Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Pastinya ramai diantara kita yang sedang mencari produk yang terbaik untuk hilangkan parut. Anda pernah jumpa tak produk-produk yang boleh hilangkan parut? Haaa Momi nak share sikit dekat anda, 4 Produk Terbaik Di Dunia Untuk Hilangkan Kesan Parut. Dah bersedia? Jom tengok!
01 MEDERMA
Hasil testimoni daripada pengguna berkaitan produk Mederma ini mengatakan produk ini berkesan cuma ia mengambil masa yang lama untuk memperlihatkan hasil dan keberkesanannya. Mederma datangkan dalam dua saiz iaitu 20 gram dan 50 gram dan boleh didapati di farmasi-farmasi di Malaysia.
02 AZANIS SCAR SERUM
Azanis Scar Serum adalah antara produk yang terbukti berkesan dan telah mendapat pasaran meluas di beberapa buah negara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. Produk Azanis Scar Serum didatangkan dengan saiz 15ml dan diformulakan dengan Vitamin E Natural yang berfungsi sebagai anti-radang dan kandungan antioksidanya yang tinggi dan mempunyai kandungan Cocoa Butter.
Ramai yang memberi respon yang positif terhadap keberkesanan produk Azanis Scar Serum. Lebih-lebih lagi ia bertindak lebih cepat untuk menghilangkan kesan parut degil dan lama. Produk ini boleh didapati di farmasi-farmasi terpilh dan juga secara online.
03 DERMATIK
Dermatix berkesan untuk menghilangkan kesan parut secara klinikal. Menariknya, Dermatix jugak boleh digunakan untuk 'sunblock' dan juga mengurangkan kegatalan pada bahagian parut yang baru sembuh. Lepas beberapa minggu disapu pada kesan parut, nampak perubahan pada kesan parut makin berkurangan.
Testimoni pengguna terhadap keberkesanan produk Dermatix ini adalah baik, cuma ia agak melekit dan tak mudah kering bila pakai dan harganya mahal dari produk-produk lain dipasaran. Didatangkan dalam 2 saiz iaitu 7g dan 15g, Dermatix boleh didapati di mana-mana farmasi dan juga secara online.
04 BIO OIL
Bio Oil adalah salah satu produk yang terkenal untuk menghilangkan parut di Malaysia. Bukan itu sahaja, ia membantu masalah kulit sensitif, penuaan kulit dan masalah kulit kering. Ia diformulasikan bersama minyak PurCellin untuk mengatasi masalah parut dan regangan kulit lebih-lebih lagi kepada ibu yang baru melahirkan anak. Bio Oil didatangkan dalam 3 saiz yang berbeza iaitu 60ml, 125ml dan 200ml. Ia boleh didapati dimana-mana farmasi dekat Malaysia.
Jika anda mencari produk hilangkan parut, Momi dah senaraikan 4 diatas ini untuk rujukan. Pada Momi 4 produk sudah dikenali ramai dan mampu untuk menghilangkan kesan parut. Semoga entri ini dapat membantu anda ya. :)
----------------------------------
Jika anda mencari produk hilangkan parut, Momi dah senaraikan 4 diatas ini untuk rujukan. Pada Momi 4 produk sudah dikenali ramai dan mampu untuk menghilangkan kesan parut. Semoga entri ini dapat membantu anda ya. :)
azanis scar serum, produk hilangkan parut, bekas luka, scar serum, the best scar serum, hiruscar berkesan ke, hiruscar testimoni, berkesan ke hiruscar, testimoni mederma, bio oil hilangkan parut, dermatix hilangkan parut, ubat parut jerawat yang paling berkesan di farmasi, palmer's scar serum review, cocoa butter formula vitamin E scar serum
0 Comments