Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Hujung Ogos yang lalu, Momi bersama rakan-rakan IJN Abadik pergi bercuti ke tempat yang pertama kali Momi jejak iaitu Pulau Pangkor. Sudah lama wujud dalam 'wishlist' nak pergi dan Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Apa yang Momi buat sepanjang 2 hari 1 malam di Pulau Pangkor?

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Sabtu, 27 Ogos 2016
Kami bertolak ke Lumut selepas Maghrib sehari sebelumnya. Malam tu kami tiba di Lumut (Rumah Ibu Mertua Din) dan bermalam disana sementara menunggu feri yang kami bakal naiki di Marina Island keesokan paginya. Tepat Jam 7.00 Pagi, kami bergerak ke Marina Island yang terletak 10 minit sahaja dari Rumah Mertua Din.

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Harga tiket parking di Marina Island ialah RM20 / sehari. Kami mengambil langkah bijak untuk meletak kereta di rumah Mertua Din, hehehe jimat sikit. Perjalanan dari Marina Island ke Pulau Pangkor hanya 10 minit sahaja berbanding 40 minit jika anda dari Lumut. Jadi anda jimat masa dan tak perlu beratur panjang. Harga tiket Feri ke Pulau Pangkor adalah seperti berikut :

Harga Tiket Ferry Pulau Pangkor : 
Dewasa - RM10.00 (Pergi & Balik)
Kanak-Kanak - RM5.00 (Pergi & Balik)

Harga Tiket Ferry Penduduk Pulau Pangkor : 
Dewasa - RM6.00 (Pergi & Balik)
Kanak-Kanak - RM3.00 (Pergi & Balik)

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Setibanya kami di Pulau Pangkor, kami terus naik van pink untuk ke tempat penginapan kami di Hornbill Resort Teluk Nipah. Tambang Van Pink di Pulau Pangkor ialah RM20 (boleh muat seramai 10 orang). Setelah tiba di Horn Bill Resort Teluk Nipah pada jam 9.30 Pagi, kami terus letak beg dan barang-barang di resort dan terus mencari tempat Snorkling.

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Jalan kaki tak sampai 30 saat dah sampai, dekat je dengan tempat tinggal kami tu. Snorkling RM20 (Termasuk jaket keselamatan & alatan snorkling) sahaja ya. Selepas memakai jaket keselamatan, kami terus dibawa menaiki bot Pulau Giam, dimana ramai orang snorkling disitu. Momi agak teruja sebenarnya jumpa pulau, tapi tidak pada snorkling ye haha. Setibanya di pulau tersebut, kami terus snorkling selama sejam mungkin.

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Kelakarnya masa snorkling, Momi memang 'struggle' nak masuk dalam air, sampai lemas beberapa saat. Beberapa minit lepas tu, terus ke darat, tak sanggup tanggung kaki sakit haha. Selepas puas mandi dan bersnorkling, kami pon rehat-rehatkan badan sambil makan burger hehe. Lepas habis rehat, kami balik ke resort semula menaiki bot. Dalam perjalanan balik, pemandu bot buat 'tour' pulau dan penerangan mengenai pulau tersebut.

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Sebelum check in resort Hornbill Resort Teluk Nipah, kami lepak sebentar dekat tepi pantai, makan-makan selepas penat ber-snorkling. Seterusnya kami check in, tapi masih belum berehat ya hehe. Kami mandi dekat kolam resort pulak, kebetulan baju basah terus terjun sahaja haha. Lama juga berendam dalam kolam tu. Jika anda ingin tahu, harga bilik RM150 / Semalam. Walaupun Wi-fi free tapi hanya dapat dekat depan je, dekat bilik tak ada haha. Seterusnya berehat sekejap, sebab nanti nak ber-BBQ pula hehe.

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Pukul 6.45 petang, terjaga dari tidur terus ke pantai sebab nak tengok 'Sunset'. Dekat KL sana tak dapat tengok, inilah masanya kita tengok sunset sambil ditemani oleh angin pantai. Duduk dekat situ sampailah 7.30 malam rasanya, tak puas rasa angin hehehe. Lepas tu, kami ke resort semula tengok-tengok kalau mereka sudah mula ber-BBQ. Ya, memang mereka sedang ber-BBQ, bau ayam menusuk ke hidung, perut pulak rasa lapar hehe.

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Memandangkan tiada kawasan yang sesuai untuk kami makan bersama, kami makan dekat tepi pantai. Duduk bersila dalam bulatan menikmati hidangan BBQ seperti ayam, daging, kambing dan hot dog. Enak pulak dicicah bersama sos. Walaupun orang lalu lalang pandang tapi kami tetap berselera makan. Selepas makan, kami jalan-jalan sekejap di Teluk Nipah, saja tengok apa yang ada.

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Ahad, 28 Ogos 2016
A sunny day! Tak sempat nak tengok matahari terbit, bangun pun pukul berapa kan? haha. Momi, Abadik dan Amy sempat ke pantai, sebab Momi nak buat photoshoot sikit. Photoshoot berjalan dengan jayanya. Dah siap-siap bergambar, kami terus ke bilik dan berkemas untuk pulang. Balik tu kami sekumpulan berjaya naik satu van sahaja hehe. Sebelum tunggu feri sampai, kami sempat berjalanan-jalan area Jeti. ATM Maybank ada berdekatan Jeti ya, jangan risau jika anda tak bawa duit lebih hehe. :)

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Alhamdulillah. Kami selamat pergi dan selamat pulang. Walaupun hanya bermalam di Teluk Nipah , kenangan disana tak dapat Momi lupakan. Terima kasih kepada Bob dan rakan sekerjanya membawa Momi ke Pulau Pangkor. Tidak lupa kepada Mertua Din atas kesudian beri kami tumpang sekejap di rumah dan tumpang Parking sekali hehe. Pengalaman pertama kali yang sangat manis. Ye, walaupun kaki luka berdarah bagai masa snorkling hehe. Maaf kalau ada beberapa maklumat tak lengkap, tapi yang paling penting, saya dah jejak Pulau Pangkor yeay. :D Jom tengok gambar kenangan semasa berada di Pulau Pangkor.



Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Gambar Burger

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Gambar Hornbill

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

Percutian Ke Pulau Pangkor 2016

p/s : Berjaya update blog walaupun dah 2 bulan berlalu haha!

Post a Comment

11 Comments

Ezad Skytech said…
Pernah juga menginap di Hornbill ni masa ke Pulau Pangkor dulu...bilik sebelah reception tu je...HAHA

Buka pintu je dah laut...memang best la kan...lepas tu pergi Pulau Giam...memang syok kat situ...tapi tak bestnya kat situ batu tajam-tajam...boleh luka kaki...hehe
Rafzan Tomomi said…
wahh bestlah. Saya dapat yang belakang. hehehe. Yess nama dia Pulau Giam, thank you, lupa nama pulau tu hahaha.
Nadia Johari said…
tahun depn nk prgi pulau jugk
Rafzan Tomomi said…
jom jom pergi ehehehe
Lisa Nurulain said…
tah hajakkkkkkk ! ni nak majuk ni . heehehehe orang cakap best tempat tu .
Rafzan Tomomi said…
hahahahhaa.. best best
nurafzan7779 said…
Assalam. Lepas ni boleh try Homestay NORA, Perlis.
Eyin SeMpoi said…
Woah..syok2... kalau makan malam bbq tu masak sendiri ke? barang2 dapat kat mana? atau tu pakej bbq ngan hotel ja? hehehehe
Rafzan Tomomi said…
heheh syok syok. bbq tu bawak sendiri, buat kat rumah sesiap hehehe.
anasyahna said…
Momi, nak tanya. Kalau pergi pulau pangkor just untuk satu hari sahaja, mcm mana nak snorkeling dan boat trip ya? Memang ada yang buka 'kaunter' ke kat situu. hehehe
Rafzan Tomomi said…
haah dekat tepi-tepi tu, ada abang tu memang tunggu je situ, takde book. cakap je nak snorkling :)