Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) - Buffet Masakan Melayu Di Kuala Lumpur


Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Kepada mereka yang sedang mencari buffet masakan Melayu Tradisional dengan harga yang murah, inilah masanya untuk anda terjah Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) yang menawarkan buffet makan tengah hari dengan diskaun sehingga 50%. Momi berkesempatan merasai beberapa jenis masakan kampung yang memang sedap dan puas hati kalau anda makan. Menarik bukan? 

Buffet Masakan Melayu Di Kuala Lumpur Dengan Harga RM29

Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) terletak di Lorong Haji Hussein 2 berhampiran dengan Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Makanan buffet di Top Pot Cafe, KLIH ini menyediakan menu asli masakan tradisional Malaysia dari 14 buah negeri di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, hotel ini merupakan hotel pertama di Malaysia menerima sijil Halal dari JAKIM

Buffet Masakan Melayu Di Kuala Lumpur Dengan Harga RM29

Pelbagai juadah masakan kampung yang akan disajikan kepada anda yang pasti menepati selera pelanggan bermula jam 12.00 tengahari sehingga jam 3.00 petang. Untuk pengetahuan anda, KLIH sedang mengadakan promosi untuk buffet makan tengah hari dengan harga serendah RM29.00 / nett (harga asal RM58.00 / nett) bermula 7 Oktober sehingga hujung Disember 2016. Promosi ini SAH untuk LUNCH BUFFET dengan tempahan minimum 2 pax. Promosi ini juga tidak termasuk Hari Ahad & Cuti Umum.  Rasa makanan dia? Jangan risau, memang sedap ya.  Sangat berbaloi.

Buffet Masakan Melayu Di Kuala Lumpur Dengan Harga RM29
Kuala Lumpur International Hotel
Alhamdulillah. Momi dapat merasa 3 jenis hidangan utama yang juga terdapat dalam buffet makan tengah hari iaitu Masak Lemak Udang Dan Daun Pegaga, Rendang Tok dan Kari Kambing yang memang sangat memukau. Antara hidangan yang dihidangkan kepada Momi, Momi suka dengan Rendang Tok tu, mungkin dah lama tak makan rendang kot (walaupun raya haji dah sebulan berlalu hehe.) Tak kurang juga hebatnya, Masak Lemak Udang Dan Daun Pegaga dan Kari Kambing sangat sedap dan mungkin bakal mencuri hati anda jika anda datang ke KLIH.


Buffet Masakan Melayu Di Kuala Lumpur Dengan Harga RM29
Masak Lemak Udang Dan Daun Pegaga
Buffet Masakan Melayu Di Kuala Lumpur Dengan Harga RM29
Kari Kambing
Buffet Masakan Melayu Di Kuala Lumpur Dengan Harga RM29
Rendang Tok
Buffet Masakan Melayu Di Kuala Lumpur Dengan Harga RM29
Kerabu
Ulam-Ulaman
Buffet Masakan Melayu Di Kuala Lumpur Dengan Harga RM29
Sayur Campur
Buffet Masakan Melayu Di Kuala Lumpur Dengan Harga RM29
Pencuci Mulut
Promosi MAHA 2016
Haa yang ini menarik untuk anda, KLIH juga menyediakan promosi khas sempena dengan MAHA 2016 ini dimana tetamu yang tinggal dari tarikh 4-12 Disember 2016 akan dapat pakej yang sangat berbaloi seperti:-

 Harga bilik RM474.00 bersih (4 hari 3 malam) 
- Pakej Karaoke
- Buffet makan malam 
- Sarapan pagi
- Wifi percuma
- Parking percuma


Buffet Masakan Melayu Di Kuala Lumpur Dengan Harga RM29
Bilik Hotel di Kuala Lumpur International Hotel

Buffet Masakan Melayu Di Kuala Lumpur Dengan Harga RM29
Lobi Kuala Lumpur International Hotel

Untuk Tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi :-
Tel : 603 2697 8833 / 016 921 8833 (untuk tempahan)
Email: reservation@klitel.com.my


Post a Comment

4 Comments

boleh tahan rega tu,murah...npk sedap tu kerabu mangga..ulam-ulaman tu..wat terliur ja ni
Rafzan Tomomi said…
memang sedap! dah cuba. bertambah lagi hahahaa
Bro Framestone said…
Harga dan makanan dh ok... Tp waktu pulak tak ok he....23x

Boleh cuba if turun KL wktu tengahari ;)
Rafzan Tomomi said…
kan. kalau dinner ni mesti lagi okay hehe