Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Haa.. Syawal sudah pun berlalu, baru sempat nak update pasal hari raya lagi ni hehe. Baru-baru ini Momi bersama rakan Blogger menghadiri Majlis
Raya Bersama CIMB & Hassan Burger yang diadakan di
TAPAK Urban Street Dining, Kuala Lumpur pada 28 Julai yang lalu. Kalau korang nak tahu, Momi adalah tetamu pertama yang sampai okay haha. Tak sabar nak rasa Roti John Hassan Burger tu agaknya. Jom baca kisah selanjutnya. :)
Serba Sedikit Mengenai Hassan Burger
Pemilik Hassan Burger, Encik Razali Bin Hashim memulakan pernigaan burger pada tahun 1999 dengan nama 'Hassan Burger'. Hassan Burger sudah hampir 18 tahun dan semakin dikenali. Setiap tahun Hassan Burger akan buat jamuan raya untuk anak yatim . Menariknya siapa yang hadir semasa
Raya Bersama CIMB & Hassan Burger boleh belajar resepi Roti John tanpa bayaran.
Seawal 6.00 petang majlis bermula, semakin lama semakin ramai yang hadir memenuhi ruang Tapak Urban Street Dining tu. Majlis dimulakan dengan ucapan dari CIMB Malaysia dan seterusnya demo cara masak Roti John bersama Encik Razali. Selepas demo Roti John, semua tetamu diberi roti john secara percuma dan kupon untuk tebus beli air di Tapak Urban Street Dining.
Tetamu yang hadir boleh pilih sama ada nak Roti John Ayam atau Daging. Memandangkan geng blogger yang hadir adalah #TeamAyam, maka kami memilih Roti John Ayam . Rasa dia memang sedap dan awesome. Rasa nak tambah tapi biasalah segankan hahaha. In Shaa Allah nanti Momi nak singgah lagi gerai Hassan Burger yang terletak di Tapak Urban Street Dining. Siapa yang nak pergi Tapak Urban Street Dining ni dekat je, hanya 5 minit sahaja dari Avenue K , jalan kaki kejap je dah sampai dah hehe.
|
Gambar bersama Encik Razali, Pemilik Hassan Burger |
|
orang pertama sampai haha |
|
With Kak Ana & Is |
|
Sebelum bermula |
|
Perghh! Roti John |
|
Abang ni request masuk dalam blog . Bang dah masuk ni haha |
|
Pekerja Hassan Burger bertungkus lumus siapkan Roti John. |
|
Encik Razali sedang di interview. |
|
sedapnyaa |
|
ber-sparkling bagai haha |
|
Kak Iena & Diela tak sampai lagi, kita ngap dulu hehe |
|
Coconut Shake from #ShakeThatCoco |
|
steady Encik Razali, steady :) |
|
wahh bukan main semuanya. macam majalah dah haha |
|
wefie dari angle atas haha |
|
haaa dalam gelap pon jadi ler hahaha |
|
Aly, Erin, Momi, Kak Ana, Is tak sabar nak makan dah tu hehe |
|
Wefie depan #ShakeThatCoco haha |
Macam biasa geng blogger tak tinggal dengan sesi bergambar. Rasanya memang banyak bergambar bersama-sama. Haa.. sempat jugak kitorang bergambar dengan Encik Razali. Terima kasih CIMB Malaysia & Hassan Burger atas kesudian menjemput Momi melaui Facebook untuk majlis Raya ini. Terima kasih juga kepada rakan blogger Kak
Iena Eliena,
Iskandar,
Diela Sys, Erin Nj,
Aly Jay & Kak Ana kerana sama-sama hadir. Eh macam majlis kite pulak haha. Ada masa kelapangan, singsah-singgah dekat Tapak Urban Street Dining ya. :)
|
Gambar Roti John yang sedap tu hehe. |
Alamat :
Tapak Urban Street Dining
Off Jalan Ampang,
Kuala Lumpur.
Waze / Google Maps : Tapak Urban Street Dining
2 Comments