V E Hotel & Residences, Bangsar South - Penginapan Mewah Berdekatan Pantai Dalam


V E Hotel & Residences, Bangsar South - Penginapan Mewah Berdekatan Pantai Dalam
V E Hotel & Residences, Bangsar South - Penginapan Mewah Berdekatan Pantai Dalam

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Baru-baru ini, Momi bersama rakan Blogger berpeluang untuk menginap semalam di residences yang berdekatan dengan kawasan Pantai Dalam, V E Hotel & Residences yang terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur. First impression Momi terhadap hotel ini memang nampak ada kelasnya yang tersendiri. 

V E Hotel & Residences, Bangsar South - Penginapan Mewah Berdekatan Pantai Dalam

Menariknya, apartmen residences yang kami menginap selama dua hari satu malam di V E Hotel & Residences berada di tingkat 22. Bestnya lagi bila masuk je apartmen residences kami memang segalanya nampak mewah dan kelas tau. Bukan itu sahaja, buka sahaja langsir nampak pemandangan sekitar Kuala Lumpur. 

V E Hotel & Residences, Bangsar South - Penginapan Mewah Berdekatan Pantai Dalam

Apartmen residence di V E Hotel & Residences kami ada dua bilik dengan katil saiz king bersama televisyen di setiap bilik. Manakala pada bahagian ruang tamu pula lengkap dengan set televisyen termasuk meja dan sofa. Bukan itu sahaja, apartment residence ini juga lengkap dengan ruang dapur dan kelengkapan memasuk termasuk peti sejuk, meja makan dan termasuklah mesin basuh baju.  

V E Hotel & Residences, Bangsar South - Penginapan Mewah Berdekatan Pantai Dalam

Bestnya lagi, ada 3 bilik air - dalam bilik setiap satu dan diluar bilik. Selain itu, terdapat juga partisyen yang mana dilengkapi pulak dengan alatan macam pengering rambut, set seterika, penyangkut baju, meja solek dan peti keselamatan. Senang cerita, memang serba lengkaplah jika anda menginap di V E Hotel & Residences

V E Hotel & Residences, Bangsar South - Penginapan Mewah Berdekatan Pantai Dalam

Tidak dilupakan, Wi-fi juga disediakan untuk setiap apartmen residence V E Hotel & Residences dan sememangnya khas untuk sesebuah apartmen sahaja. Wi-fi pun boleh tahan lajunya dan memang cepat je nak kemaskini social media dan update blog. | V E Hotel & Residences, Bangsar South - Penginapan Mewah Berdekatan Pantai Dalam

V E Hotel & Residences, Bangsar South - Penginapan Mewah Berdekatan Pantai Dalam

Bukan itu sahaja, kami juga berpeluang untuk menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan di V E Hotel & Residences, antaranya kolam renang, yang sememangnya best dan dapat melihat pemandangan sekitar Bangsar - kolam renang untuk kanak-kanak juga disediakan ya. Selain kolam renang, bagi mereka yang tak boleh lepas dengan rutin harian ke gimnasium, jangan risau, gimnasium juga turut disediakan di V E Hotel & Residences. Turut disediakan ialah Bilik Sauna. 

V E Hotel & Residences, Bangsar South - Penginapan Mewah Berdekatan Pantai Dalam

Kawasan berdekatan V E Hotel & Residences ialah Nexus Bangsar South, yang menghubungkan kedua buah bangunan tersebut. Selain itu, ia juga berdekatan dengan KL Gateway Mall (650 meter jalan kaki) dan LRT Universiti (750 meter jalan kaki). 

Harga Bilik V E Hotel & Residences

One bedroom Executive -  RM392+ per/malam 
Two bedroom Executive - RM488+ per/malam

V E Hotel & Residences, Bangsar South - Penginapan Mewah Berdekatan Pantai Dalam

Untuk maklumat lanjut mengenai V E Hotel & Residence, sila layari : 

Laman Web V E Hotel & Residence:
www.vehotel.com

E-mel V E Hotel & Residence:
info@vehotel.com

Facebook Rasmi V E Hotel & Residence :
https://www.facebook.com/VEBangsarSouth/

Instagram Rasmi V E Hotel & Residence :
https://www.instagram.com/vebangsarsouth/

Alamat V E Hotel & Residence:
V E Hotel & Residence,
Bangsar South City,
No. 8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur.

Nombor Telefon V E Hotel & Residence:
+603 2246 2888

V E Hotel & Residences, Bangsar South - Penginapan Mewah Berdekatan Pantai Dalam

Terima kasih Projek Travel & V E Hotel & Residences, Bangsar South !
V E Hotel & Residences, Bangsar South - Penginapan Mewah Berdekatan Pantai Dalam

Post a Comment

4 Comments

Pojiegraphy said…
Besarnya. Ramai orang boleh duduk... confirm sesi santai sambil membawang bersama la tu kan. Video group atas katil tu win. WIN!
Rafzan Tomomi said…
Serius besar dan boleh muat 6-7 orang hehe. Betul membawang dengan gembiranya haha
Mawardi Yunus said…
nnti kena datang stay sini lagi nampaknya
Rafzan Tomomi said…
betul awak. tak puas tidur hari tu haha