terlibat ialah 'Pizza bombs', 'Adjaruli Khachapuri', 'Mini Muffin Pizzas', 'Pot Pie Pizzas' dan 'Flower Pizza' (sedang dalam progress) kini boleh didapati sehingga pertengahan November 2017.Menariknya kempen ini ialah anda boleh mendapatkan fridge magnet percuma jika anda pesan 'PizzArt'.

Anchor Foods Professionals Lancar Kempen PizzArt Trail
fridge magnets

Anchor Foods Professionals dikenali dengan menghasilkan beberapa produk yang  bermutu tinggi seperti Anchor Mozzarella Shredded Cheese, Anchor Unsalted Butter, Anchor Colby Cheese, Anchor Cheddar Cheese, dan Mainland Edam Cheese. Semasa PizzaArt Trail, Momi dibawa ke tiga buah restoran yang terlibat untuk kempen ini di sekitar Lembah Klang. Jom tengok 3 PizzArt tersebut. | Anchor Foods Professionals Lancar Kempen PizzArt Trail

Trio Pizza Muffins - MOVIDA Kitchen+Terrace, IOI Boulevard, Puchong
Disini kami diperkenalkan dengan Pizza yang comel iaitu 'Trio Pizza Muffins'. Menariknya Trio Pizza ini , anda boleh rasa 3 jenis perisa dalam satu pinggan; 'Smoked Duck & Peach', 'Chicken Pepperoni & Jalapeño' dan 'Turkey Ham & Chives'. Momi sempat rasa ketiga-tiga perisa, kesemuanya sedap tau!

Anchor Foods Professionals Lancar Kempen PizzArt Trail
Trio Pizza Muffins - MOVIDA Kitchen+Terrace, IOI Boulevard, Puchong

Adjaruli Khachapuri - U Pizzeria, Subang Jaya
Restoran kedua pula menghidangkan 'Adjaruli Khachapuri' yang sememangnya sangat best lagi-lagi penggemar keju. Ia juga dikenali sebagai Georgian Cheese Bread dimana ia dibuat menggunakan doh roti, telur dan keju sahaja. Di U Pizzeria, ia dipanggil "U Formaggio" (Say Cheese) kerana ia dibuat tanpa menggunakan telur dan penuh dengan rasa keju. Yang ni memang tak boleh tolak, sedap juga !

Anchor Foods Professionals Lancar Kempen PizzArt Trail
Adjaruli Khachapuri - U Pizzeria, Subang Jaya

Pizza Bombs - MOVIDA Kitchen+Terrace, Sunway Giza
Hentian terakhir kami di MOVIDA Kitchen+Terrace, Sunway Giza yang menghidangkan 'Salted Egg Pizza Bombs'. Rasa telur masin dan pizza dalam doh roti yang lembut ni memang sedap, kena pulak makan panas-panas. Di MOVIDA, Pizza Bombs diolah sedikit sebab ia digoreng.

Anchor Foods Professionals Lancar Kempen PizzArt Trail
Pizza Bombs - MOVIDA Kitchen+Terrace, Sunway Giza

Seronok betul Momi bersama rakan Blogger menikmati Pizza di 3 buah restoran yang terlibat dengan 'PizzArt Trail Bersama Anchor Foods Professionals'. Jika anda ingin cuba untuk menikmati PizzArt, anda boleh ke Movida dan U Pizzeria di sekitar Lembah Klang, Movida dan U Pizzeria di Perak, US Pizza aan Lunarich di Penang, Sky Garden Resto Bar di Kedah, Movida di Melaka aan Johor, Ejohng Concept di Johor, The Chubs Grill dan Mad Ben Café di Sabah dan Chillax Café & Bistro, Coup De Grill dan Bistecca & Bistro di Sarawak.

Anchor Foods Professionals Lancar Kempen PizzArt Trail

Untuk maklumat lanjut mengenai Anchor Foods Professionals, sila ke laman Facebook rasmi mereka iaitu 'Anchor Dairy Malaysia'.

Terima kasih Anchor Foods Professionals atas peluang ini!

Post a Comment

10 Comments

Mahamahu said…
Classs makan pizza jer u oll banyak pulak tu heheheh seronok lah suka pizza.
Bro Framestone said…
Banyak juga jenis pizzanya.... Lokasi Movida dan U Pizzeria terdekat di Lembah Klang di mana ya?
Hasif Hamsyari said…
Mak aihhh! Sedapnya pizza! Bang momi bila nak bawak makan sekali niiii
Qbal Ramlan said…
Ramainya yg tulis pasal makanan ni. Bal duk singgah blog lain pun makanan jugak. adehhh.. jadi lapar ku di sini. pizza tu nmpak sedap😍
Luqman Zakaria said…
Ya Ampun..terliur tengok. kena try nih :p hehe
ANZ said…
Pizaaaaaa,sedapnye. Selalu makan pizza hut je. Nak gak try piza lain
5 Little Angels said…
Pizza bomb looks delicious. Will check this out this weekend.
sayaidaydotcom said…
Trio pizza muffin tu comel, la dekat puchong ke, dekat sangat dengan rumah. hehehe
Sunshine Kelly said…
I memang teringin nak makan pizza muffin lagi, sedap kan.