Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Baru-baru ini Momi telah menghadiri Majlis Pelancaran Produk & Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics pada awal Disember lalu yang bertempat di Galleria Atrium @ Kota Raya, Johor Bahru. Bertuah rasanya dapat menghadiri majlis pelancaran ini sebab dapat jumpa Dr. Irma serta beberapa artis jemputan yang turut memeriahkan majlis ini.
Produk Dr. Irma Skincare & Cosmetics
Majlis Pelancaran produk penjagaan kulit dan kecantikan dan perasmian Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics ini disempurnakan oleh Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohd Halim Hasbullah. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis terkenal tanah air seperti Fahrin Ahmad, Aidit Noh, Reda Rosli, Azrel Ismail, Zarol AF, Tiaz Al-Khred serta Fattah Amin yang semakin meningkat naik namanya. Menariknya buat mereka yang beli produk semasa majlis, dapat 'meet & greet' bersama artis pilihan mereka.
Terdapat beberapa produk yang telah dilancarkan antaranya Radiant White BB Serum Foundation, Radiant White Cleanser, Radiant White Vitamin C Serum, Radiant Glow CC Foundation, Radiant Clear Derm-Purifier, Radiant Chewies Vitamin C + Collagen & Radiant Clear Derm-Tonic. Momi suka dengan tema produknya yang bertemakan hitam dan emas sebab nampak kelas. Begitu juga presentation produk yang sangat cantik dan kemas.
Untuk pengetahuan anda, produk ini dikhususkan untuk kaum wanita, tapi lelaki yang ingin menjaga kecantikan muka juga boleh menggunakan produk Dr. Irma. Produk-produk keluaran Bahan yang digunakan kedalam semua produk diformulasikan dari bahan - bahan asli dan pati minyak tumbuhan. Tiada mercury mahupun hydroquinon.
Terletak di Aras 1 Galleria Atrium @ Kotaraya, Butik Dr. Irma ini bakal menawarkan perkhidmatan terapi kecantikan dengan harga serendah RM50. Wah~ bestnyaa, untungnya orang Johor Bahru. Momi sendiri telah masuk ke dalam bilik rawatan kecantikan tersebut, memang cantik dan sangat kelas.
Majlis Pelancaran Tabung Bakti Irma Ariandi
Selain Majlis Pelancaran Produk & Butik, telah diadakan juga Majlis Pelancaran Tabung Bakti Irma Ariandi yang menampilkan Fahrin Ahmad. Setiap RM1 daripada pembelian produk Dr. Irma Skincare & Cosmetics akan disalurkan ke dalam tabung ini bagi mereka yang kurang berkemampuan. Salah satu inisiatif yang baik dari Dr. Irma untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Lokasi Butik Dr. Irma Skincare & Cosmetics
Dr. Irma Skincare & Cosmetics
L1-10, Aras 1
Galleria Atrium @ Kotaraya
Jalan Trus, Johor Bahru.
Nombor Telefon : 018-986 7511
Laman web rasmi Dr. Irma :
Facebook rasmi Dr. Irma:
Instagram rasmi Dr. Irma :
0 Comments