Rong Seri Bangi - Hidangan Masakan Halal Dari Thailand Utara Tanpa MSG ! | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Anda peminat masakan Thai atau anda teringin nak makan makanan dari Thailand? Meh Momi nak cerita sikit. Baru-baru ini, Momi bersama rakan Blogger telah singgah ke sebuah restoran yang menghidangkan masakan dari Thailand Utara, iaitu Restoran Rong Seri Bangi yang terletak di Kajang, Selangor.
Jika anda ke Chiang Mai yang merupakan salah satu tarikan pelancong di Utara Thailand lagi-lagi dari segi makanannya yang berbeza dari daerah-daerah di Thailand. Yang tak bestnya, makanannya tidak semua yang boleh dimakan atas faktor halal.
Rong Seri Bangi tampil untuk memberi nafas baru di dalam industri makanan di Malaysia dan di samping membina satu keunikan yang dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat tanpa perlu berbelanja lebih untuk menikmati masakan original Thailand Utara. Rong Seri Bangi menawarkan keunikan kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati masakan Thailand Utara di Malaysia.
Menariknya setiap masakan di Rong Seri Bangi ini merupakan bebas Monosodium Glutamate (MSG). Kebiasaannya di restoran lain menggunakan bahan-bahan MSG dan sangat tidak baik jika dimakan secara kerap.
Selain itu, Rong Seri Bangi memastikan kualiti masakannya dengan chef yang mempelajari bidang masakan Thailand, Chef Wan Mustafa Kamal. Kebanyakan masakan di Rong Seri Bangi ini merupakan menu asal Chef Mustafa dalam memperolehi Master dalam seni kulinari di salah sebuah kolej kulinari terkemuka di Thailand.
Berkeluasan yang mampu menampung 150 pax dalam satu-satu masa, Rong Seri Bangi akan memastikan setiap pelanggan merasakan keaslian masakan Thailand yang sesuai dengan citarasa Melayu. Untuk pengetahuan anda, Rong Seri Bangi memfokuskan masakan Thailand Utara, dan ingin membuat kelainan dalam industri makanan di Malaysia dengan mempunyai lebih dari 100 menu a la carte dengan serendah RM5 dan set Khantok (ayam/daging/seafood) dari harga RM70. | Rong Seri Bangi - Hidangan Masakan Halal Dari Thailand Utara Tanpa MSG !
Selain dari 'Khantok', terdapat beberapa hidangan lain yang selalu di-order dekat Rong Seri Bangi ni, antaranya 'Tom Yam Chiang Mai', 'Ikan Siakap Rong Seri', 'Siput Laut Rebus', 'Sotong Telur Masin' dan 'Butter Prawn'. Kesemua menu ini ada tarikannya tersendiri dari segi rasa. Momi dah jatuh hati dengan rasa 'Sotong Telur Masin' dan 'Butter Prawn', yang sememangnya terngiang sampai sekarang.
Tom Yam Chiang Mai - Menu Rong Seri Bangi
Ikan Siakap Rong Seri - Menu Rong Seri Bangi
Siput Laut Rebus - Menu Rong Seri Bangi
Sotong Telur Masin - Menu Rong Seri Bangi
Butter Prawn - Menu Rong Seri Bangi
Waktu Beroperasi Rong Seri Bangi
Buka - 12.00 Tengah Hari
Tutup - 11.00 Malam
Untuk maklumat lanjut mengenai Rong Seri Bangi, sila layari media sosial mereka di :
Facebook Rasmi Rong Seri Bangi :
Instagram Rasmi Rong Seri Bangi :
No. Telefon Rong Seri Bangi :
013-755 1777
Alamat Restoren Rong Seri Bangi :
Rong Seri @ Bangi
Lot 70792, Jalan Abim,
Kg Sg Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor
Terima kasih Rong Seri Bangi !
1 Comments
Jemput ke sini ye
Www.irismyra.blogspot.my