Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Kepada mereka yang sedang mencari buffet masakan Melayu Tradisional dengan harga yang murah, inilah masanya untuk anda terjah Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) yang menawarkan buffet makan tengah hari dengan diskaun sehingga 50%. Momi berkesempatan merasai beberapa jenis masakan kampung yang memang sedap dan puas hati kalau anda makan. Menarik bukan?
Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) terletak di Lorong Haji Hussein 2 berhampiran dengan Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Makanan buffet di Top Pot Cafe, KLIH ini menyediakan menu asli masakan tradisional Malaysia dari 14 buah negeri di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, hotel ini merupakan hotel pertama di Malaysia menerima sijil Halal dari JAKIM.
Pelbagai juadah masakan kampung yang akan disajikan kepada anda yang pasti menepati selera pelanggan bermula jam 12.00 tengahari sehingga jam 3.00 petang. Untuk pengetahuan anda, KLIH sedang mengadakan promosi untuk buffet makan tengah hari dengan harga serendah RM29.00 / nett (harga asal RM58.00 / nett) bermula 7 Oktober sehingga hujung Disember 2016. Promosi ini SAH untuk LUNCH BUFFET dengan tempahan minimum 2 pax. Promosi ini juga tidak termasuk Hari Ahad & Cuti Umum. Rasa makanan dia? Jangan risau, memang sedap ya. Sangat berbaloi.
Alhamdulillah. Momi dapat merasa 3 jenis hidangan utama yang juga terdapat dalam buffet makan tengah hari iaitu Masak Lemak Udang Dan Daun Pegaga, Rendang Tok dan Kari Kambing yang memang sangat memukau. Antara hidangan yang dihidangkan kepada Momi, Momi suka dengan Rendang Tok tu, mungkin dah lama tak makan rendang kot (walaupun raya haji dah sebulan berlalu hehe.) Tak kurang juga hebatnya, Masak Lemak Udang Dan Daun Pegaga dan Kari Kambing sangat sedap dan mungkin bakal mencuri hati anda jika anda datang ke KLIH.
Promosi MAHA 2016
Haa yang ini menarik untuk anda, KLIH juga menyediakan promosi khas sempena dengan MAHA 2016 ini dimana tetamu yang tinggal dari tarikh 4-12 Disember 2016 akan dapat pakej yang sangat berbaloi seperti:-
Harga bilik RM474.00 bersih (4 hari 3 malam)
- Pakej Karaoke
- Buffet makan malam
- Sarapan pagi
- Wifi percuma
Untuk Tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi :-
Facebook : www.facebook.com/klihotel
Tel : 603 2697 8833 / 016 921 8833 (untuk tempahan)
Email: reservation@klitel.com.my
4 Comments
Boleh cuba if turun KL wktu tengahari ;)