Aplikasi yang diilhamkan daripada porgram kembara makanan popular di TV3 iaitu "Jalan-Jalan Cari makan", membolehkan pengguna mendapatkan info-info mengenai tempat-tempat menarik yang pernah dikunjungi produksi Jalan-Jalan Cari Makan selain beberapa lagi fungsi menarik yang lain. Menariknya, ada fungsi baru untuk pengguna mendapat tawaran diskaun dan potongan hebat sehingga 70% menerusi paparan Offpeak di restoran dan tempat makan seluruh negara.
Aplikasi JJCM juga turut menawarkan fungsi tempahan restoran menerusi kerjasama Media Prima Digital bersama Offpeak. Hanya menggunakan aplikasi JJCM ini, pengguna tak perlu lagi beratur panjang dan menunggu lebih lama di restoran kegemaran mereka. Tambahan pula, pengguna tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menggunakan fungsi ini. Bayar apa yang anda makan, tanpa sebarang caj tambahan.
Langkah-Langkah Menggunakan Aplikasi JJCM
1 - Pilih restoran pilihan anda.
2 - Masukkan nombor telefon anda.
3 - Kemudian, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung.
4 - Seterusnya, anda akan menerima pengesahan tempahan melalui email.
Untuk pengetahuan anda, aplikasi JJCM telah diberi nafas baru dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan mesra pengguna, jadi ia tampak lebih segar dengan wajah baru. Aplikasi ini telah mencatat lebih 250,000 muat turun sejak tahun 2015. Menariknya pengguna boleh komen dan memberi cadangan tempat yang mereka pernah kunjungi. Dengan ini, pengguna lain juga boleh melihat apa ulasan pengguna lain tentang tempat tersebut.
kredit : penaberkala.com
Kempen #SeringgitSeribuKebaikan
Pada masa yang sama, pihak Media Prima Digital dan aplikasi JJCM turut melancarkan tabung derma untuk kempen #SeringgitSeribuKebaikan. Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana dan berkongsi rezeki bersama rumah kebajikan terpilih Ramadan ini. Bantuan anda yang terkumpul akan digunakan bagi membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sekitar Johor dan Terengganu selama 5 hari.
Dengan kerjasama CJ WOW SHOP, pengguna boleh membuat sumbangan menerusi aplikasi JJCM sendiri ataupun terus ke laman sesawang www.cjwowshop.com.my. Dalam masa yang sama, pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati untuk menyumbangkan barangan Mamee kepada anak-anak bertuah ini. Kempen ini akan berlangsung pada 1 Mei sehingga 31 Mei 2017.
Cara untuk memberi sumbangan, klik pada tautan #SeringgitSatuKebaikan dan pilih nilai sumbangan yang nak anda ingin salurkan antara RM1, RM5 dan RM10. Sumbangan boleh dibuat melalui bank yang terpilih. Jangan lupa, muat turun apllikasi JJCM di Apple Store bagi pengguna IOS dan Play Store bagi pengguna Android. Download jangan tak download ya. Jika anda ada rezeki lebih, jom kita hulurkan derma serendah RM1 bagi membiayai juadah berbuka puasa mereka yang tidak berkemampuan Ramadan ini.
Alhamdulillah. Pada malam tersebut, Momi telah berjaya memenangi voucher RM100 Aeon. Memang tak sangka betul hehe. Terima kasih JJCM & Media Prima untuk hadiah voucher ini. Announcement seperti dalam video di atas ! :) Terima kasih Dayah Bakar sebab upload .
Screenshot dari Aplikasi JJCM
Facebook Rasmi Jalan-Jalan Cari Makan
https://www.facebook.com/JJCMTV3/
Instagram Rasmi Jalan-Jalan Cari Makan
https://www.instagram.com/jjcmtv3/
https://www.facebook.com/JJCMTV3/
Instagram Rasmi Jalan-Jalan Cari Makan
https://www.instagram.com/jjcmtv3/
Laman Rasmi Offpeak Malaysia
http://offpeak.my/
http://offpeak.my/
15 Comments
Dah ada apps ni lebih mudah nak cari tempat makan
cant wait to download and rsvp makan2