Jom Bercuti Ke Taiwan


Jom Ke Taiwan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Siapa diantara anda yang pernah ke Taiwan? Wahh tahniah sebab dah berjaya sampai sana. Momi masih belum lagi sampai Taiwan tapi teringin juga nak kesana sebenarnya. Kenapa cerita pasal Taiwan pulak ni? haha. Jom sambung baca. 

Jom Bercuti Ke Taiwan

Untuk pengetahuan anda, jumlah pelancong luar negara yang mengunjungi Taiwanpada tahun 2015 telah mencecah sepuluh juta orang dan mencapai 1049.9 juta orang yang 43 jutaadalah pelancong dari Malaysia; Taiwan berada di kedudukan kelima bagi destinasi melancong dipilih oleh rakyat Malaysia. Taiwan telah berusaha untuk menawarkan persekitaran ‘Muslim friendly’yang menarik minat umat Islam untuk mengunjungi Taiwan dan jumlah pengunjung umat Islam semakin meningkat. 

Jom Bercuti Ke Taiwan

Beberapa tahun lepas, Taiwan telah berusaha untuk meneroka pasaran pelancongan muslim dengan menambah kemudahan surau dan tandas, malahan menggalakkan restoren untuk mendapatkan pengiktirafan halal supaya umat islam dapat melancong dengan selesa dan tak ragu-ragu.Pelancong Islam boleh menikmati masakan Taiwan yang pelbagai, masakan negara asing, masakan Cina atau snek-snek yang unik dan enak tanpa was-was.


Semasa hari pelancaran "Taiwan Tourism Promotion Event" , Chef Dato’ Fazley, juara Masterchef Selebriti Malaysia 2012 telah dijemput untuk berkongsi tentang sasaran lawatan di Taiwan yang sesuai untuk pelancong Islam. Semasa Chef Dato’ Fazley berkongsi tentang kisah beliau di Taiwan, buat Momi rasa nak kesana pulak haha. 

Jom Bercuti Ke Taiwan

Kalau dapat peluang ke Taiwan mesti Momi nak pergi jugak, 'jauh perjalanan luas pemandangan' katanya. Bila nak pergi tu tak tahu ahahaha. haaa tunggu apa lagi, jom ler ke Taiwan. :)


Post a Comment

2 Comments

Kaklong said…
Jom2 kita menabung utk ke Taiwan.. ^_^
ZAMRI said…
Teringin pulak nak pegi ke Taiwan. Harap suatu masa dapat pg ke sana untuk melancong.