Assalamualaikum & Salam sejahtera gais. Musim-musim panas ni, mesti korang nak cari benda yang boleh menyegarkan tekak korang kan. Haa apa kata jom singgah dekat kafe Uncle Cendol dekat Brem Mall, Kepong. Apa yang bestnya Uncle Cendol ni , ia bukan kedai cendol semata-mata tetapi terdapat makanan lain yang dihidangkan untuk pelanggan. Kenalah dengan tagline-nya, "It's Not Just Cendol".
Bukan dapat Cendol je, korang jugak boleh dapatkan makanan seperti Mee Goreng, Nasi Lemak, Sandwich, Rojak Buah, ABC dan beberapa lagi hidangan yang menarik yang akan buat korang telan air liur hehe. Masa Momi datang kafe Uncle Cendol ni, Momi sempat cuba empat cendol yang popular dekat kafe ni iaitu Cendol Nata De Coco, Cendol Pulut, Cendol Attap Seed dan Cendol Durian. Selain itu, Momi juga berkesempatan rasa ABC Ice Cream. Semuanyaaa favourite Momi!
Momi sangat beruntung sebab dapat merasa hidangan lain dari Kafe Uncle Cendol ni. Nak tahu apa dia? tengok ler gambar kat bawah ni hehe :
Terliur tak? Semuanya sedap-sedap belaka. Paling favourite semestinya Cendol tu hehe. Akan datang, Uncle Cendol akan cuba untuk menghasilkan hidangan baru untuk pelanggan dan mereka bercadang untuk membuka 5 atau 6 cawangan baru di seluruh Malaysia pada awal 2017. Wahh~ Kalau korang nak cuba makan atau singgah minum petang kat sini, berikut adalah info Kafe Uncle Cendol :
Alamat :
Uncle Cendol Café,
NO G 08, Brem Mall,
Jalan Kepong,
Jinjang Selatan,
52000 Kuala Lumpur
Terima kasih kepada Halim Brothers & Uncle Cendol sebab jemput kita merasai hidangan yang sedap ni. :D
8 Comments