6 Sebab Mengapa Orang Follow Instagram Anda?


Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Sekali lagi saya nak share #MomiTips yang tak berapa nak tips ni. Memandangkan topik Instagram ni antara yang popular dekat blog Momi, jadi Momi tetiba rasa nak menaip pasal "Mengapa Orang Follow Instagram Anda?". Pernah terfikir tak ape pasal tetiba ramai orang follow ni? Haa berikut adalah kemungkinan yang terjadi pada diri anda. Harap salah satunya lah :p

01 Sanak Saudara & Sahabat Handai
Yaaa.. Sudah semestinya golongan ini akan follow anda dekat Instagram tu. Kalau tak kenal, kenapa tetiba nak follow kan? haha. Kepada mereka yang tak selasa bila keluarga atau saudara mara nak follow tu, silalah guna id yang sukar untuk dicari oleh mereka haha. Kalau kawan-kawan tak kisah sangat, boleh 'nego' haha.  

02 Cantik / Handsome
Ini bonus bagi anda yang terlalu cantik dan kacak. Apa je yang anda post dekat Instagram tu mesti mendapat tumpuan dan likes yang banyak. Lagi-lagi gambar 'selfie' anda. Bila followers nak tengok atau nak tahu perkembangan anda, konfem ler diorang follow hehe. Bila dah ramai followers, siap sedialah dengan haters, peminat dalam diam dan banyak lagi. Paling penting jangan sombong haha. 

03 Gambar Yang Memukau Serta Meragut Jiwa
Ada followers yang suka scroll Instagram nak cari sesuatu yang indah untuk mata mereka. Macam gambar pemandangan, makanan, gambar gadis/jejaka (eh? haha) dan sebagainya. Kalau gambar dalam Instagram anda sangat kreatif, hipster dan menarik, jangan pelik kenapa ramai follow Instagram tu, silap-silap boleh cecah puluhan ribu okay. hehe.  

04 Likers Sejati
Anda seorang kaki like sejati? Tak kira berapa banyak post yang lalu anda akan terus like dan like (walaupun gambar masih 'loading') hehe. Kaki like seperti anda memang sangat diperlukan oleh followers. Seronoknya likers ni, orang akan balas balik 'like' dan mereka akan follow anda juga. Maka bertambahlah bilangan followers tu hehe.  

05 Retis Popular
Gais jika anda seorang artis, tak perlu risau lagi sebab pengikut atau fans anda konfem akan cari akaun Instagram anda tu. Tak payah pening-pening nak like, nak follow unfollow semua tu. Just rileks dan tenang. Tu pon kalau anda bergelar 'retis' yer haha.

06 Bajet Hot!
Golongan ini memang ada tapi tak boleh pandang dengan mata kasar. Cara dia sangat halus je. haha. Golongan ini memang banyak gilers followers dia tapi hasil follow unfollow ler. Caranya kurang baik tapi bilangan followers boleh mencecah puluhan ribu kalau mereka bijak haha. Tapi sebaiknya followlah secara cermat haha. Hah, tengok kak eton nak cakap sesuatu kat mereka yang bajet hot tu. haha : 


Actually ada banyak sebab lagi tapi ni je la yang terlintas masa update entri ini. Kalau korang ada sebab lain, boleh share di ruangan komen tau. Maaf jika ada terkasar bahasa. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk baca hehe. 

Post a Comment

3 Comments

Nisa Ahmad said…
Di antara no 2 atau 4. Hahahaa. Sebenarnya, x kisah sgt follow memollow ni. Be friend dgn semua. Humble je kan. Salam ramadan momi ;)
Eintan Nurfuzie said…
hahahhaa... x dpt jawap
Najihahlucky7 said…
Satu lagi,sebab nak jual barang