Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Nak berbuka puasa dekat mana eh? Banyaknya bufet Ramadan tapi tak tahu nak pilih yang mana? haaa.. Apa kata kalau korang terjah ke Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur untuk berbuka puasa nanti. Harga yang ditawarkan kepada pelanggan sangat berpatutan.
Meh cerita serba sedikit pasal Felda D'Saji ni. Felda D'Saji Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik koperasi Permodalan FELDA dan FELDA telah menganjurkan Bufet Ramadan sejak tahun 2008 lagi. Untuk tahun 2016 ni, D'Saji menawarkan beberapa tempat yang terkemuka di Lembah Klang untuk Bufet Ramadan kepada pelanggan berbanding sebelumnya.
Momi berkesempatan merasai beberapa hidangan untuk berbuka puasa. Serius ya, tak tahu nak pilih yang mana satu sebab semuanya nampak sedap-sedap. Dari hidangan utama sampailah ke pencuci mulut, memang rambang mata nak makan yang mana nih haha. Menu yang ditawarkan memang sangat banyak okay, termasuk masakan melayu, masakan timur tengah, steamboat dan bermacam-macam lagi.
Pada tahun 2016, D'Saji menawarkan 5 lokasi berbuka puasa harian yang boleh ditempah secara berkumpulan atau individu yang dilengkapi dengan pelbagai juadah istimewa. Dimana setiap lokasi menawarkan pilihan bufet yang berlainan dan bermula dengan harga RM45.00 per pax. Berikut adalah lokasi-lokasi tersebut :
1. Dewan Perdana Felda , Jalan Semarak.
2. Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa , Tasik Titiwangsa
3. Restoran Felda Villa , Jalan Maktab.
4. Asmara Penchala ,Kg. Sg. Penchala
5. Kajang Perdana Avenue, Kajang.
Kepada sesiapa yang inginkan privasi atau majlis tertutup , tempat tersebut menawarkan 6 lokasi serta ditawarkan untuk majlis korporat bermula dengan harga RM 75.00 per pax. Berikut adalah lokasi-lokasi tersebut :
1. Dewan Merak Kayangan , Jlan Gurney
2. Dewan Besar Tun Rahah , Jalan Bukit Bintang
3. Casa Heliconia , Jalan Maktab
4. Dewan Rafflessia , Tasik Titiwangsa
5 Dewan Bankuet Menara Felda , Persiaran KLCC
6. Orchard Villa, Batu 10 1/2 Gombak.
Antara harga yang ditawarkan adalah :-
1. Dewan Perdana Felda , Jalan Semarak (RM96.00 nett)
2. Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa (RM125.00+)
3. Restoran Felda Villa , Jalan Maktab (RM90.00 +)
4. Asmara Penchala , Kg Sg Penchala (RM69.00 nett)
5. Kajang Perdana Avenue , Kajang (RM45.00 nett)
Haaa... tunggu apa lagi, cepat-cepat book untuk berbuka puasa nanti. Korang konfem makan sampai tak larat nak bangun punya haha. Okay sekarang Momi nak tunjuk antara hidangan yang menarik untuk korang tengok dan telan air liur hehe.
Wahh Momi tengok balik gambar ni pon dah rasa nak repeat lagi hehe. Terima kasih kepada D'saji dan Projek Travel atas jemputan ke Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur . Makanan semua memang best dan puas hati. Korang tu nak tunggu apa lagi, book jangan tak book ya hehe.
Untuk maklumat lanjut :
Tel : 03 2698 8302
Email : salesdsaji@felda.net.my
Facebook : FeldaDsaji
Bufet Ramadan 2016 | Bufet Ramadan Terbaik Di Kuala Lumpur | Bufet Ramadan Di Kuala Lumpur | Bufet Ramadan Pilihan 2016
0 Comments