Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Pastinya anda sedang berfikir untuk memasak hidangan dipagi raya. Pagi Raya anda tidak lengkap kalau tiada Rendang Daging. Makan pulak dengan ketupat. Fuhh~ memang sedap. Haaa.. Nak resepi Rendang Daging? Meh sambung baca.
Resepi Rendang Daging
(Untuk hidangan untuk 2-3 orang)
Bahan-Bahan Rendang Daging :
- 500gram Daging
- 1 pek 40gram Serbuk Rempah Daging Mak Siti (yang telah dibancuh dengan air)
- Santan (1 Biji Kelapa)
- Bawang Merah (2 Ulas- ditumbuk dan dihiris)
- Lengkuas (2cm- ditumbuk dan dihiris)
- Serai (1 batang- ditumbuk dan dihiris)
- Daun Limau Purut (2 helai)
- Daun Sadri (1 helai -dihiris halus)
- Daun Bawang (1 helai -dihiris halus)
- Minyak Masak (4 sudu)
Masa Persediaan : anggaran 10 minit
Masa Masakan : 40 minit
Cara-cara masak Rendang Daging :
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang mereka beserta lengkuas dan serai.
2. Masukan bancuhan Serbuk Rempah Rendang Mak Siti dan tumis dengan api perlahan sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan santan - biar mendidih sehingga daging empuk. Kemudian, masukkan limau purut.
4. Tambah garam secukup rasa.
5. Hiaskan dengan daun sadri dan daun bawang.
6. Sedia dihidang.
Sangat mudah kan masak Rendang Daging dengan menggunakan Rempah Rendang Mak Siti. Bau Rendang Daging anda pasti akan terangkat dengan gabungan bahan-bahan dalam Rempah Rendang Mak Siti. Bukan sahaja bau, malah rasanya juga sedap dan memenuhi citarasa orang kita. Seronok betul tengok Blogger - Mek Onie masak Resepi Mudah Rendang Daging, Momi pon nak minta Mak masak juga raya nanti hehe.
Untuk pengetahuan anda, Rempah Mak Siti merupakan produk Bumiputra dan mereka telah memulakan perniagaan semenjak tahun 1975 lagi. Rempah Mak Siti adalah produk semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan ia sangat sesuai bagi golongan vegetarians. Produk utamanya adalah Serbuk Rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Produk Rempah Ratus Mak Siti ini boleh didapati dan dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket seperti Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco dan Mydin.
Selain dari produk yang di atas, Mak Siti juga telah mengeluarkan produk terbaru yang menghasilkan produk rempah ratus dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini tiada MSG, tidak mengandungi Bahan Pengawet, Perisa Tambahan atau Pewarna. Kesemua produk Rempah Ratus Mak Siti dijamin Halal oleh JAKIM. Mudah juga untuk disimpan, hanya tutup sahaja botol selepas digunakan. Yang menariknya Rempah Ratus Mak Siti ini mempunyai ladang tersendiri dan telah mendapat pengiktirafan sebagai "The Largest Herbs & Spices Plantation" oleh The Malaysia Book of Records (MBR).
Baru-baru ini, Momi telah dijemput ke Majlis Berbuka Puasa bersama dengan Blogger dan Anak-anak Yatim dari Rumah Bakti Al Kausar Bangi serta Pelancaran Produk Baru Mak Siti yang diadakan di Restoran Rempah Kari Mak Siti di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mengembirakan anak-anak yatim sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Acara pada petang tersebut adalah sesi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan Tazkirah Ramadan dari penceramah jemputan sebelum berbuka puasa.
Untuk maklumat lanjut mengenai Rempah Ratus Mak Siti, sila layari :
Laman Rasmi
Facebook Rasmi
Instagram Rasmi
Alamat Rempah Ratus Mak Siti
Nasuha Enterprise Sdn. Bhd.
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh
84500 Muar, Johor.
No. Tel : 06-9737508 / 509
Whatsapp : 017-3309330
15 Comments
Ringkas tapi khasiat dikekalkan namun enak dan lazat. Jom cuba resepi Sup Sayur Ringkas dari Syafiera !
http://www.syafierayamin.com/2017/06/sup-sayur-ringkas-dan-berkhasiat-dengan.html?m=1