Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Bila masuk bulan Oktober ni, mesti akan ada Night Of Fright di Sunway Lagoon. Tahun ini, sekali lagi kembali dengan Nights Of Fright 4. Korang mesti tak sabar punya nak masuk rumah hantu yang banyak dalam tu hehe. Apa yang bestnya Nights Of Fright 4 ni sampai Momi boleh berkawan dengan hantu-hantu dekat situ? hehe.
Bermula 7 Oktober 2016 hingga 31 Oktober 2016, Sunway Lagoon akan dipenuhi dengan kelibat-kelibat hantu dan zombie selepas jam 7.00 malam. Nights Of Fright 4 ini dibuka hanya pada Jumaat, Sabtu & Ahad sepanjang Oktober ini. Menariknya anda boleh berjumpa dengan pelbagai jenis hantu, zombie dan 'monster' berkeliaran di sekitar Sunway Lagoon tu.
Terdapat beberapa tarikan 'Rumah Hantu' yang menarik perhatian Momi. Antaranya ialah MALAYA HIGH-SCHOOL, CHAONEI No. 81, Ghosbusters Adventure Live, Zombie Apocalypse, KEVIL Hill dan beberapa lagi yang sangat seram. Disamping itu ada beberapa 'Scare Zone' yang anda bakal tempuhi seperti Ah Wing's Butcher Shop, Tanah Perkuburan Bukit Lang, The Clown , Zombie Walk dan banyak lagi. Selain itu terdapat 11 rides yang anda boleh main dalam ketakutan tu.
Menariknya anda dapat berjumpa dengan hantu-hantu yang berkeliaran di sekitar Sunway Lagoon. Mereka akan cuba menakutkan dan tiba-tiba menjerit ke arah anda hehe. Anda juga boleh ajak mereka bergambar bersama. Momi sempat berkawan dengan beberapa makhluk dalam 'Nights Of Fright 4' ni hehehehe.
Kembar Momi disini hahaa |
Menariknya anda dapat berjumpa dengan hantu-hantu yang berkeliaran di sekitar Sunway Lagoon. Mereka akan cuba menakutkan dan tiba-tiba menjerit ke arah anda hehe. Anda juga boleh ajak mereka bergambar bersama. Momi sempat berkawan dengan beberapa makhluk dalam 'Nights Of Fright 4' ni hehehehe.
Momi rasa bertuah sebab dapat mencuba masuk beberapa tarikan utama disini. Paling Momi suka ialah DIYU - The Journey To Judgement, dimana anda perlu berjalan memegang tali panjang bersama 7-8 orang bersama menempuhi perjalanan yang menyeramkan dan misteri itu. Memang sangat kecoh dan bising kami masuk dalam tu haha. Banyak lagi tarikan yang anda bakal lalui dengan penuh ketakutan dan jeritan. Berbaloi rasanya RM58 tu hehe. Jom tengok beberapa gambar yang sempat kami rakam semasa pengembaraan 'Nights Of Fright 4' Sunway Lagoon :
Lokasi Nights Of Fright 4
Taman Tema Sunway Lagoon
Tarikh
7 Oktober - 31 Oktober 2016
Waktu Beroperasi Nights Of Fright 4
7.30 malam - 11.30 malam
Hari Beroperasi Nights Of Fright 4
Jumaat - Ahad Sepanjang Bulan Oktober
Harga Tiket Nights Of Fright 4
- RM58 (Harga Biasa)
- RM50 (Harga Pelajar)
- RM120 (Pass masuk Sunway Lagoon berserta 1 tiket Night Of Fright 4)
- RM80 (2 tiket untuk kemasukan pada hari Ahad sahaja)
Untuk maklumat lanjut :
Tel : 03-5639 0000
Website : sunwaylagoon.com
Facebook : Sunway Lagoon Malaysia
Terima kasih Sunway Lagoon & Mawardi Yunus dari Projek Travel atas kesudian menjemput Momi ke 'Nights Of Fright 4' di Sunway Lagoon. Jom masuk dan rasai keseramannya, silap-silap boleh berkawan dengan hantu tu sap hehe. Tak sabar nak tunggu 'Nights Of Fright 5'tahun depan kalau ada haha.
4 Comments