Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Momi nak khabarkan sikit kepada anda tentang Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) tahun 2017. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan mengadakan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan Tahun 2017 dari 28 September 2017 hingga 1 Oktober 2017 di Tapak MAEPS Serdang.
Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan Tahun 2017
HPPNK akan terus mengiktiraf wira tani negara dan meraikan makanan terbaik negara ke satu tahap tertinggi menerusi anugerah yang dipertandingkan. Melalui HPPNK juga, Kementerian memberi pengiktirafan kepada pencapaian terbaik peladang, penternak dan nelayan yang telah menghasilkan produk dan inovasi pertanian.
Bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita” (Our Food Our Future), HPPNK memberi peluang kepada Kementerian untuk terus menghargai golongan ini dalam usaha memastikan sumber makanan di negara kita terus dipertingkat dan berkualiti. Dengan ini, para peladang, penternak dan nelayan serta usahawan tani akan terus meningkatkan hasil kualiti dan tambah nilai melalui pertandingan yang diadakan dan dipamerkan.
Sasat Tarik 500 Ribu Pengunjung
Dengan ruang yang luas di MAEPS Serdang, 850 gerai akan dibuka, yang dijangka menarik 500 ribu pengunjung, serta RM20 hingga RM30 juta hasil jualan. Menjangkakan sambutan yang hebat daripada orang ramai, beberapa syarikat swasta telah menyatakan minat untuk menjadi sebahagian daripada HPPNK 2017, termasuk AirAsia, CIMB Malaysia, RHB Group, Agrobank, Oblong Burger dan sebagainya.
HPPNK mengalu-alukan penyertaan daripada Exhibitor, jualan dan rakan strategik yang ingin terlibat dalam HPPNK kali ini. HPPNK bakal dimuatkan pengisian program yang akan menarik minat pengunjung serta kemudahan pengangkutan yang akan disediakan.
Malaysia Food Festival 2017
Dalam HPPNK kali ini, akan turut memperkenalkan Malaysia Food Festival (MyFF). MyFF 2017 merupakan satu ekspo hidangan dari seluruh negara dan kepelbagaian produk makanan serta untuk menghargai usaha seluruh komuniti di sebalik industri makanan di Malaysia. Dengan MyFF ini , anda bakal berpeluang menikmati sajian makanan dari seluruh negara apabila berkunjung ke HPPNK 2017 yang akan berlangsung selama 4 hari nanti.
Jangan lupa lock tarikh siap-siap sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan Tahun 2017 yang akan berlangsung selama empat hari bermula dari 28 September 2017 hingga 1 Oktober 2017 bertempat di Tapak MAEPS Serdang.
Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai HPPNK2017 , sila layari media sosial dibawah:
Facebook Rasmi HPPNK2017
Instagram Rasmi HPPNK2017
Twitter Rasmi HPPNK2017
5 Comments