Cara Guna Instagram Stories

Cara Guna Instagram Stories

Cara Guna Instagram Stories | Assalamualaikum & Salam Sejahtera gais. Kalau siapa ada perasan, Instagram memperkenalkan fungsi terbaru dalam aplikasinya yang dipanggil "Instagram Stories". Fungsi baru ini diperkenalkan beberapa hari lalu. Pertama kali Momi cuba rasa macam apps Snapchat lah pulak, sure ramai yang akan samakan fungsi tersebut dengan Snapchat. Instagram Snapchat? haha

Bukan sahaja boleh buat update dalam bentuk gambar malah dalam bentuk video jugak. Lepas tangkap gambar or rekod video, anda boleh conteng diatasnya atau tambah text pada gambar. Menariknya fungsi Instagram Stories ini, apa yang anda update hanya akan bertahan 24 jam sahaja. Selepas 24 jam gambar/video yang anda update akan hilang secara automatik.  Berkaitan privasi pula, anda boleh sorokkan 'stories' anda tu dekat orang yang anda tak berapa gemar hehe. Sekiranya akaun private, hanya follower anda sahaja yang dapat tengok, manakala yang buat profile 'public', boleh dilihat oleh semua.

Tahun 2017 banyak berlaku perubahan pada aplikasi Instagram, termasuklah pada bahagian Stories. Pada 8 Disember 2017, Momi telah ubaisuai semula cara penggunaan Instagram Stories yang baru, jadi anda boleh lihat yang mana-mana tertinggal. Untuk tahun 2018 pula, Instagram telah menambah baik Instagram Stories dengan menambah pelbagai ciri baru seperti 'Type', 'Gif', 'Focus', 'Votes', 'Rate' dan beberapa filter yang baharu.

Perhatian tips ini sedang diubahsuai. Akan diupdate dari masa ke semasa. 

Cara Mengunakan Instagram Stories

01 - Sentuh pada butang 'kamera' (seperti gambar dibawah) untuk ke Instagram Stories.

Cara Guna Instagram Stories

02 - Selepas tap, anda akan lihat paparan seperti gambar di bawah dan ada beberapa fungsi yang menarik untuk anda cuba seperti "LIVE", "NORMAL", "BOOMERANG", "SUPERZOOM", "REWIND" dan "HANDS-FREE".

Cara Guna Instagram Stories

Momi nak terangkan apa kegunaan fungsi-fungsi yang disediakan dekat Instagram Stories ni :

"Live" - Semua orang dah pandai guna Live kan? hehe.
- "Normal" - Untuk gambar hanya anda perlu sentuh sekali sahaja pada butang capture (berbentuk bulat), manakala untuk video anda perlu sentuh lebih lama untuk rekod.
"Boomerang" - Dengan sentuh sekali sahaja butang capture (berbentuk bulat), video akan direkod dan haslilnya akan berulang-ulang.
- "Superzoom" - Dengan sentuh sekali sahaja butang capture (berbentuk bulat), video akan direkod secara zoom lebih dekat dengan bunyi yang disetkan untuk fungsi ini.
- "Rewind" - Dengan sentuh sekali sahaja butang capture (berbentuk bulat), video akan direkod seperti biasa dan hasilnya segala yang direkod akan berpatah semula kepada yang asal.
- "Hands-Free" - Dengan sentuh sekali sahaja butang capture (berbentuk bulat), video akan direkod tanpa anda perlu sentuh lama seperti fungsi "Normal".

Update pada 27 Jun 2018
- "Text" - Anda boleh memilih 'font' pilihan anda bersama pilihan warna pada background kemudian edit seperti biasa. Memudahkan anda untuk kemaskini Stories dalam bentuk teks.
- "Focus" - Feature baru ini membolehkan anda tangkap gambar dengan memfokuskan objek utama dan blur-kan pada background. Sama seperti menggunakan 'bokeh' pada smartphone terkini.

Lima butang diatasnya pula adalah :

1 - "Petak" - Anda boleh masukkan gambar atau video yang anda tangkap dari kamera atau aplikasi lain dan anda boleh edit dekat Instagram Stories. Terdahulunya hanya dibenarkan gambar / video dalam masa 24 jam, kini anda boleh upload gambar dua tiga hari yang lalu di Instagram Stories.
2 - "Kilat" - Untuk menghidupkan dan mematikan 'flash' jika perlu.
3 - "Capture" - Butang bulat untuk anda tangkap gambar atau merakam video.
4 - "Pertukaran Kamera" - Butang ini membolehkan anda menukar jika anda ingin mengunakan kamera bahagian hadapan atau kamera utama.
5 - "Filter"- Anda boleh tangkap gambar menggunakan beberapa filter yang menarik.

03 Anda boleh memilih sama ada untuk tangkap gambar / video, atau upload gambar / video yang lama. Selepas itu, anda akan nampak empat butang diatas untuk editing seperti gambar dibawah. Untuk pengetahuan anda, empat butang tersebut berfungsi untuk :

Cara Guna Instagram Stories

- "Pautan" (Link) - Terhad kepada pengguna akaun business, anda boleh meletakkan URL dan apabila followers anda 'Swipe' ke atas.
- "Pelekat" (Sticker) - Anda boleh meletakkan seberapa banyak jenis pelekat yang anda mahu dalam gambar / video. Emoji juga disediakan.
- "Grafitti" - Fungsi ini membolehkan anda melukis dan menulis menggunakan sentuhan jari anda. Anda boleh ubah saiz berus, jenis berus dan warna mengikut kehendak anda.
- "Tulisan" (Text) - Fungsi ini membolehkan anda untuk memilih warna dan saiz tulisan.

04 Jika anda ingin keluar atau cancel, anda boleh tekan pada butang hanya tekan butang "Cancel" yang dalam bentuk "X" (Pangkah). Jika anda nak menyimpan gambar/video yang dah edit , anda tekan butang "Save". Untuk memat naik ke 'Stories' anda, hanya tekan butang "+" sahaja atau anda boleh pilih untuk dihantar secara personal ke akaun Instagram yang terpilih melalui butang "Send to".

05 - Selepas selesai memuat naik, anda boleh lihat Insta Stories anda pada bahagian atas aplikasi Instagram anda, atau anda perlu ke 'profile' anda dan tekan pada 'profile picture' anda. Anda boleh melihat siapa yang melihat stories anda dengan hanya slide ke atas, dan akan keluar paparan seperti dibawah :

Cara Guna Instagram Stories

- "Statistik" - Terhad kepada pengguna 'Business', ia memaparkan Impressions, Viewers dan Replies terhadap Instagram Stories anda.
"Lihat" (Mata) - Account Instagram yang melihat Stories anda.
- "Menyimpan Video" (Anak panah kebawah) - Lepas upload, anda boleh muat turun video yang diupload.

"Buang" (Tong Sampah) - Jika anda ingin buang Stories, hanya tekan butang tersebut.

Update pada 27 Jun 2018
"Muat Naik Ke Instagram" (Anak Panah Ke Atas) - Kalau anda rasa best pulak Stories ini, anda boleh terus upload dekat Instagram. Namun feature ini telah ditukar dan kini bersama Instagram Stories anda.
- "Facebook Share" - Anda boleh terus share ke Stories Facebook anda.

Stories Untuk 'Close Friends'
Update on 27 Jun 2018

akan diupdate kemudian.

Bagi Momi menarik jugaklah fungsi baru ni. Apa kata siapa yang apa akaun Instagram tu boleh cuba sekarang hehe. :) More info atau sebarang pertanyaan boleh tengok dekat page Help Instagram. Selamat mencuba gais :) 


Post a Comment

17 Comments

Mrs. A said…
Okay!
Nak pi tengoklah
Bahrain said…
Tak guna lagi yg terbaru ni..
Rafzan Tomomi said…
sila sila. kena cuba sekarang :)
Rafzan Tomomi said…
hehe kena cuba :)
Natrah Mohamed said…
Terima kasih. Sangat bermanfaat 👍👍👍
Unknown said…
Boleh ke kalau nak tengok orang ss story kite ?
Unknown said…
Macam mane nak tengok kalau org ss story kite ?
Aisha said…
Bole tahu tak apa masalahnya setiap kali nak buat video dia suruh retry je n failed 😭
Rafzan Tomomi said…
mungkin line problem atau phone rasanya.
Rafzan Tomomi said…
yang screenshot ni tak pasti lagi.
Anonymous said…
macam mana nak buat banyak gambar dalam satu story tuuu 🤔
Rafzan Tomomi said…
so far, saya rasa boleh update satu je gambar. kecuali kalau ada nampak mana-mana pengguna yang update mcmtu, maybe dia edit dulu kolaj kot, lepas tu upload.
Sobri Mansor said…
Aishhhhh budak snapchat.....
siti hazreen said…
thanks for the info!
Anonymous said…
Macam mana nak buang live kat ig tu? 😂
munaizah said…
Macam mana nak buat pautan link