Trik ‘Effortless’ Untuk Potong Kalori

Trik ‘effortless’ untuk Potong Kalori

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Meh Momi nak share sikit dekat anda, bagaimana cara yang berkesan untuk potong kalori. Memang kita tidak akan dapat mengelak dari mengambil makanan yang berkalori tinggi memandangkan makanan yang ada di Malaysia ini sangat bervariasi. Namun itu bukan satu alasan untuk tidak sihat. Berikut ada trik mudah dan ‘effortless’ untuk hilangkan kalori dalam pengambilan makanan harian :

Trik ‘Effortless’ Untuk Potong Kalori
foto : http://www.worldgardenscafe.com


1)   Ambil Makanan Yang Tinggi Fiber Atau Protein Waktu Sarapan
Mengambil makanan yang tinggi kandungan fibernya untuk sarapan adalah trik yang mudah dan berkesan mengikut kajian di Journal of the Academy of Nutrition and Dietetics kerana ia akan membuatkan anda rasa cepat kenyang dan kurang rasa lapar  pada waktu tengahari. Secara tak langsung, anda tidak akan rasa cepat lapar dan kurang makan diwaktu yang tak sepatutnya anda makan. Antara cadagan makanan ialah  seperti oat, pisang, kekacang, soya dan tenusu.

Trik ‘Effortless’ Untuk Potong Kalori
foto : travelbetweenthepages.files.wordpress.com

2)   Minum Teh Atau Kopi Kosong
Dalam kajian di Public Health Journal ada menyatakan bahawa, mereka yang minum kopi kosong bersamaan degan mengambil 67 % kurang kalori berbanding mereka yang menambah susu, krim atau sebarang extra topping dalam kopi seperti yang selalu dibeli di kedai-kedai kopi. Begitu juga dengan teh.  Jadi, cuba untuk tidak kerap mengambil kopi bervariasi di kedai-kedai kopi hipster pilihan anda.

Trik ‘Effortless’ Untuk Potong Kalori
foto : hbu.h-cdn.co

3)   Bersihkan Dapur Anda
Satu kajian dari Environment and Behaviour menyatakan bahawa apabila mereka yang memberi 10 minit masa didapur bersepah dan tidak teratur akan mengundang mereka untuk makan banyak. Potensi kita untuk makan adalah lebih tinggi kerana sifat malas makin menjadi-jadi. Apabila malas, anda akan cenderung untuk mengambil apa saja jenis makanan yang ada di depan mata anda. Jadi mulalah kemas dan atur barang makanan anda dengan rapi supaya anda akan berfikir dua tiga kali untuk makan.

Trik ‘Effortless’ Untuk Potong Kalori
foto : cdn.foodbeast.com

4)   Hati-hati Dengan Campuran Salad Anda
Anda makan lauk yang berlemak dan tinggi kalorinya pada waktu tengahari. Kemudian anda merancang untuk makan salad untuk waktu petang. Itu perkara yang baik, kerana sayur-sayuran baik untuk kesihatan namun harus hati-hati dengan bahan/topping apa yang anda campur bersama sama hidangan salad anda! Kebanyakkan kita gemar meletakkan terlalu banyak bahan tambahan selain sayur dan buah- buahan seperti keju, sosej , bahan-bahan berminyak dan juga buah-buahan yang yang telah dikeringkan (juga mengandungi kalori yang tinggi) dan sebagainya melainkan pada hari itu anda tidak mengambil makanan yang mengandungi kalori tinggi.

Trik ‘Effortless’ Untuk Potong Kalori
foto : i0.statig.com.br

5)   Tukar Minyak Masak
Kenal pasti minyak masak yang digunakan. Elak menggunakan minyak yang tinggi kolesterol. Cuba bertukar kepada minya zaitun.  Memang minyak zaitun mahal harganya namun trik kecil ini merupakan satu pelaburan yang besar utnuk kesihatan anda.

Trik ‘Effortless’ Untuk Potong Kalori
foto : i.dailymail.co.uk

6)   Elak Makan Jajan Sambil Menonton Televisyen
Makan makanan ringan seperti potato chips sambil menonton televisyen boleh membuatkan anda terlebih makan kerana otak anda tidak menumpukan perhatian pada portion makanan anda. JAMA Internal Medicine mengkaji bahawa semakin menarik rancangan yang ditonton, semakin buruk khabar yang akan dibawa kepada pinggul anda.

Untuk lebih tips-tips kuruskan badan boleh baca di facebook page Kurus Oh Kurus dan kurusdancantik.com :


Post a Comment

1 Comments

Luqman Zakaria said…
Bab yang makan jajan sambil tgk tv tuh mcm susah je nak avoid T_T