Senarai Semak Wajib Ketika Menyewa |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais ! Pembeli rumah kali pertama seringkali melakukan kesilapan. Walaupun kebanyakan kesilapan itu boleh diatasi, ada banyak kesilapan yang akan menjejaskan anda dari sudut masa dan wang. Jadi jika anda baru hendak memiliki rumah, memilih hartanah yang tepat mungkin di luar jangkauan pengalaman anda. Namun, dengan masa yang cukup dan kajian yang mendalam, anda mampu melakukannya dengan mudah. Jadi Momi nak senaraikan beberapa tips yang boleh membantu anda mencari rumah idaman anda.
#1 - Lokasi Yang Strategik
Pilih lokasi terbaik yang anda boleh cari, seperti yang dikatakan oleh The Malay Mail Online. Ia bermaksud, mencari hartanah yang dekat dengan tempat anda bekerja. Atau rumah yang berada di kawasan strategik, yang mempunyai banyak kemudahan dan mudah untuk diakses. Tidak kira sama ada anda perlu membeli di kawasan berhampiran hab pengangkutan awam atau membeli rumah berdekatan pasar raya, apa yang penting ia mudah diakses. Anda boleh menggunakan laman hartanah seperti PropertyGuru Malaysia untuk new property launches atau hartanah baru.
#2 - Kos Rumah
Ketahui takat kos perumahan anda. Bila anda membeli rumah, anda bukan saja perlu menyimpan untuk bayaran pendahuluan. Anda juga perlu memikirkan bayaran bulanan gadai janji anda. Anda perlu ada simpanan yang cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan, ini termasuklah bil api dan air, makanan, pengangkutan, dan lain-lain perbelanjaan. Anda juga perluambil kira bayaran premium insurans perumahan bulanan anda. Dan ditambah pula dengan ansuran kereta dan bayaran gadai janji, perbelanjaan anda akan kian meningkat. Ini belum lagi dengan kos meterai yang anda perlu tanggung bila anda membeli rumah atau kos ubah suai.
Yuran kesatuan perumahan mungkin tampak tidak penting, tetapi jika anda terlepas beberapa kali, kos yang anda ada pasti akan meningkat. Ini hanyalah sebahagian kecil yang anda perlu lalui semasa anda membeli rumah. Jadi pastikan anda bersedia dari sudut kewangan untuk menguruskan kos-kos yang disebutkan tadi.
#3 - Pemilihan Jenis Rumah Yang Tepat
Pilih jenis perumahan yang tepat. Anda boleh pilih jenis perumahan, menurut Global Property Guide, daripada rumah teres atau banglo mewah hinggalah rumah berkembar atau separa berkembar. Utamakan keperluan anda dan keluarga anda. Ini akan memudahkan anda untuk memilih jenis perumahan yang sesuai untuk anda dan keluarga anda. Anda juga boleh senaraikan perkara wajib yang perlu ada di senarai semak untuk hartanah yang anda mahu. Tinjau ciri yang ada pada setiap unit yang anda lihat. Apabila anda telah teliti semuanya, anda akan dapati unit yang ditanda dengan banyak menepati ciri-ciri yang anda mahu.
4 - Matlamat Pembelian Rumah
Ketahui matlamat pembelian anda. Anda perlu jelas dengan sebab anda mahu membeli hartanah. Ini disebabkan ia akan akan mempengaruhi pilihan anda dan akan menetapkan perjalanan anda. Jika anda membeli hartanah untuk kegunaan anda, anda akan ada keperluan lain yang perlu dipenuhi berbanding jika anda membeli untuk pelaburan.
5 - Peraturan asas pelaburan
Semasa anda masih muda, anda masih boleh mendapat pendapatan jadi ia sangat baik untuk anda fokus usaha anda dalam membeli rumah yang memberi nilai terhebat. Bagaimanapun jika anda menghampiri usia emas anda, melabur di hartanah yang boleh memberi pulangan sewa adalah pili
6 - Pembiayaan
Jangan buat kesilapan dengan melihat hartanah sebelum memastikan kewangan anda selamat. Jika anda tahu berapa anda boleh belanjakan untuk hartanah, itu adalah langkah pertama yang penting supaya anda tahu hartanah mana yang anda boleh lihat. Jika anda hanya jangka berapa yang boleh ditanggung oleh pihak bank, anda akan buang masa jika bank hanya boleh menanggung di bawah jangkaan anda. Ia akan membantutkan anda, dari sudut emosi, kerana anda telah melihat rumah yang berada di luar kemampuan anda. Elakkan ini daripada berlaku. Pastikan pembiayaan anda sudah diluluskan sebelum anda mula membeli rumah.
7 - Jangan gerakkan wang anda!
Simpan wang di satu tempat. Peminjam biasanya akan melihat kredit dan kewangan anda. Jika anda terlalu banyak menggerakkan wang anda, ia akan menjejaskan peluang pinjaman anda. Simpan wang anda di satu tempat sekurang-kurangnya enam bulan sebelum permohonan pinjaman.
Haaa Dah baca semua senarai diatas? Semoga senarai ini dapat membantu anda elakkan dari melakukan kesilapan membeli rumah nanti. Tak sabar rasanya nak ada rumah sendiri.
0 Comments