Pakej Percutian Pulau Perhentian Bersama Perhentiankravers Travel !

“KEINDAHAN PULAU DAN KEAJAIBAN LAUT BIRU”
MENANTI ANDA!
Percutian serta pengembaraan yang pasti anda tidak dapat lupakan di sebuah pulau peranginan terkemuka di Terengganu, Malaysia sepanjang musim ini.



Tawaran bercuti untuk orang ramai terutamanya kepada pelancong dari dalam negara kini terbuka kepada setiap individu, keluarga mahupun badan korporat di Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia dan dibawakan khas oleh pakar pengendali percutian di Pulau Perhentian iaitu Perhentiankravers Travel & Tours Sdn. Bhd. Destinasi percutian yang ditawarkan akan meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.

Pakej percutian yang ditawarkan oleh Perhentiankravers akan pastinya menjadi sebuah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh para pengunjung setelah berseronok menikmati keindahan alam serta ketenangan laut Cina Selatan yang terbentang luas dan aman serta di penuhi dengan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni serta pemandangan yang memukau di sepanjang percutian mereka.

Perhentiankravers juga telah berusaha dengan jayanya dalam mengatur tentatif program yang menarik serta bersesuaian kepada para pengunjung yang hadir. Ini bagi memastikan percutian para pengunjung tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari langkah pertama pengunjung memijakkan kaki mereka di pantai berpasir putih dan lembut di Pulau Perhentian.

Bagi keselesaan dan ketenangan para pengunjung dalam merancang percutian mereka, Perhentiankravers telah menyediakan beberapa jenis pakej yang mana para pengunjung boleh membuat pilihan mengikut kepada cita rasa, kesesuaian dan “budget”masing-masing kerana pada Perhentiankravers, semua orang mampu untuk merasai percutian idaman mereka. Disamping itu juga, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan sebarang percutian atau program yang perlu di “taylor-made” megikut kepada kehendak dan kesesuaian pengunjung.

Bersama Perhentiankravers, para pengunjung akan di layani dengan baik dari proses tempahan sehingga lah pengunjung tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot untuk memulakan perjalanan ke Pulau Perhentian.


“ Bot Laju Perhentiankravers”

Untuk makluman umum, bahawasanya bot laju Perhentiankravers adalah satu-satunya bot di Pulau Perhentian yang di cat dan dihias sebegini. Sudah pasti para pengunjung berasa begitu teruja sebaik sahaja melihat bot jerung ini datang menghampiri Jeti Kuala Besut untuk mengambil mereka dan membawa para pengunjung ke Pulau Perhentian. Dengan kekuatan enjin 250 kuasa kuda, para pengunjung akan meluncur laju membelah lautan dan akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh masa 20 – 30 minit sahaja.

Setibanya para pengunjung tiba di Pulau Perhentian, pengunjung akan dibantu oleh “crew” Perhentiankravers bagi proses check-in dan penyimpanan barang sementara menunggu waktu check-in di resort mahupun chalet mengikut kepada jenis pakej yang diambil.



Khusus kepada para pengunjung yang dari lapisan anak muda dan belia, pada hari pertama Perhentiankravers telah mengisi tentatif program dengan menuju ke salah sebuah destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin. Pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk menuruni bukit. Perhentiankravers juga menyediakan khidmat “guide” iaitu sebagai penunjuk arah dan juga bagi membantu sebarang kesulitan atau masalah sekiranya berlaku. 

Perhentiankravers begitu menitik beratkan keselamatan para pengunjung sewaktu melakukan sebarang aktiviti yang mana bagi pendakian ini Perhentiankravers menyediakan set “first aid kit” yang lengkap beserta dengan “walkie-talkie” bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan “guide” sekiranya berlaku sebarang kesulitan yang tidak diingini. Aktiviti ini menggunakan sedikit kekuatan fizikal dan mental namun, sebaik sahaja para pengunjung tiba di puncak, segala penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja dek kerana pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada ketinggian 150 meter dari paras laut. Berikut adalah beberapa pemandangan dari lokasi kincir angin.





Selepas dari mengikuti pendakian ke kincir angin yang berakhir sekitar jam 4.00 petang, para pengunjung bebas untuk melakukan sebarang aktiviti lain seperti mandi pantai, berkayak dan lain-lain lagi.

Hari kedua berada di Pulau Perhentian adalah hari yang sangat dinanti-nantikan oleh kebanyakan para pengunjung yang datang bercuti bersama Perhentiankravers. Ini kerana hari kedua adalah hari para pengunjung akan di bawa untuk bersnorkeling di 5 tempat snorkelling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Ya, sudah pasti nya para pengunjung berasa sangat teruja untuk bersnorkeling di salah satu lautan terbuka yang penuh misteri dengan keindahan alam yang mungkin tidak pernah mereka lihat atau saksikan sebelum ini. Aktiviti snorkelling ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang yang mana Perhentiankravers juga telah menyediakan hidangan makan tengahari buat para pelanggan ketika berehat sebentar di Kampung Nelayan.

Di dalam keterujaan untuk bermandi-manda di laut, Perhentiankravers begitu menitik beratkan soal keselamatan para pengunjung. Para pengunjung akan disediakan dan diberikan dengan kelengkapan snorkelling yang selengkapnya supaya keselamatan pengunjung terjamin disamping dapat menikmati keseronokan snorkelling pada tahap yang semaksima mungkin.


Pengunjung menggunakan kelengkapan snorkelling.

Disamping itu, Perhentiankravers juga menyediakan perkhidmatan “snorkelling guide” profesional yang akan memantau serta melayani para pengunjung sepanjang trip. “Snorkelling guide” yang bertugas juga merupakan “underwater photographer” yang mana mereka akan merakam kenangan-kenagan para pengunjung ketika snorkelling di Pulau Perhentian.

Antara tempat snorkelling yang bakal dikunjungi oleh para pengunjung adalah seperti berikut :
1. Turtle Beach atau Tiga Ruang
2. Turtle Point
3. Shark Point
4. Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
5. Lighthouse
6. Romantic Beach

1.“Fish feeding” di Turtle Beach

2. Berenang secara dekat bersama penyu di “Turtle Point”

3. Aksi mendebarkan antara “snorkelling guide” berhadapan dengan jerung di Shark Point.

4. Kampung Nelayan di mana para pengunjung di bawa untuk berehat dan makan tengahari.

5. Lompatan dari ketinggian 10 meter di Lighthouse bagi pengunjung yang inginkan sesuatu yang ekstrim. Di sini juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai “coral” yang tercantik di Pulau Perhentian.

6.Tempat snorkelling yang terakhir iaitu Romantic Beach di mana para pengunjung dapat berehat sambil bermandi-manda pada air di paras pinggang dengan keadaan laut yang tenang.

   

Di Romantic Beach ini juga terkenal dengan rumah kepada “Nemo” dan juga “Baby Stingray”.


Seusai sahaja dari aktiviti snorkelling, keseronokan serta pengalaman indah para pengunjung tidak terhenti di situ sahaja, malah para pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh mendamaikan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas saujana membiru kekuningan emas.


Pemandangan matahari terbenam di pantai Coral Bay.

Mengikut kepada pakej yang diambil oleh para pengunjung, Perhentiankravers juga ada menyediakan hidangan Barbeque sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau Perhentian.


Barbeque yang dihidangkan terdiri dari pelabagai menu hidangan laut segar.

Setelah selesai makan malam, bagi para pengunjung yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Longbeach dimana terdapat pelbagai hiburan musik dan persembahan api yang di adakan di sana. Hal ini kerana Longbeach begitu terkenal sebagai satu-satu nya “Night Life & Beach Party” di Pulau Perhentian.

Suasana kemeriahan persembahan api di Longbeach.

Pada hari ke tiga pula kebiasaannya para pengunjung sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Pulau Perhentian dan pulang menuju ke destinasi masing-masing. Pada pengunjung yang berhasrat untuk menambah hari percutian mereka dan ingin mencuba aktiviti-aktiviti lain yang ada seperti “scuba diving”, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan mengikut kehendak pelanggan. Perhentiankravers menyediakan 3 kali dalam sehari bagi perjalanan bot penumpang dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. Waktu perjalanan bot penumpang adalah pada : 
8.00 pagi 
12.00 tengahari
4.00 petang

Setibanya kembali di Jeti Kuala Besut, para pengunjung berkesempatan untuk membeli-belah barangan cenderamata yang dijual di sepanjang jeti. Bagi pengunjung yang pulang menaiki bas, Perhentiankravers menyediakan kawasan rehat atau “lounge” di ruang pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas.



Secara keseluruhannya, Perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian iaitu pengalaman yang begitu menakjubkan. Rata-rata pengunjung memberikan maklum balas yang mengujakan seperti mereka tidak terbayang akan keindahan Pulau Perhentian menandingi mana-mana keindahan destinasi perlancongan di luar negara terutamanya negara kejiranan. 

Perhentiankravers menjanjikan “value for money” kepada para pengunjung yang disayangi. Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsoon yang melanda pulau setiap hujung tahun. 

Oleh kerana operasi di Pulau Perhentian adalah terhad, Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat dari bilik penginapan penuh. Sebarang tempahan boleh lah hubungi :
019-9100986 (Pejabat Perhentiankravers)

Emelkan tempahan anda ke :

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai Perhentiankravers, sila ke : 

Youtube
https://youtu.be/asDh-bY49QQ

Instagram Rasmi Perhentiankravers
instagram.com/perhentiankravers

Facebook Rasmi Perhentiankravers
facebook.com/perhentiankraverss


Laman Rasmi Perhentiankravers
www.perhentiankravers.com

Pakej Perhentian | Pakej Pulau Perhentian | Pakej Pulau Perhentian Murah | Pakej Pulau Perhentian 2017 | Pakej Pulau Perhentian Kecil | Pakej Murah Pulau Perhentian | Bercuti di Pulau Perhentian | Pulau Perhentian Kecil | Pulau Perhentian Besar | Perhentian Island | Perhentian Islands | Pulau Perhentian | Perhentian Kecil
Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian | Pakej Bajet Perhentian 2017 | Pakej Percutian Pulau Perhentian | Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian | Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang | Pakej Perhentian Berkumpulan | Promosi Pakej Pulau Perhentian
pulau perhentian package | pulau perhentian blog | Tempat menarik di pulau perhentian | pulau perhentian chalet murah | pulau perhentian hotel | pulau perhentian resort | perhentian islands hotel | perhentian islands how to get there


Post a Comment

2 Comments

Mrejoy said…
wah..bestnya. entah bila la ada peluang nak sampai sana.

sungguh saya tak tahu ada ikan jerung kecik tu. hahahha. tapi macam best pulak kan menyelam macam tu. lagi best kalau yang datang tu jerung besar! wahahaha.

semoga ada rezeki sampai sana 1 masa nanti. :)

mrejoy.com
Rafzan Tomomi said…
tu lahh.. Momi coming soon maybe hehe