Eh Dah Puasa?

Poster Salam Ramadan 1437H

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Syukur Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat berjumpa dengan bulan Ramadan ni. Hari ini, Isnin 6 Jun 2016 bersamaan 1 Ramadan 1437H. Dah masuk bulan puasa ye. Momi nak mengucapkan Selamat Berpuasa ye kepada mereka yang berpuasa. Jangan lupa niat puasa tau. hehe. 

Bangun sahur adalah benda paling susah untuk Momi bila mula-mula puasa ni. Konfem ngeliat sana-sini punya haha. Untuk pengetahuan korang, Momi nak cuba makan oat dan susu sepanjang sahur tahun ni , ada pernah tengok artikel yang makan Oat ni tahan lama. Ye ke? Kita tunggu seminggu, tengok cane haha.

Bulan puasa ni konfem lah ada orang yang upload gambar makanan sana sini. Kalau korang sejenis tak kuat, sila jangan bukak Facebook, Twitter, Instagram dan media sosial berkaitan yer haha. Menariknya bulan puasa ni, petang-petang balik kerja mesti akan singgah Bazaar Ramadan punya. Memandangkan hari ni hari pertama, nebes nak tahu apa ada jual dekat Bazaar tu hehe.

Bulan Ramadan ni so far dah ada beberapa jemputan Iftar. Yang ni belum campur dengan kawan-kawan dan Iftar lain. Macam last year memang mostly ada dekat rumah je. Semoga cik Esah dirumah bersabar ya huhu. 

Okaylah sampai disini dulu bebelan Momi ni. Korang mesti teruja kan Ramadan ni. Sekali lagi Selamat berpuasa ye kawan-kawan, followers, readers. Jaga diri, jaga mulut, jaga mata, jaga telinga dan jagalah apa-apa yang nak dijaga tu. Jangan lupa niat puasa tu hehe. Assalamualaikum. :)

Post a Comment

8 Comments

Izzati Suhaide said…
selamat berpuasa momi..hehe
Rafzan Tomomi said…
selamat berpuasa juga. hehe
Rafzan Tomomi said…
salam ramadan hanis :)
Mawardi yunus said…
selamat berpuasa
Rafzan Tomomi said…
Selamat berpuasa awaa :)
UNA said…
Mantaaap... sahur oat sahaja. Ifthar-nya bagaimana? Makan banyak? :P
Rafzan Tomomi said…
kamu seperti tahu aja. hahaha
sahurnya oat sama milo.
iftarnya........ tak boleh kawal lagi :p