5 Cara Berbaik Dengan Bekas Kekasih

Cara Berbaik Dengan Bekas Kekasih

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Ada orang request nak tips macam mana nak pujuk bekas teman wanita dia. Sebenarnya Momi takdelah pakar dalam bidang ini, tapi ikut logiknya mungkin tips ni membantu mereka untuk bersatu semula. Kita hanya merancang je kan haha. Ye la, kadang-kadang rindu pulak zaman bercinta tu. haa. Jom baca Cara Berbaik Dengan Bekas Kekasih  :

Buang Ego
Ini paling penting! Dengan membuang 'ego' setinggi gunung itu, mesti anda boleh guna tips-tips yang seterusnya. Kalau betul-betul nak berbaik, jangan sibuk nak ungkit salah dia dan rasa diri anda sahaja yang betul ya. Kena kaji balik apa masalah utama masa anda putus dulu hehe.

Tersalah Hantar Mesej
Cara ini agak 'cliche' tapi kadang-kadang berkesan dan ikut nasib. Anda boleh cuba buat seperti tersalah hantar mesej, contohnya nak hantar dengan kawan tapi terhantar dekat bekas kekasih anda. Cara ini rasanya macam susah sikit, mungkin ambil masa yang lama untuk si dia balas mesej anda tu hehe. Kalau dia balas tu kira rezeki anda lah haha.

Buat-buat Ajak Borak
Lebih kurang macam tersalah hantar mesej tapi anda mungkin boleh terus tanya dekat bekas kekasih anda dengan soalan isu semasa seperti kenaikan harga petrol, apakah kebaikan GST kepada negara dan sebagainya. Kalau dia balas, dia memang seorang bekas kekasih yang awesome! haha. Mana tahu perbualan tersebut buat korang jadi baik semula ke?

Mengimbau Kenangan Yang Manis Sahaja!
Ini penting untuk proses berbaik. Elakkan berbincang mengenai punca anda putus dengan bekas kekasih anda. Kalau boleh throwback benda-benda yang baik dan kelakar macam jatuh longkang ke, bercanda ditaman bunga ke atau sebagainya.

Bagi Hadiah Sebagai Tanda Maaf
Jika anda seorang yang bermurah hati, why not memohon maaf dengan memberi hadiah yang buat mereka lembut hati, seperti pakej percutian, sepasu bunga, sebundle coklat, RIM kereta, Ekzos Motor dan sebagainya. Tapi sebaiknya belilah ikut kemampuan ya. Ala gula-gula Hacks pon jadilah, kata kat dia "bersyukur sikit". hehe.

kalau semua perkara diatas tak berjaya, maka....

Move On Jelah!
Jangan bersedih sebab anda ada satu lagi cara iaitu dengan cara 'move on'. Orang dah tak sudi apa boleh buat. Korang boleh lah nyanyi lagu "melepaskanmu bukan mudah untuk ku melalui semua ini" atau " sayanggggg~ aku kau lupa, aku kau luka~". :p

Cara Berbaik Dengan Bekas Kekasih

Haaa,, begitulah cara nak berbaik dengan bekas kekasih anda. Tips ini seeloknya digunakan oleh mereka yang dah putus lebih 5-6 bulan ke atas, mungkin marah tu dah reda sikit. Ada yang boleh pakai, ada yang tak boleh pakai. Sila fikir betul betul haha. Sebenarnya banyak lagi cara untuk anda berbaik dengan bekas kekasih ni, cuma ikut keadaan lah. Semoga tips ni berguna bagi mereka yang nak berbaik dengan bekas kekasih. Kalau dia tak nak sambung balik, at least tak salah kan jadi kawan?

Post a Comment

30 Comments

Ain Athirah said…
Lol perlu ke nak berbaik hahahahahhaha . Kalau ain emm takyah ah buat apa nak berbaik. Kalau nak berbaik masa putus dah berbaik dah. Hehe
Pojiegraphy said…
Okay, I should practise this. Tapi, kalau dah tak sudi... nak buat macam mana kan? Eh! Hahahaha. Anyway, cantik header. Thumbs up!
Mawardi yunus said…
kalau terlanjur macamana awak? eh eh kbai
Rafzan Tomomi said…
hahahahahaa... :D
Rafzan Tomomi said…
betul tu. kalau dia tak sudi, bawalah I travel kemana saja. eh hahahaa
tq :D
Rafzan Tomomi said…
amboiii jauhnyaaa menyimpang hahahaa.
tak baiklah hahaha
mrhanafi said…
Yang pergi biarlah pergi..ramai lagi yang terbaik tengah tunggu tu
Anonymous said…
bila kita nak Berbaik lakk ? Mr. T
ariff isa said…
Mmg bekas kekasih takkan dapat berbaik buat selamanya,dia minta putus dgn saya,sdgkn baru 5 bulan 18 hubungan kami,dia kt sy tak buat salah tp dia minta putus,jd mangsa pulak."she dumped me,she hates me forever"
Rafzan Tomomi said…
hhehehe. goodluck :D
Rafzan Tomomi said…
wow mizterieussssz nya nama tu,
Mr. T bagai haha
Rafzan Tomomi said…
:'(
semoga awak kuat
Kekzamanis said…
Akak baik je dgn ex2 akak dulu.. Hehe.. Sampai sekarang still berkawan baik.. Yang penting kena terima bahawa kita tiada jodoh dgn dia.. And kedua2 pihak kena berlapang dada terima ketentuan tu.. Perkara yg lama tak perlu diungkit.. Move on & make peace with others.. In Shaa Allah, boleh jadi kawan baik macam weols.. Hehe..
Rafzan Tomomi said…
hehehe. good for you kak. betul, tak semua boleh berbaik macamtu je kan hehe. :)
Unknown said…
Saya baik semula dengan ex saya tapi kawan2 saya plak yg marahkan saya sebab dengan apa yg ex saya dah buat kepada saya . Bukan niat nak bercinta kembali tapi memaafkan membuat hidup saya lebih tenang . Sekarang dilemma antara kawan dan ex saya .
Rafzan Tomomi said…
ohh .. hm. kalau macamtu, kawan dengan ex macam biasa je, tapi jangan lupakan kawan yang lain tau. :)
Anonymous said…
Kalau dah hampir dua tahun putus, tetiba saya pernah mimpi dia dan serba salah sebab byk buat silap dekat dia, try call dah takda dalam perkhidmatan. Ada tips lain tak?
Rafzan Tomomi said…
Sama ada awak cuba cari balik atau awak move on sahaja. Mungkin boleh google nama dia. Cuba ya :)
Anonymous said…
Saya da putus dgn ex selama 10bln.. Disebabkan sy rindu dia.. Saya try call dia.. Dia x jwb call sy tp lps tu dia wassup sy.. Alahmdulillah.. Kami berbual kosong.. Tanya perkembangan masing masing.. Skrg ni sy x tau samada sy perlu call dia lg atau tunggu dye call saya plak.. Please advise 😊
KasutLama said…
Jiwa semakin bergetar getar ni nak try tips2 ni
Unknown said…
ex saya..
5 thun kenal tp still contact each other..sbb die ni dulu skelas je ngn saya mse zmn skolah jd kmi ade group whatsapp member rpt tau..tup2 die ade..nak tanak dorang kene lyn ah yg kitorang due gado mcm kucing kat dlm tu..sjak2013 sampai skrang ..sume dlm gp da fhm prangai kmi. tp gado kecik jela..kitorang putus pon sbb tu jugak la. due2 ego.. yg pelik..org len klau dgn ex da tak tgur da.kalu tegur pon awkward je suasana da berbeza,kami tak.die tak thu malu mcm budak2 XD.
penah tedetik nk get back tp niat tak kesampaian sbb asyik gado je tp gado pon skejap pastu baik blek mcm takde pape je yg blaku pastu gado blek.. gp tu mmg meriah la sbb kami gado..mmg klaka XD..pastu due2 pon masuk air gak prangai mmg ngam la haha,tp tula..persoalannye knp kami tak boleh kalu tak tegu..saya kalu boleh mmg nk je die tu tak wujud,tp tak tahu knp mesti ade je bende yg dkat kan kami blek..
mungkin ni la game catur yg allah kasi..who knows kan.. biar la ape nk jdi.nak kata lwn pon tak kwn lagi la tak sampai skrang saye tak pasti ape relationship kami :')
Anonymous said…
Kenapa sy punya ex girlfriend masih marah smpai hari ini mcm mnatu kmi putus dlu. 21/02/17sbb dia ada pihak munsuh aku bf bru dia..blh tolong x tips yg lgi bgus
Anonymous said…
Klau dh hmpir satu tahun dia Marah mcm mna tu
Unknown said…
kalau utk 1 bulan je mcm mana?
Anonymous said…
Tak tau nk buat mcm mana, ingat ja kat dia. Padahal dia dh ckap dia nk kawin. Pastu siap bg tau abg sntiasa doakn ayg n ank2.
Unknown said…
Saya nak mintak pendapat.. Saya masih sayangkan ex saya.saya tinggalkan dia sebab dia tidak serius dalam perhubungan dan tak menghargai saya.saya nak dia berubah jadi lebih dan memahami niat saya. Saya rasa mcam nak bagi peluang kedua kat dia. Apa perlu saya buat?
Anonymous said…
Dah 7bulan kitorang berpisah. sy rindu dgn dia kekadang sy rindu nak berborak dgn dia dan ingin bertanya kan khabar. sy bukan tak blh move on tapi rindu dan syg tu msh tertanam di hati :'( apa yg patut sy buat ???
Anonymous said…
aku dgn ex aku break sbb jeles jer, setahun tak tegur even sekelas but baru2 ni dia sakit and dia mintak tlg aku so aku keliru samada dia sayang aku ker tak tapi dia taken erm
Anonymous said…
Nama saya Ago, dari Albania. Saya ingin berkongsi pengalaman saya mengenai bagaimana saya mendapatkan kembali teman wanita cantik saya dari isteri peragut
Saya kehilangan teman wanita saya yang bersih dan cantik dari orang lain. Saya sedih dan mahu dia kembali teruk. Saya biasa menghubungi Dr.Sango untuk bacaan dan nasihat dan menyedari dia akan menolong saya. Mantra perdamaiannya membawa kekasihku kembali kepadaku. dia benar-benar melupakan lelaki lain dan dia kembali kepada saya terbuka dan penuh kasih sayang seperti sebelumnya. Sekarang hubungi doktor, Dr.Sango, jika anda perlu memberi nasihat mengenai hubungan anda atau apa-apa masalah di e-melnya. spellspecialistcaster937@gmail.com
Anonymous said…
Saya berada di ambang kehilangan isteri saya yang berusia enam tahun kerana dia mengatakan bahawa dia tidak lagi berminat dengan perkahwinan kami, yang membesarkan anak perempuan yang cantik kerana sebagai pemandu trak saya selalu pergi ke jalan raya, tetapi saya sangat menyayangi dan menjaga isteri saya. Saya bertanya kepadanya dan anak perempuan saya apa masalahnya, tetapi dia tidak memberikan penjelasan yang munasabah, mengatakan bahawa dia bosan dengan kesatuan kami, itu pelik bagi saya kerana isteri saya adalah seorang wanita yang penyayang, tiba-tiba semuanya berubah. dan sikapnya terhadap saya tidak baik, saya tahu itu salah di suatu tempat, jadi saya menerangkan sesuatu kepada rakan baik saya Micheal, yang memperkenalkan saya dengan nama penulis ejaan Dr.Pellar, saya menjelaskan keadaan saya kepada penulis, itu dibuat saya menyedari bahawa bekas kekasih memanipulasi isteri saya untuk meninggalkan saya, tetapi memberitahu saya untuk tidak bimbang. Saya mengikuti semua arahan dan isteri saya kembali sihat sejahtera dan saya sangat bersyukur dengan apa yang telah dilakukan oleh pembantu Dr.Pellar untuk saya, jadi saya berkongsi kesaksian saya jika anda menghadapi sebarang masalah dalam hidup dan anda memerlukan penyelesaian untuk menghubungi doktor di Dr.Pellar melalui e-mel drpelar@gmail.com