Resepi Rendang Daging Ringkas Bersama Serbuk Rempah Rendang Mak Siti

Resepi Rendang Daging Serbuk Rempah Rendang Mak Siti

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Pastinya anda sedang berfikir untuk memasak hidangan dipagi raya. Pagi Raya anda tidak lengkap kalau tiada Rendang Daging. Makan pulak dengan ketupat. Fuhh~ memang sedap. Haaa.. Nak resepi Rendang Daging? Meh sambung baca.

Resepi Rendang Daging 
(Untuk hidangan untuk 2-3 orang)

Bahan-Bahan Rendang Daging :

- 500gram Daging
- 1 pek 40gram Serbuk Rempah Daging Mak Siti (yang telah dibancuh dengan air)
- Santan (1 Biji Kelapa)
- Bawang Merah (2 Ulas- ditumbuk dan dihiris)
- Lengkuas (2cm- ditumbuk dan dihiris)
- Serai (1 batang- ditumbuk dan dihiris)
- Daun Limau Purut (2 helai)
- Daun Sadri (1 helai -dihiris halus)
- Daun Bawang (1 helai -dihiris halus)
- Minyak Masak (4 sudu)

Masa Persediaan : anggaran  10 minit
Masa Masakan : 40 minit

Cara-cara masak Rendang Daging :

1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang mereka beserta lengkuas dan serai.
2. Masukan bancuhan Serbuk Rempah Rendang Mak Siti dan tumis dengan api perlahan sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan santan - biar mendidih sehingga daging empuk. Kemudian, masukkan limau purut.
4. Tambah garam secukup rasa.
5. Hiaskan dengan daun sadri dan daun bawang.
6. Sedia dihidang. 

Resepi Rendang Daging Serbuk Rempah Rendang Mak Siti

Sangat mudah kan masak Rendang Daging dengan menggunakan Rempah Rendang Mak Siti. Bau Rendang Daging anda pasti akan terangkat dengan gabungan bahan-bahan dalam Rempah Rendang Mak Siti. Bukan sahaja bau, malah rasanya juga sedap dan memenuhi citarasa orang kita. Seronok betul tengok Blogger - Mek Onie masak Resepi Mudah Rendang Daging, Momi pon nak minta Mak masak juga raya nanti hehe.

Untuk pengetahuan anda, Rempah Mak Siti merupakan produk Bumiputra dan mereka telah memulakan perniagaan semenjak tahun 1975 lagi. Rempah Mak Siti adalah produk semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan ia sangat sesuai bagi golongan vegetarians. Produk utamanya adalah Serbuk Rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Produk Rempah Ratus Mak Siti ini boleh didapati dan dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket seperti Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco dan Mydin.

Resepi Rendang Daging Serbuk Rempah Rendang Mak Siti

Selain dari produk yang di atas, Mak Siti juga telah mengeluarkan produk terbaru yang menghasilkan produk rempah ratus dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini tiada MSG, tidak mengandungi Bahan Pengawet, Perisa Tambahan atau Pewarna. Kesemua produk Rempah Ratus Mak Siti dijamin Halal oleh JAKIM. Mudah juga untuk disimpan, hanya tutup sahaja botol selepas digunakan. Yang menariknya Rempah Ratus Mak Siti ini mempunyai ladang tersendiri dan telah mendapat pengiktirafan sebagai "The Largest Herbs & Spices Plantation" oleh The Malaysia Book of Records (MBR).

Resepi Rendang Daging Serbuk Rempah Rendang Mak Siti

Baru-baru ini, Momi telah dijemput ke Majlis Berbuka Puasa bersama dengan Blogger dan Anak-anak Yatim dari Rumah Bakti Al Kausar Bangi serta Pelancaran Produk Baru Mak Siti yang diadakan di Restoran Rempah Kari Mak Siti di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mengembirakan anak-anak yatim sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Acara pada petang tersebut adalah sesi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan Tazkirah Ramadan dari penceramah jemputan sebelum berbuka puasa.

Resepi Rendang Daging Serbuk Rempah Rendang Mak Siti

Untuk maklumat lanjut mengenai Rempah Ratus Mak Siti, sila layari  :

Laman Rasmi 

Facebook Rasmi

Instagram Rasmi

Alamat Rempah Ratus Mak Siti
Nasuha Enterprise Sdn. Bhd. 
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh
84500 Muar, Johor. 

No. Tel : 06-9737508 / 509
Whatsapp : 017-3309330

Post a Comment

15 Comments

Jueliza Jamani said…
Nak kena cuba buat la rendang daging.. mama jue kalo masak rendang jenis berkuah sedap makan dengan ketupat atau nasi impit..
afzalsukasuki said…
Sedap plak aku tengok rendang ko tu
Rafzan Tomomi said…
ye mama jue. sedappppp. eh puasa hahaa
Rafzan Tomomi said…
Sedap tok. Memang bertambahh hehe
Khir Khalid said…
Teringin pulak nak makan rendang Momi ni.. terbuka selera. Rempah Rendang Mak Siti ni mmg best! :)
ummizarra said…
Nampak menarik. simple rupanya rendang daging ni erk. boleh cuba resepi ni. sbb selama ni msk rendang aym je.
Rafzan Tomomi said…
sedap bang rendang tu. hehe
Rafzan Tomomi said…
haah simple je mak saya kata. :D
Neyra Shazeyra said…
Sebagai perwakilan Pantai, akak nakndtg beraya laaa. pastikan ada rendang ni haha
Suria Amanda said…
Rendang yg simple selalunya sedap..pagi raya memang cari rendang je kan
Luqman Zakaria said…
Simple jgk resepi dia..lepas nih bole gigih masak sendiri la kalau mengidam..hehe
Syafiera Yamin said…
Wah simple je dengan adanya rempah ratus rendang mak.siti... tak sabarnak cuba resepi momi kali ni.


Ringkas tapi khasiat dikekalkan namun enak dan lazat. Jom cuba resepi Sup Sayur Ringkas dari Syafiera !

http://www.syafierayamin.com/2017/06/sup-sayur-ringkas-dan-berkhasiat-dengan.html?m=1
sayaidaydotcom said…
Baca ni sambil kira berapa jam lagi waktu berbuka. hahaha menu rendang daging ni menu wajib kalau hari raya. hehehe sedapnya!
mummy jasmeen said…
nanti raya momi masak rendang daging ni ker? klu momi masak kita nak rasa boleh.. hihi
Aqalili Azizan said…
Mak aih, 50 minit je penyediaan and masak? Bapak ah senang gila nak masak rendang guna rempah ratus mak siti ni!