Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Belum beli baju raya? kuih raya? Waktu-waktu macamni memang sesuai dah nak cari baju raya ni. Apa kata korang singgah dekat Karnival 7 Likor yang sedang berlangsung dari 24 Jun 2016 sehingga 2 Julai 2016. Dekat mana Karnival 7 Likor ini diadakan? haa.. Karnival 7 Likor ini diadakan di Dewan Agora Rembau, Negeri Sembilan bermula 11 Pagi sehingga 2 Pagi.
Sedikit info mengenai EXPO Halal SME 500 2016, EXPO Halal SME 500 dibawah Program Pembangunan Vendor SME telah dilancarkan pada 27 Mei 2016 bersempena expo pertama dari Expo Halal SME 500 di Negeri Sembilan. Tujuan Expo ini adalah untuk mempromosi, memasar dan memperkenalkan produk SME tempatan di peringkat domestik dan seterusnya ke peringkat Global agar dapat meletakkan Malaysia sebagai salah satu daripada halal "global player".
Program ini adalah atas tiket kerjasama persefahaman perniagaan dua hala antara Malaysia dan Republik Rakyat Cina menerusi majlis menandatangani Perjanjian antara Halal Retail Asia dengan MAHIE2 Alliance Group (China) untuk memasarkan 500 produk SME tempatan ke Negara China dan Timur Tengah. Inisiatif ini membuka ruang perniagaan yang sangat luas kepada para pengusaha SME untuk memasarkan produk mereka ke 7000 rangkaian pengedaran di seluruh Cina dengan termeterainya perjanjian kerjasama diantara Halal Retail Asia dan Mahiez Alliance Group .
Lanjutan dari perjanjian kerjasama ini, Halal Retail Asia akan membuat siri Roadshow bergerak ke 15 lokasi ke seluruh Malaysia bagi mengenalpasti 500 produk halal terbaik Malaysia melalyui penyertaan dari Vendor SME seluruh Malaysia
Untuk maklumat lanjut , sila rujuk : www.halalretail.asia
Tunggu apa lagi, cepat-cepat datang ke Dewan Agora Rembau, Negeri Sembilan sebab harga yang ditawarkan memang murah . Bawak duit lebih takut rambang mata nak beli semua hehe. Siapa mengidam nak makan lemang awal, cepat-cepat datang Karnival 7 Likor sebab takut habis haha. Sampai 2 Julai ni sahaja gais. Shopping la ekau sampai pagi yo!
3 Comments