Makan-Makan Raya Bersama U Mobile

Makan-Makan Raya Bersama U Mobile

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. 16 Julai yang lalu, Momi berkesempatan menghadirkan diri ke majlis Makan-Makan Raya bersama U Mobile. Makan-Makan Raya ini telah dihoskan oleh U Mobile & KetchUp, memberi peluang kepada blogger merasai makanan istimewa dan hidangan terbaru dari beberapa jenama yang popular seperti Sangkaya, Fish & Co, Sweet Hut, Caffe Bene & Yoshinoya & Hanamaru.

Makan-Makan Raya Bersama U Mobile

Kempen Makan-Makan Raya Dengan Aplikasi MyUMobile
Korang tahu tak yang U-Mobile sedang buat kempen 'special' yang dipanggil "Makan-Makan Raya" yang memberi peluang kepada pelanggannya menikmati diskaun istimewa dari 6 produk F&B termasuk Caffe Bene, Fish & Co, Yoshinoya & Hanamaru, Sangkaya & Sweet Hut melalui aplikasi 'MyUMobile'. Kempen ini bermula dari 1 Julai 2016 sehingga 31 Julai 2016. (Ada masa lagi ni hehe..).

Muat Turun Dari Google Play (Android)
Muat Turun Dari Apps Store (Ios)

Makan-Makan Raya Bersama U Mobile
Langkah-langkah Menikmati Diskaun Makan-Makan Raya
Berita best untuk kepada mereka yang menggunakan aplikasi MyUMobile, jika korang tambah nilai atau bayar bil minimum RM50 melalui aplikasi MyUMobile, selain menikmati diskaun Makan-Makan Raya, korang juga berpeluang memenangi percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Pinang. Wahh menarik tu. Tunggu apa lagi. Cepat-cepat install aplikasi 'MyUMobile'
  
Juling mata tengok aiskrim haha

Haa itulah serba sedikit mengenai Kempen Makan-Makan Raya tu. Sebenarnya majlis ini berlangsung selama 2 hari tapi Momi sempat pergi hari pertama je. 3 produk F&B yang Momi pergi pada hari pertama ialah Sangkaya, Jalan Alor , Fish & Co, Pavilion dan Sweet Hut, Kuchai Lama. Seperti biasa majlis ini Momi pergi dengan Kak Iena Eliena , terima kasih kak bawak saya haha. Tak sabar nak tunjuk kat korang apa yang Momi makan ni .

Makan-Makan Raya Bersama U Mobile Sangkaya
Super Delicious Ice Cream :D
  
#1 Sangkaya
Destinasi pertama Momi ke Sangkaya, Jalan Alor (berdekatan dengan Time Square & Bukit Bintang) yang merupakan kedai pertama aiskrim kelapa yang disukai ramai itu. Momi selalu jugak makan aiskrim kelapa Sangkaya yang penuh dengan rasa kelapa. Momi agak kalau yang pernah atau belum pernah cuba, dah cuba sekali mesti nak lagi punya hehe. Menariknya Sangkaya ni sangat fresh dan menyegarkan tekak anda.

Makan-Makan Raya Bersama U Mobile Sangkaya
Durian Chendol dari Sangkaya.

Momi diberi peluang untuk cuba signature Sangkaya, yang ada 4 Scoop aiskrim (RM10.90) didalam tempurung kepala yang ada isi kelapa di dalamnya. Pertama kali cuba perisa lain selain kelapa macam Green Tea, Teh Tarik & Coklat. Semua memang sedappp. hee. Satu lagi yang menarik ialah Momi dapat merasa hidangan limited yang super sedap , Durian Chendol (RM13.50). Memang dah lama mengidam nak makan Durian dan akhirnya dapat rasa di Sangkaya. Serius sedap sampai habis Momi kerjakan hehe. Tapi Durian Chendol ini hanya boleh didapati di Sangkaya Jalan Alor sahaja dan sementara stok masih ada. Cepat-cepat datang sini kalau nak cuba. hehe

Kak Lily, Momi , Kak Iena
#2 Fish & Co
Seterusnyaa Momi dan rakan blogger ke Fish & Co pulak dekat Pavilion.  Kalau sebelum dapat rasa aiskrim, kali kita 'lunch' pula dekat Fish & Co. Momi belum pernah pergi lagi Fish & Co, selalunya lalu jeling-jeling je haha. Serius sedikit nervous nampak makanan atas meja tu, Momi tak kuat haha.

Signature Fish & Co.

Menariknya Fish & Co menghidangkan makanan yang berasaskan ikan. Memang best. Paling seronok dapat peluang merasa Fish & Chips (RM21.95), yang merupakan hidangan utama di Fish & Co. Memang kenyang ya gais. Momi suka dengan kesegaran rasa Fish & Chips, rasa nak tambah tapi malu hahaha.

Juling mata tengok soup woi

Sebelum tu kami dihidangkan dengan 'Soup of the day' yang bila korang makan, mesti sampai habis punya hehe. 'Soup of the day' korang kena tanya, soup apa yang ada pada hari tersebut sebab sup tu selalu berubah. Bukan tu je, depan mata ada 'Starter Platter' (RM22.95) yang ada udang, ikan, sotong dan kentang dalam tu. Memang Momi sorang je habiskan rasanya haha.

ice cream! ice cream!

#3 Sweet Hut
Lokasi ketiga ni agak mencabar jugak perjalanan dia hehe. Tapi Alhamdulillah sampai jugak dekat Sweet Hut, Kuchai Lama. Sweet Hut atau Momi yang gelarkan dia "House of Dessert" ni, menghidangkan pelbagai pencuci mulut yang manis lagi lazat. Disebabkan terlalu teruja melihat aiskrim dan pudding yang comel-comel tu, tak ingat beberapa nama hidangan. Memang sangat banyak. Puas makan gais haha.

seronoknya muka tu haha

Paling teruja nak rasa Durian Snow Ice yang rasa Durian dia memang sangat awesome! Tah berapa sudu tak Momi makan pon tak pasti, sebab terlalu sedap hehe.

Durian Snow Ice 

Lepas tu ada satu lagi, 'Coconut Pudding With Caramel Pudding', yang ni pon sedap jugak. Dua dessert yang Momi sebut tu, dessert yang selalu orang order kalau datang Sweet Hut tu. :)

Coconut Pudding With Caramel Pudding

Seronok sangat Makan-Makan Raya, bukan saja dapat makan tapi dapat berkenalan dengan beberapa blogger yang berbangsa cina. Mereka sangat peramah tau. hehe Harap kita dapat jumpa lagi dimasa akan datang ya. Okaylah Momi nak share dengan korang beberapa moment sepanjang majlis berlangsung.  :

Meet Aunty Lily :D
Makan-Makan Raya Bersama U Mobile Sangkaya


Makan-Makan Raya Bersama U Mobile Sangkaya







Makan-Makan Raya Bersama U Mobile Fish & Co
Momi with KetchUp

Alaa dah habis ke? Sepatutnya ada lagi 2 tempat pada hari Ahad tapi Momi tak sempat nak pergi. Walaubagaimanapun, Momi yang ucap terima kasih kepada U Mobile & Ketchup sebab beri peluang Momi merasai makanan-makanan yang lazat. Memang beraya sungguh Momi kali ni. Haa.. pengguna U Mobile jangan lupa muat turun aplikasi 'MyUMobile' . Sampai 31 Julai ni je tau. :)

Post a Comment

2 Comments

Nadia Johari said…
sedapnya aiskrim tu
Rafzan Tomomi said…
sedap sedap sedap hehe