Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais! Bulan Ramadan hampir tiba, jadi mesti anda tak sabar nak cari buffet ramadhan untuk berbuka puasa nanti. Apa kata anda berbuka puasa di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur bermula 27 Mei 2017 nanti. Berkonsepkan "Selera Desa Kembara Iftar Di Kuala Lumpur", AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur menyajikan pelbagai variasi hidangan yang bakal membawa anda mengembara ke seluruh ceruk bandar di Kuala Lumpur.
Sajian dan juadah menarik di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur diilhamkan daripada mereka yang sememangnya berpengalaman dalam bidang kulinari dan masakan melayu iaitu Chef Yohanis, Chef Mariam, Chef Syukri, Chef Alias dan pasukan mereka yang sememangnya berpengalaman.
Antara sajian yang dihidangkan di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur ialah 'Ikan bakar Stail Masakan Portugis', 'Nasi Tumpeng Jawa Timur', 'Rendang Itik', 'Siput Sedut Batang Keladi', 'Sup Rusa', 'Ayam Golek' dan 'Kambing Golek' yang pastinya buat anda rindu sangat dekat masakan kampung. Selain itu, terdapat juga hidangan lain seperti 'Rojak Mamak', 'Asam Laksa', 'Roti Canai Pandan', 'Ketupat' dan juga 'Lemang'.
Khas untuk peminat durian, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur turut menghidangkan pencuci mulut berasaskan durian seperti 'Serawa Durian', 'Wajik Durian', 'Puding Durian', 'Bubur Durian', 'Dodol Lempok', 'Kek Durian', 'Talam Durian' dan 'Mousse Durian' . Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi pencuci mulut yang sememangnya sedap dan lengkap selepas makan hidangan utama.
Harga Buffet Ramadhan 2017 Di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur
Telan air liur tak tengok makanan diatas? haaa.. Buffet Ramadhan 2017 di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur berkonsepkan "Selera Desa Kembara Iftar Di Kuala Lumpur" akan bermula sepanjang bulan Ramadhan 2017. Harga Buffet Ramadhan AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur :
RM68 (DEWASA)
RM40 (KANAK-KANAK)
Early Bird Offer!
Jom tempah awal untuk berbuka puasa di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur !
Beli Sebelum 15 Mei 2017 pada harga RM58* (Dewasa)
** Tawaran sah digunakan untuk tempoh dari sekarang sehingga 15 Mei 2017.
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur , sila hubungi 03-2026 6060 sambungan 7703. atau layari www.ancasahotels.com. Selamat Berbuka Puasa !
6 Comments