Selamatkah Anak Anda Melayari Internet?

Selamatkah Anak Anda Melayari Internet? Salam Browser

Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Kadang-kadang terfikir jugak dalam fikiran Momi, selamat ke tak kalau kanak-kanak nak melayari internet ni? Ye lah, kadang-kadang bila kita yang dewasa ni pon bila bukak website atau blog, mesti akan keluar iklan yang tak sepatutnya. Macam mana pulak kalau budak-budak ni yang ternampak? Haih bahayanya. 

Ambil contoh anak buah Momi, bila diorang nak pakai laptop, phone atau tablet, Momi atau parents diorang mesti kena ada sama. Setiap masa kena pantau, risau kalau tertekan benda yang bukan-bukan ni. Lagi-lagi kandungan internet yang 18sx atau perjudian. Sedangkan kita search dan klik link pon keluar iklan yang berunsurkan 18sx atau perjudian ni, rasa tak selesa dan rimas, inikan pula kanak-kanak yang tak tahu apa-apa tengok benda macam ni. hmm.

Selamatkah Anak Anda Melayari Internet? Salam Browser

Kebetulan, ada nampak entri dari blog tuan Hasrul Hassan, "6 Cadangan Untuk Elak Kanak-Kanak Lihat Iklan Tidak Sesuai di Internet", terus klik je link tu dan baca. Yang menariknya dalam entri tersebut, ada satu web browser (pelayar internet) baru yang baru selamat untuk digunakan dan menyekat iklan-iklan yang tak berkenaan semasa melayari internet. Web browser tersebut ialah Salam Browser. Walaubagaimana pun, ia masih lagi dalam peringat Beta, masih lagi diuji dan cuba untuk mendapatkan pandangan dari pengguna untuk menambah baik lagi pelayar internet tersebut. 


Kalau Momi perasan, Salam Browser ni seperti sebuah pelayar internet Islamik, dengan beberapa ciri yang agak baik dan menghormati adab islam. Salam Browser menyekat lebih 1.4 million laman web dengan pornografi, perjudian, kesalahan kepada agama dan kandungan berbahaya yang lain. Selain itu, ia juga menghadkan hasil carian video dan visual berunsur maksiat serta keganasan. Kalau korang nak cuba, bolehlah download nanti ya. (Muat Turun Salam Browser).

Selamatkah Anak Anda Melayari Internet? Salam Browser

Lepas ni memang akan syorkan web browser ni dekat keluarga dan kawan-kawan. Semoga anak-anak anda melayari internet dengan selamat. Ibu Bapa tak perlu risau lagi sebab Salam Browser kan ada? hehe.


Jangan lupa download www.salambrowser.com

Post a Comment

4 Comments

PeRdU cINta said…
alhamdulillah sangat bagus ni Momi..kak PC suka.budak untuk budak-budak je..untuk kita yang dewasa juga pun sangat penting..kadang tu klik lain..lain yang terpapar..pengabisnya virus..
Rafzan Tomomi said…
betul tu kak. nak online pon dah selamat hehe :)
Bro Framestone said…
Terima kasih untuk info tentang Salam Browser ;)
Rafzan Tomomi said…
sama-sama. lepas ni online lebih selamat :)