Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Baru-baru ini Momi bersama rakan Blogger ke Kaio Studio yang terletak di Shah Alam. Rasanya ramai yang sudah mengenali KAIO STUDIO , yang pernah jadi viral dengan video wedding 'time-freeze' di laman media sosial. Momi nak cerita sedikit sejarah Kaio Studio serta pengalaman 'photoshoot' bersama mereka.
Siapa Kaio Studio?
Kaio Studio memulakan operasinya sejak tahun 2012 dan diasaskan oleh Anwar Abdullah (lebih dikenali sebagai 'Kaio'). Untuk pengetahuan anda, pada awal kerjaya Kaio Studio, mereka hanya 'wedding videographer' sahaja dan kini telah melebarkan sayap mereka ke pelbagai genre seperti perkahwinan, majlis-majlis, pengiklanan video kempen, program TV, filem pendek dan sebagainya. Bestnya kini mereka mempunyai studio sendiri. Tahniah!
Pencapaian Kaio Studio
Menariknya, Kaio Studio pernah memenangi Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam pada 29 Oktober 2015. Majlis tersebut telah diadakan di Glass House, Seputeh. Anda boleh lihat semasa hari penerimaan anugerah Most Glam Fashion Videographer 2015 di sini : http://www.kaiostudio.com/fashion/most-glam-next-fashion-videographer-winner-kaio-studio/
Seterusnya, Kaio Studio juga pernah ke Paris bersama Anuar Zain untuk sesi penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel. Bukan itu sahaja, Kaio Studio juga pernah ke Cairo, Mesir untuk sesi photoshoot bersama pereka fesyen ternama tanah air iaitu Ezuwan Ismail.
Antara pereka fesyen yang pernah mendapatkan sentuhan karya daripada Kaio Studio adalah seperti Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara. Selain dari itu, ramai para selebriti dan jenama-jenama pakaan ternama juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat dari Kaio Studio seperti Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagi.
Pengalaman Photoshoot Bersama Kaio Studio
Sangat mudah untuk kesini dengan hanya menggunakan Waze. Suruh abang Uber bawak terus sampai hehe. Sampai-sampai je tengok ramai dah photoshoot, sempat berehat sekejap dekat ruang tempat duduk yang luas dan selesa. Juga disediakan ruang solat dan juga tandas untuk pengguna.
Masa photoshoot pula, tidak menjadi masalah. Team Kaio Studio juga memberi idea kepada Momi bagaimana untuk 'pose'. Bila dah selesa bergambar, pose tak berhenti tau sampai Momi sendiri mintak 'stop'. Maaf sebab laju sangat pose masa tu haha. Hasil gambar Kaio Studio memang cantik. Kebanyakkan shot yang ditangkap memang ada dalam imaginasi Momi hehe. Tak perlu nak edit apa-apa, boleh terus post tau. Momi dah guna dekat header blog dan juga business card yang baru :)
Perkhidmatan yang ditawarkan di Kaio Studio
Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan, antaranya :
1. Wedding photography and videography
2. Corporate photography and videography
3. Commercial video
4. Campaign video and photography
5. Music video
Untuk lebih info , sila ke : http://www.kaiostudio.com/our-services/
Terima kasih Kaio Studio atas peluang yang diberikan. Dapat juga merasa photoshoot dekat Kaio Studio. Rasa nak tengok-tengok lagi video dan gambar-gambar Kaio Studio, boleh intai-intai laman sosial media mereka :
Laman Rasmi Kaio Studio - www.kaiostudio.com
Facebook Rasmi Kaio Studio - https://www.facebook.com/KaioStudio
Twitter Rasmi Kaio Studio - https://twitter.com/kaiostudio
Instagram Rasmi Kaio Studio - https://www.instagram.com/kaiostudio/
Alamat Kaio Studio :
KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD,
1-06, Mitea Residence Office,
No.5 Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.
WAZE : ‘KAIO STUDIO’
5 Comments
www.erazfadli.com
kami sangat berbesar hati mendapat kunjungan Rafzan Tomomi.
Harap dapat bekerjasama lagi di masa yang akan datang.
www.kaiostudio.com